Dulu saya kerja di sebuah kedai orang Cina beragama Buddha. Bos saya ni agak kurang suka kepada Islam.

Tapi, gaji diberi kepada saya berbaloi. Urus kedai dia, dapat dua ribu lebih sebulan. Pergi dan pulang, dia ambil dan hantar.

Peruntukan makan untuk saya sehari RM5. Elaun kehadiran penuh bulanan RM100. Duit raya Aidilfitri, Aidiladha, CNY dan hadiah hari jadi.

Dia juga tidak lokek berkongsi apa saja dengan saya. Dia beli baju, dia beli untuk saya sehelai. Dia beli buah, untuk saya pun mesti ada.

Dia makan ais krim, dia beli untuk saya sekali. Malah, pernah beberapa kali dia hantar saya ke destinasi kerana masa tu saya tak ada kenderaan.

Dia cuma tidak suka Islam. Dia pun sama macam orang lain, fobia dengan Islam hasil putar belit media.

Dia seboleh-bolehnya tidak mahu saya solat di kedainya. Tapi, saya tetap kena solat dan makan di situ sebab saya yang jaga kedai dia.

Mula, saya cari satu ruang yang muat-muat sejadah saya. Dia tak suka. Tapi, dia tak tegur. Masa saya sujud, dia lalu betul-betul depan saya.

Satu hari, dia tanya, “awak tadah tangan tu kenapa?”

“Doa.” Balas saya.

“Doa apa?” Tanya dia.

“Macam-macam. Saya doa bos punya kedai ramai pelanggan supaya saya dapat gaji besar.” Jawab saya.

“Awak pun doa untuk bisnes saya?” Dia seolah sinis.

“Ya. Sebab dalam bisnes bos ada gaji saya. Gaji saya tu rezeki saya.” Kata saya lagi.

Saya tahu, kita boleh je buat aduan jika majikan tak bagi solat. Tapi, mungkin ada juga cara lain yang lebih berhikmah.

Lama-lama, hubungan kami jadi sangat baik. Masa kerja, dia bos saya. Lepas kerja, dia layan saya macam kawan.

Kerap kami pergi pasar malam sama-sama. Saya jalan belakang dia sebab hormat dia majikan saya.

Tapi, dia tak suka. Dia kata, saya bukan maid dia.

Sampai la satu fasa, doa saya diterima. Dia bersihkan stor. Belikan selipar baru. Itu ruang solat saya.

Dia kata, dia buat bukan sebab nak sokong saya solat. Dia cuma hargai sebab saya jujur dan rajin. Itupun dah berbaloi untuk saya.

Seterusnya, dia hormati ketika Ramadan. Saya ingat, dia buat carian di internet apa yang patut saya makan bila puasa.

Sepanjang puasa, dia sediakan susu kotak, barli dan kurma. Saya kerja sampai 8 malam. Dia akan ingatkan waktu berbuka saya.

Sampai masa, saya berhenti. Tetapi, kami tetap berhubungan.

Satu hari, dia jumpa saya dan kata, “saya sudah percaya tentang doa awak.”

“Percaya bagaimana?” Tanya saya.

“Masa awak kerja dengan saya, pelanggan saya semakin ramai. Bila awak berhenti, pelanggan yang awak bawa dulu masih ada tapi dah tak tambah. Tak jadi semakin ramai.” Kata dia.

Saya senyum. Dulu saya pernah cakap kepada dia, seseorang yang datang dalam hidup kita, dia ada bawa rezeki dia sekali.

Bila dia pergi, ada rezeki yang dia tinggalkan untuk kita. Sebab tu kita tak boleh sombong dengan orang.

Antara rezeki tu termasuklah ilmu yang diajarkan, circle dia yang akhirnya jadi networking kita atau apa saja.

“Sekarang saya tak kisah kalau anak saya nak kahwin dengan orang Islam. Dia tetap akan jadi anak saya. Lepas kenal awak, saya rasa Islam bukan agama jenayah.”

Saya angguk. Teringat dulu dia pernah cakap jika anak perempuan dia nak kahwin dengan lelaki Muslim, baik tak payah panggil dia mak.

Kita cuma perlu sedikit kesabaran bila dihina oleh orang jahil lalu membimbing juga dengan sabar dan teladan.

Kita perlu muhasabah untuk sedar diri status darjat kita di sisi manusia lain. Jika kita pekerja, rendahkan sedikit diri kita di hadapan majikan demi mewujudkan harmoni.

Kita perlu berdakwah menyebarkan kebaikan Islam.

Sumber : Cik Puan Lyana Jay

Baca Juga : ‘Punca Kenapa Kaum Cina Di Malaysia Susah Nak Masuk Islam?’ Pemuda Cina Ini Telah Membongkarkan Serba Sedikit Mengenainya

Eh Jun Guang atau Adam Kelvin adalah antara individu Cina Muslim yang menetap di Malaysia. Beliau menetap di Selangor dan sudah pun berkahwin dengan wanita melayu pilihan hati beliau yang bernama Nurul Shifa’ Binti Kamardin dan alhamdulillah, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Eh Soon Cong.

Kini, kalau tak salah admin, sekarang beliau dan isteri sedang bergiat aktif dalam menjayakan projek tuisyen khas beliau bernama My Creative Home Tuition. Beliau memberi khidmat kepada pelajar-pelajar secara khusus untuk mendalami subjek matematik dan matematik tambahan manakala isterinya pula mengajar bahasa melayu.

