KUALA LUMPUR 6 Jan. – Kita sering mendengar pelbagai cerita perkauman yang disebarkan di media sosial sehingga menimbulkan situasi membimbangkan serta menyemakkan fikiran.

Jarang kita terjumpa kisah yang menginsafkan dan memberi inspirasi kepada masyarakat berbilang bangsa dan kaum di negara ini.

Bagaimanapun kisah seorang “aunty” Cina yang enggan membayar barang di kaunter yang kosong, tetapi sanggup berbaris di kaunter lain kerana melihat gadis penjaga kaunter itu memakai tudung, tular di media sosial menyentuh perasaan saya.

Sangat jarang Utusan Online akan menyiarkan kisah viral di media sosial kerana kami sentiasa menjaga integriti selaku portal berita arus perdana.

Bagaimanapun saya berasakan kisah ini perlu dikongsi supaya memberi kesedaran kepada semua.

Di sini saya panjangkan kisah yang dikongsi oleh Abd Halim Benloo Hj Omar.

Saja jalan Econsave hari ini, ada beli barang sedikit tapi bukan aku nak cerita pasal aku jalan-jalan di Econsave. Aku nak cerita pasal “aunty” ni sebenarnya.

Okay, masa beratur tadi aku ada terdengar aunty ni borak dengan suami dia. Macam nak menangis aku dengar, kau orang tahu apa perbualan dia? Aku translate Melayu okay, dulu aku sekolah Cina sebab itulah aku faham perbualan mereka.

Suami : Hey nasib baik you beratur barisan ini

Aunty : Yalah, kita jangan buat orang susah.

Pening juga aku fikir apa yang buat orang susah, bayar sahaja kot, akhirnya aku dengar lagi perbualan dia.

Suami : Wa pun ingat tadi suruh you beratur sini. Sebab dari jauh I sudah nampak barisan sana semua amoi Melayu pakai tudung.

Akhir sekali aku tengok apa yang mereka beli. Rupanya dia orang ada beli bir, aku pun mulut gatal berborak dengan aunty tu.

Aku: Wah aunty sudah mahu raya beli banyak bir

Aunty: Yalah beli sekarang nanti tak susah ma

Aku: Kenapa tak bayar sebelah, sebelah sana kosong ma?

Aunty: Tak mahulah, itu amoi Melayu Islam, tak mahu susahkan orang Islam angkat Ini bir, tak elok ma, sini amoi India boleh angkat.

Aku: Okay I faham.

Lepas tu aku pun blah, dalam masa sama aku dok terfikir, Kenapa kat luar sana masih ramai yang ragu-ragu dengan bangsa ni padahal okey je.

Sorry Aunty, i curi gambar you senyap-senyap.

Terima kasih aunty kerana dah selamatkan gadis-gadis bertudung tu dari dilaknat oleh Allah.

Sumber : Abd Halim Benloo Hj.Omar via Viral Media Johor

Kredit : Cokelat Putih

AL-KAFI #509 : HUKUM BEKERJA DI KEDAI SERBANEKA YANG MENJUAL ARAK

SOALAN:

Assalamualaikum wrm wbt,

Hukum bekerja di Seven Eleven dan Speed Mart yang menjual arak?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wrm wbt,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Surah al-Maidah, 5:20

Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini dengan menyebut satu riwayat daripada Abdurrahim bin Ghanm RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

وإن الخمر حرام وَثَمَنُهَا حَرَامٌ، وَإِنَّ الْخَمْرَ حَرَامٌ وَثَمَنُهَا حَرَامٌ، وَإِنَّ الْخَمْرَ حَرَامٌ وَثَمَنُهَا حَرَامٌ

Maksudnya: Dan sesungguhnya khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram, Sesungguhnya khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram, Sesungguhnya khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram.

Hadis riwayat Ahmad (17995) dalam Musnad. Syuaib al-Arnaut berkata hadis ini sahih li ghairih.

Justeru bagi seorang mukmin hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dengan menghindari diri daripada terlibat daripada apa-apa pekerjaan yang terlibat dengan arak. Ini dikuatkan dengan hadis Anas bin Malik RA:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ

Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.”

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (1295) dalam Sunan.

Namun begitu, jika pendapatan seseorang itu bercampur baur antara haram dan yang halal maka menerima harta yang dia beri adalah tidak haram kerana tidak yakin pemberian itu bersumberkan yang haram. Imam al-Suyuti ketika membincangkan kaedah umum fiqh:

اليَقِيْنُ لَا يُزَالُ بِالشَّكِّ

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan keraguan

Beliau memasukkan sebagai faedah, huraian Syeikh Abu Hamid al-Isfirayni tentang kategori perkara syak yang tidak diketahui atau ditentukan sumber asalnya, “Seperti melakukan transaksi dengan orang yang majoriti hartanya bersumber perkara yang haram dan tidak dapat dipastikan harta yang diperolehi itu dari harta orang tersebut sumber haram, maka hukum transaksi jual beli itu tidak haram kerana ada kemungkinan halal dan sumber haram itu juga tidak dapat dipastikan, tetapi makruh mengambilnya kerana ditakuti terjatuh dalam perkara yang haram”. Rujuk al-Asybah wa al-Nazair (1/74-75).

Justeru kami berpandangan dalam isu bekerja di kedai 7-Eleven, Speed Mart atau di kedai-kedai lain yang seumpama dengannya dalam penjualan arak:

Jika pendapatan yang mereka perolehi ialah daripada hasil jualan barang-barang yang halal dan haram, maka hukumnya adalah tidak haram mengambilnya tetapi makruh.

Jika pekerja itu terlibat dengan jual beli arak itu contohnya di kaunter, maka hukum perbuatan itu adalah haram sekalipun dengan martabat yang lebih rendah daripada meminumnya. Syeikh Mulla Ali al-Qari dalam al-Mirqah Sharh al-Misykah dalam menghuraikan hadis riba: “Mereka sama dari sudut mendapat dosa tetapi berbeza daripada segi tingkatannya.”

Sebaiknya berusaha dengan sebaik mungkin untuk memisahkan kaunter barangan yang halal dan barangan yang haram, atau mengikut pekerja, dan ini adalah tanggungjawab majikan yang perihatin terhadap kebajikan agama para pekerja Muslim.

Kami juga mencadangkan agar carilah pekerjaan yang tiada sebarang syubhah kerana ia bersifat lebih aman dan tenang jiwa. Benarlah sabda Nabi SAW:

فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang memelihara dirinya daripada sebarang syubah maka sebenarnya dia telah menyelamatkan agama dan maruahnya.

Hadis riwayat Bukhari (52) dan Muslim (20)

Justeru, dengan mencari-cari sumber yang halal dan menjarakkan diri daripada sebarang keraguan, maka sudah tentukan ia menatijahkan lagi kebaikan dan keberkatan dalam hidup.

Wallahua’lam.

Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan