Sis beruntung hari ni sebab dapat interview ibu kepada pelajar ini. Pelajar lelaki melayu, disaat pelajar melayu semakin pupus dalam kelas sains tulen.

Alhamdulillah ada seorang yang bersinar.

so sis nak kongsi dengan rakan-rakan la kan apa tips maknya ye memandangkan semua anak-anaknya 4 orang berjaya (ini yang bongsu):

(1) Anak-anak tak dibenarkan belajar dalam bilik masing-masing.. semua mesti duduk di meja belajar di ruang tamu.
Reason : duduk dalam bilik kita tak nampak dia buat apa.. betul ke tak belajar.

(2) Pukul 8 malam semua mesti dah bawa buku masing-masing duduk dimeja makan.

(3) Pukul 10 masuk tidur

(4) Tak benarkan anak-anak keluar rumah lepak dengan kawan. hatta suruh ke kedai pun tidak pernah kerana itu boleh dijadikan alasan utk melepak.

(5) Keluar mesti dengan ibu bapa. Alasannya bila anak umur 18 tahun mereka sendiri akan keluar jauh (sambung belajar) maknya percaya umur 18 baru umur terbaik untuk mereka bebas dan cukup matang untuk pilih kawan yang betul.

(6) Ayahnya serius tapi baik,bayah tak pernah pukul/cubit anak. Yang dibenarkan mak sahaja. (Ayah dia tunggu dalam kereta tak dapat naik sabab parking penuh, rugi tak dapat intview sekali😂)

(7) Kena mula dari darjah 1, Pukul 8 mlm terus duduk dimeja. Jadi sudah terbiasa. Bila sekolah menengah dah tak perlu suruh, anak automatik pegang buku jam 8 malam.

(8) Tak pernah pergi tusyen. Jika tak faham kena tanya kawan yang lebih pandai disekolah.

Sis tanya lagi, anak puan ada diberikan handphone? internet? maknye jawab. Ya bagi cikgu.. petang-petang dia main game. Kena bagi jugak tak boleh sekat. Saya faham dia remaja. Kita tak nak dia memberontak. Asal dia tak melepak sudah. Kawan-kawan dia datang rumah kami main game tapi anak saya takkan keluar dari rumah. Saya kenal semua kawan-kawannya.

Ayat last sekali maknya memang power:

“cikgu, apa-apa pun asasnya dari rumah dari ibu bapa. Saya tak boleh nak harapkan cikgu saja, cikgu pun ramai anak murid lain lagi. Cikgu dah banyak membantu saya didik dia. Terima kasih cikgu”

Sis angguk-angguk.. .oooo.. betul-betul…Terima kasih puan sudi datang dan share dengan saya. Kirim salam ayahnya.. humble ibunya, no wonder anaknya sangat menghormati guru😊

#hariterbuka
#cikgupunadaanak

Sumber : Ummu Al Fateh

Baca Juga : “Jangan Ulangi Silap Saya. Anak Saya Pandai Tapi..”

JANGAN ULANGI SILAP SAYA. ANAK SAYA PANDAI TETAPI…

Ini Ammar, anak sulung saya. Dia seorang yang cepat berjalan dan cepat bercakap. Pada usia dia 2 tahun, dia telah mengenal huruf dan dapat memadankan kesemua huruf kecil dan huruf besar.

Pada usia 3.5 tahun, dia mula membaca dan menghafal lebih dari 20 surah. Sekarang usianya 4 tahun, telah masuk separuh buku Iqra’ kedua.

Nampak macam perkembangannya cepat, tetapi ada perkara yang dia tidak mahir kalau nak dibanding dengan teman seusianya yang lain.

Pada usia 3 tahun, dia masih belum boleh menangkap bola pada paras dada. Malah tangannya tak cukup kuat untuk menyepit objek menggunakan forcep mainan. Tangannya juga tak mampu bergayut walau 2 saat di ‘monkey bar’.

