’10 Tahun Lalu Saya Tak Tahu Baca Alif Ba Ta’ – Mizz Nina Kongsi #10yearchallenge Kisah Hijrah Beliau

ISTERI kepada penyanyi Noh Salleh iaitu Mizz Nina memberitahu kehidupannya melalui satu perubahan besar jika dibandingkan dengan sepuluh tahun lalu.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 38, berkata, pada usia 29 tahun lalu dia merupakan seorang penyanyi yang hanya memberi fokus terhadap kerjaya nyanyian semata-mata.

Malah, dia juga pernah putus asa untuk mencari teman hidup.

“Pada 2009 saya beruumur 29 tahun, masih single dan fokus terhadap kerjaya solo. Saya putus asa untuk mencari pasangan hidup kerana semua tenaga saya letakkan terhadap persembahan latihan.

“Alhamdulillah, doa saya menjadi kenyataan apabila saya bertemu suami dan berkahwin pada penghujung 2009,” ujarnya.

Bagaimanapun, Mizz Nina berkata, dia mula menyedari perubahan dalam dirinya selepas abangnya meninggal dunia dua tahun sebelum itu.

Tambahnya, perkara itu telah memberi kesan besar dalam hatinya.

“Iman saya pada masa ini perlahan-lahan berkembang, sejak abang saya meninggal, saya dapat merasakan ia mempunyai kesan yang besar pada hati.

“Walaupun ketika itu saya tidak solat lima kali sehari, saya tidak menutup pintu dan hubungan dengan Allah,” ujarnya.

Mizz Nina berkata, pada tahun 2009, dia masih tidak tahu membaca Alif Ba Ta dan hanya menghafal surah Al Fatihah serta tiga Qul.

Dia mula belajar membaca al-Quran pada usia 33 tahun.

“Tidak pernah saya bayangkan, saya akan berada di ruang yang sama sekali berbeza dalaman dan luaran, Allah menuntun saya kembali untuk mengamalkan Islam & sekarang saya sedang belajar kursus diploma Ta’leem Al-Quran, melakukan dakwah dan perbincangan.

“Tidak pernah terlambat untuk mempelajari al-Quran! Kamu perlu bertekad untuk membuat perubahan dan usaha untuk ke jalan Allah,” ujarnya. – mstar.com

Berikut adalah perkongsian Mizz Nina Di Instagram Miliknya.

I don’t have pictures I can share from 10 years ago, since I was not wearing the hijab then. As I was having my online class session last night, we were having a discussion about the #10yearchallenge and how, profound it is, if we reflect on our inner state, our faith and how we have grown as individuals.

In 2009, I was 29 years old, single and super focused on my solo career. I had given up on looking for a spouse and all my energy was put into performance training. Little did I know I was going to meet my to be husband at the end of 2009. Alhamdulilah, Allah united us and we married soon after. Dua’s do come true!

My faith, at this time was slowly growing, since my brother had passed on 2 years earlier, I could feel it had a huge effect on my heart. Although I did not pray 5x a day, I did not close that door and connection to Allah. My advice, for those who are struggling with prayers, to just pray, even if it is 1x a day, keep going and do it for Allah, & 1 day, you will find yourself fulfilling all the obligations & even more inshaAllah. My life was, all about my career, dunya & my faith, even though it may not be apparent, it was there. I was not as lost as I used to be esp in my late teens & early 20’s but, I was still on the way to the main straight road. Alhamdulilah.

Lesson :- Do not judge other people & the state of their heart! You probably had no idea that I was struggling within to be a better person, a better muslim. Encouragement is key.

2009 :- I still did not know how to read Alif Ba Ta. I only memorized Al-Fatihah & 3 Qul. I only started learning to read at 33. SubanAllah! Never would I have imagined, I would be in a totally different space 2day internally & externally, Allah guided me back to practicing Islam & now I’m studying a Ta’leem Al- Quran diploma course, doing da’wah & talks. SubhanAllah. Alhamdulilah for these blessings!

Lesson :- it is never too late to learn the Quran! U need to be determined to make that change & effort for Allah. Aloooot has changed and I pray that Allah will continue to guide us on the straight path and up the ladder of self improvement for life in dunya & akhirah Ameen.

Sumber : Mizz Nina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *