“Malang Tak Berbau” ini ungkapan yang paling sesuai jika kita mengalami kemalangan jalanraya.Walaupun kita sudah membawa kenderaan dengan pemanduan yang cukup berkhemah dan berhati-hati kadang kala kita tetap menjadi “MANGSA” kemalangan akibat kecuaian orang lain yang akhirnya mengheret kita kepada masalah ini.Tidak kira sama ada kemalangan itu kecil mahupun besar pasti akan menyusahkan kita,

Lebih “MALANG” lagi jika orang yang melanggar kita itu tiada insurans kenderaan pihak ketiga sekurang-kurangnya.Lebih parah orang yang melanggar kita jenis “kaki belit..putar cerita” tanak mengaku salah.Dia kata kita yang salah bukan dia yang salah gara-gara tidak mahu membayar ganti rugi atas kerosakan dan kecederaan yang kita alami.

Sebagai pemandu yang tidak bersalah apa yang boleh kita lakukan dan hak kita sebagai pemandu.Jom ikuti perkongsian dari Aiman Bikers Garage.Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan ilmu yang berguna kepada anda pada masa akan datang.

Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?

Sebenarnya, ramai yang tak tau. Jadi saya nak bagitau. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB).MIB tu apa? Syarikat insurans ke? Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans.

Eh baiknya MIB.Mana MIB dapat duit ? MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB. Ooo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?

Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:

  1. Claim MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam.
  2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar.
  3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
  4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
  5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
  6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.

Okay jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:

  1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
  2. Repot polis.
  3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
  4. Laporan perubatan.
    .
    .


Hantar dokumen di atas ke:

Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395 Fax: 03-2274 5910

Peringatan – kalau dah pandai jangan lupa ajar orang lain.Perkongsian kita bersama.

Sumber: Aiman Bikers Garage

Aku Nak VIRAL Bengkel Melayu Ni Biar Semua Orang Tau! Aku Nak Repair Power Window Je Pun, Tapi Ni Pulak Yang Aku Dapat…

Pada zaman sekarang ni,kereta bukanlah satu kehendak tapi boleh dikatakan sebagai keperluan bagi setiap keluarga.Paling penting kereta dapat memudahkan urusan kita jika hendak ke satu tmpat ke satu tempat yang lain,lebih-lebih lagi pada jarak yang jauh.

Paling penting bila sudah memiliki kereta penjagaan berkala perlu di titikberatkan supaya kereta dapat berfungsi dengan baik.Tapi biasalah ada kala kereta akan “meragam” minta tuannya untuk buat servis tambahan.

Begitulah jugak kisah yang dikongsikan oleh saudara Hamdan Abdul Manan yang mengalami kerosakan “power window” pada kereta beliau.Jom Ikuti kisah beliau

A portrait of windows controls and adjustments. Car window controls

“Aku nak viral bengkel melayu ni biar semua org tahu apa yang aku alami. Semalam aku hantar kete kat bengkel ni untuk repair power window yang tak function. Bengkel ni nampak sebok banyak kereta dan pomen tu cakap tak sempat siap sebab dah lewat.

Aku terpaksa tinggalkan kereta dekat bengkel sebab power window dah turun tak mau naik semula. Takut kena banjir bila hujan turun terpaksa aku balik rumah naik grab.

Arini aku datang bengkel tengok diorang dah bg barai pintu kereta aku. Pastu pasang balik siap semua pomen terus bagi kunci kerete kat aku. Dah siap katanya. Aku tanya berapa kos?

MasyaAllah dia cakap, TAK PAYAH BAYAR.a.k.a PERCUMA Takde apa yg rosak dan diganti, pomen tu cakap cuma wayar switch longgar dan dia pasang balik bagi ketat jer.

Kalau kedai lain kompom kena PAW paling kurang 30-40 hengget sebab buang masa dia buat kerje, upah PARKING satu malam dalam bengkel lagi. MashaaAllah terbaik bengkel kereta Ni.So Aku menyeru Tolong la support bengkel orang kita, masih ada lagi yang jujur diluar sana.

Ni lokasi bengkel yang saya maksudkan.
FZ Auto Pro Servis
4, Jalan Utama 2/12, Taman Perindustrian Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor
03-8068 5479
https://maps.app.goo.gl/G21SP

Sumber: Hamdan Abdul Manan