Baru-baru ini, beliau menulis di dalam akaun facebook beliau bernama Adam Kelvin dan menyatakan bahawa antara punca yang menyebabkan kaum Cina di Malaysia rasa susah atau takut nak masuk islam adalah kerana nama cina mereka akan hilang!

Walaupun telah tersebar di kalangan kaum cina di Malaysia bahawa apabila seseorang cina masuk islam maka nama mereka boleh kekal 100%, dan boleh menamakan bayi mereka dengan nama cina tanpa perlu ada perkataan ‘bin’, mereka tetap tidak mempercayainya juga!

Bukan sekadar itu sahaja, bahkan mereka juga amat takut dan menganggap bahawa budaya mereka juga terpaksa dikuburkan.

Berikut adalah penerangan Encik Adam Kelvin berkenaan dengan apa yang disebutkan di atas.

“Ya ke? Mustahil la! Aku Tak percaya benda ni! Lepas tu anak macam mana pula??”

Ayat tu yang dibalas oleh keluarga saya, saudara mara, dan juga kawan-kawan saya yang bukan islam, mereka tak percaya masuk islam boleh kekal nama 100%, tanpa pertukaran nama atau penambahan nama. Dan nama anak saya juga boleh ikut style cina tanpa ada “bin”. Lepas mereka tengok dua gambar ini terkejut beruk! baru mereka percaya!

Bukan setakat nama boleh kekal, budaya cina pun boleh kekal selagi tak bercanggah dengan syariat islam, ada di kalangan kawan saya, selepas dengar penerangan saya tentang “nama” dan “budaya” selepas masuk islam, mereka hanya jawab “ooo, kalau macam ni, senang lah nak masuk islam!”

“Mudahkanlah setiap urusan & janganlah kalian mempersulitnya, buatlah mereka tenang & jangan membuat mereka lari” [HR. Bukhari No.5660].

Di bawah ini adalah bukti bahawa nama beliau kekal, malah beliau boleh menamakan anak beliau dengan nama cina.

===============================

Kisah menarik beliau di kedai jam

Semasa saya beli jam tangan…..

owner kedai, Mr. Lim. tanya saya……

(dialog dalam bahasa cina, tapi saya translate BM la)

Lim : you kahwin melayu, so terpaksa masuk islam?

Saya : tak ada lah, saya dah masuk islam 10 tahun yang lalu, kahwin baru 4 tahun.

Lim : (muka terkejut), you kenapa masuk agama melayu? before ni, you agama apa?

Saya : saya buat kajian. sebelum ni saya agama kristian.

Lim : kenapa kristian tak baik ke? bukan semua agama ajar baik ke? kenapa nak masuk agama melayu?

Saya: betul, semua agama ajar buat baik, tapi saya buat kajian untuk cari “kebenaran”. so pada pendapat saya, Islam benar, sebab saya percaya di alam ni cuma ada 1 Tuhan sahaja.

Tapi, pada masa yang sama, Islam ajar kita respect agama orang lain.

Then, saya bukan masuk melayu, saya masih boleh kekal budaya cina saya. Islam semua bangsa ada, di China, bilangan cina muslim sahaja sudah lebih daripada penduduk malaysia. Di US pun ada muslim.

Lim : ooo, ya ke? saya tak tau pun di China banyak muslim. ya ke boleh kekal budaya? you khawin bukan terpaksa pakai baju melayu ke?

Saya : boleh buka google cari “bilangan china muslim”.

Mana ada? (tunjuk gambar kahwin saya) saya kahwin pakai baju shamfu mah. (shamfu untuk male, cheongsam untuk female)

Lim :(terdiam sekejap), hmmm… tapi bukan you wajib tukar nama ke?

Saya : (tunjuk IC saya), tak ada lah, saya boleh kekal nama saya 100%, tak perlu tambah nama atau tukar nama pun, then nama saya kt lesen kereta, bank dan sebagainya pun tak perlu tukar sebab saya tak tukar nama IC saya. nama saya Eh Jun Guang, saya pun baru dapat 1 anak, nama dia dalam surat beranak, Eh Soon Cong.

Lim: (muka terkejut sekali lagi). oic…… kalau macam ni, senang nak masuk islam. tak ada la jadi isu besar.

Saya: memang senang, cuma percaya Tuhan itu hanya 1 sahaja, then lepas tu cuma lafaz: “I believe there is no god but Allah, and the Prophet Muhammad is the messenger of Allah.”

Lim: tapi kenapa nama tuhan “Allah”, macam nama melayu.

Saya: ooo… bukan, “Allah” adalah bahasa Arab, dalam tulisan Arab, perkataan “Allah” datang daripada

huruf “Al” maksud “The” &

huruf “elah” maksud tuhan.

so bila combine semua huruf akan jadi “Allah”.

So “Allah” means that “The Only One (God) to be Worshipped”. Di negara Arab, orang Christian guna “Allah” dalam kitab Bible mereka.

Lim : oic… saya rasa you bukan sahaja boleh jadi Maths Tutor, tapi you boleh jadi Islam Tutor yang ajar Islam. Banyak ilmu you tentang Islam.

Saya : Tak ada lah, saya tak layak jadi ustaz, banyak ilmu Islam lagi saya perlu belajar. Saya punya specialise dalam Maths & Add Maths sahaja.

Lim : haha. so nanti you boleh ajar anak saya Add Maths lah, tahun ni dia SPM.

Saya : haha, ok, boleh

Lim : Saya bagi special discount untuk jam tangan ni sebab banyak info yang saya dapat hari ni dari you.

Gambar dan kisah-kisah ini diambil dari akaun facebook peribadi beliau bernama Adam Kelvin

Sumber : Kun Anta