Saya sangka, mungkin kekurangannya itu kecil dan biasa. Mungkin pencapaian motor kasarnya tak mengikut carta milestone kerana dia bukan kategori ‘body intelligence’.

Yalah, sangka saya setiap budak ada kelebihan dan kekurangannya.

Tapi bukan itu sahaja. Ammar seorang penggeli. Dia geli memijak pasir, geli duduk pada kerusi kulit (atau pvc) dan menjerit bila memegang ais.

Gelinya kadang-kadang keterlaluan. Pernah dia menjerit waktu kami lalu di sebuat kedai mainan. Ingatkan apa yang ditakutnya, rupanya ‘Magic Stretch Ball’. Seronok betul kami menyakat dia dengan bola tu.

Saya tak pernah sangka kesemua masalah ini mempunyai perkaitan yang sama. Malah masalah dia meraung bila mencuba kasut baru di mall dulu juga, ada kaitannya.

Dia mempunyai tanda-tanda yang kebiasaan ada pada anak-anak yang ada kecelaruan neurologi. Tanda-tanda yang disebut OT Maryam itu mengesahkan yang Ammar mempunyai masalah sensori sentuhan, atau dalam istilahnya Sensori Processing Disorder (SPD) terhadap deria Tactile (Hypersensitif).

Ammar mungkin membaca awal dan cepat tangkap dalam pembelajaran, tapi masalah ini jika saya tak sedar dari awal, akan mengganggu pembelajarannya bila dia mula bersekolah nanti.

Nasib baik saya cepat sedar. Mujur Allah cepat temukan saya dengan pakar.

Alhamdulillah setelah saya lakukan pelbagai aktiviti ransangan, sekarang ‘sensitiviti’ Ammar dah banyak berkurangan. Cuma dengan Magic Ball tu masih takut-takut. Fobia kesan dari kena sakat masa kecik agaknya.

Kadang-kadang kita terlalu mahukan anak pandai, lalu kita hulur anak buku, pensil & kertas dan kita nafikan fitrah anak bermain.

Sedangkan dari bermain itulah anak-anak membina asas akademik mereka. Dari bermainlah anak akan belajar komunikasi dan membina keyakinan diri. Dan dari bermainlah daya tumpuan anak dipertingkat

Dari bermain jugalah kesemua deria mereka berstimulasi dan berintegrasi bersama dengan baik.

Apa Kaitan DERIA Ini Semua Dengan Akademik?

Eh penting sangat. Deria sentuhan yang baik adalah asas untuk anak kuasai kemahiran motor halus seperti menulis dan mengguna tangan dengan baik.

Deria rasa pula membantu memberi stimulasi awal untuk anak menggunakan mulut untuk bercakap, selain mengelakkan masalah ‘picky eater’ pada anak.

Deria visual dan auditori pula penting untuk memberi tumpuan yang baik semasa dalam kelas dan mengenal huruf, nombor, bentuk serta simbol.

Deria sendi dan kestabilan akan bantu anak-anak menguasai hampir kesemua kemahiran dalam hidup.

TAPI.

Tapi bermain pun perlu ada tujuan. Setiap permainan perlu betul caranya supaya merangsang perkembangan anak-anak.

Seperti yang diajar OT AisyahRozalli kelmarin, main pun perlu ada 5 target. Antara targetnya adalah supaya anak mahir berkomunikasi, mahir berdikari dan mahir guna tubuh.

Haa kau! Ajar anak main pon kena ada ilmu tau.

Ya, memang tak dapat dinafikan setiap ibu bapa ada cara didikan yang tersendiri. Tetapi ilmu masih perlu kita cari. Tempoh tumbesaran anak singkat untuk kita cuba-cuba dan buat silap.

Ikut rapat-rapat ikon-ikon keibubapaan ustaz ustazah dan para terapis, supaya kita tak silap mendidik anak.

Ibu yang masih ada masalah cemerkap,
Wawa Shauqi.

Sumber/Foto : Wawa Shauqi.