Akibat komplikasi semasa bersalin, seorang ibu dilaporkan koma dan sehingga kini masih belum sedar. Beliau yang selamat melahirkan bayi lelaki November lalu sehingga ke hari ini sudah 51 hari berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Di Facebook, kakak berkongsi perkembangan terkini dan meluahkan rasa sedih dengan takdir yang menimpa adiknya.

Suami Sentiasa Di Sisi

CORETAN KEADAAN MOKLAA..

22.10.2018 – Genap setahun perkahwinan mokla…

08.11.2018  – Tarikh due moklaaa… namun tiadaa tanda baby nak keluar.. menyebabkan moklaa over due…

14.11.2018  – Mokla berjalan dgn rela hati menyerahkan diri ke HRPZ II… Dengan azam akan membawa pulang seorang zuriat bersama… Suami sentiasa di sisi waktu ini..

Isteri Koma Akibat Komplikasi

15.11.2018 – Mokla dipaksa bersalin dengan kaedah INDUCE… sakit yang teramat namun rela kerana anak yang dikandung…

16.11.2018 I – NDUCE kali kedua keatas moklaa.. namun result tetap sama 2cm…

17.11.2018 – INDUCE kali ketiga keatas moklaa.. result tetap sama… 2cm

18.11.2018 – Mokla ditolak ke bilik OT utk ceaser… maka lahirlah seorang bayi lelaki seberat 3.7kg…

NAMUN… suami mendapat dua berita dari doktor.. satu baik dan satu buruk…

Pilihan si suami.. baik dahulu.. baby selamat.. buruk pula.. isteri koma dan akan dipindah kan ke unit rawatan rapi ICU…

Ketika itu Hanya Allah yang tahu perasaan seorang suami…

Ujian Yang Amat Berat

18.11.2018 –  Juga tarikh keramat buat keluarga dan suami mokla.. Bila mana doctor mengesahkan Moklaa koma kerana komplikasi waktu operate bersalin…

Dikala itu sepatutnya mokla mendapat ucapan TAHNIAH dari teman, saudara mara dan kaum keluarga… Namun sebaliknya.. Hanya DOA minta kesembuhan yang diterima… ALLAHU…

Disaat ini mokla dan suami sepatutnya meraikan kehadiran tanda cinta mereka.. Namun sebaliknya.. Ujian yg amat berat diterima…

Sekarang umur baby dah 51hari…
Moklaa d wad ICU juga 51 hari…
Suami setia menunngu di sisi isteri tercinta..

Pengorbanan seorang isteri untuk lahirkan zuriat… pengorbanan seorang ibu utk keselamatan anknya…

Allahuuu…

Perkembangan Semasa Dari Kakak

21. 11. 2018 (Hari Ke-4)

01. 12. 2018 (Hari Ke-14)

02. 01. 2019 (Hari Ke – 45)

09.01.2019 ( hari ke 52 )

Dugaan lagi buat kami…
Dah 5 hari moklaa demam…
Hari ni doc tambah darah untuk moklaa satu beg.. Doc kata mokla kekurangan darah…

Ya Allah.. Kau sihatkanlah adik ku…
Hari ini mokjie datang melawat moklaa..
Mokla tido sepanjang 5hari ni…
Doc kena rehatkan mokla..

Air mata mengalir selaju mungkin bila melihat keadaan moklaa hari ini… kaku seperti mula2 mokla koma..
Allahu…

Si suami juga demam namun digagahkan juga untuk melihat isteri nya… kesetiaan sang suami disisi isteri sangat kuat… semoga kamu kuat hadapi dugaan ni…

Moklaa kuat untuk anak dan suami..
Kami kuat untuk moklaa…

#prayForMokla…

************************

Kenyataan Terkini Hasirah Nujiey (Kakak Moklaa)

Saya ingin memohon maaf jika saya berkelakuan tidak baik dengan memuat naik gambar adik saya yang berada di ICU dilaman sosial..

Saya mohon pada Anda semua.. komen yang baik-baik saje… Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul…

Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk mahupom meminta simpati… Niat saya hanya untuk berkongsi dan menagih doa dari semua untuk kesembuhan adik saya…

Hari ini Allah makbulkan doa saya utk melihat orang ramai berdoa untuk kesembuhan moklaa..

ESok lusa mungkin Allah akan makbulkan doa salah seorang dari kita semua.. InsyaAllah…

Saya harap jangan bandingkan saya dengan LINDA RAFAR… situasi kami berbeza… sangat-sangat berbeza …

Sekali lagi saya memohon maaf jika saya ada tersilap berbicara..

Sumber : Hasirah Nujiey via Ohbulan