Menerusi Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) – Official, seorang ibu berkongsi kesedihan bayinya berusia 43 hari meninggal dunia. Doktor mengesahkan anaknya mempunyai masalah jantung, namun beberapa hari sebelum meninggal anaknya dijangkiti kuman dalam darah. Semoga diberi ketabahan buat ibu ini.

Anak Down Dyndrome

Assalamualaikum ibu-ibu..saja nak share rasa sedih di hati.. anak istimewa saya anak syurga saya dah meninggal 1/1/2019.. and lahir 18/11/18.. 43 hari pinjaman yang dipinjamkan untuk ditatap dibelai dan disayaang.. tak pernah sehari pon saya dapat tidur dengan dia. Tak dapat dah saya peluk dia.. saya hanya peluk lepas anak syurga saya dah meninggal. Kaku tiada da respon.. saya peluk cium puas-puas sebab itu yang terakhir untuk saya.

Anak saya lepas lahir terus admit NICU 14 hari dan 29 hari PCICU.. Ada masalah jantung, down syndrome, baby iugr dan yang terakhir beberapa hari sebelum meninggal ada jangkitan kuman kat darah, air kencing, paru-paru dan jantung ada darah beku kat jantung dan kerosakan buah pinggang.. pernah buat operation hari ke 14 tapi jantung tetap tidak berfungsi dengan baik..

Allah Lebih Sayangkan Dia

Sejak dari lahir memang berselirat penuh wayar.. tak dapat nak peluk.. terima kasih sayang mama berjuang melawan sakit-sakit untuk bersama mama papa selama 43 hari. Terima kasih untuk kenangan sementara yang adik bagi pada mama.. mama dah janji nak jaga anak istimewa mama baik-baik tapi Allah lebih sayangkan adik. Untuk putera hati permata hati mama Haris Mirza bin Muhammad Suffian.. berlari-lari la sayang main la dengan kawan-kawan adik di sanaa.. tiada lagi wayar-wayar, tiada lagi jarum, tiada lagi mesin, tiada lagi oksigen.. adik bebas dah sayang.. mama sayang sangat kat adik terima kasih sangat-sangat adik kuat sangat.. adik anak istimewa anak syurga anak baik.. gembiralah sayang kat snaa.. mama akan jumpa adik satu hari nanti..

Nurse Pulangkan Susu

Dalam keturunan saya dan husband ini la anak istimewa down syndrome yang pertama dalam family saya.. dah janji sama-sama untuk menjaga dengan ikhlas dan nak bagi kasih sayang dekat dia. Tapi Allah lebih sayangkan dia lebih dari saya sayangkan dia.. Ibu-ibu doakan saya kuat .. sedih.. rindu dia.. sangat-sangat rindu.. pergilah sayangku mirza.. Damailah anak mama di sana..

Hari adik meninggal, nurse pulangkan susu yang adik tak sempat minum. Takpa sayang.. sana ada susu lagi sedap.. minum banyak banyak tau.

Sumber/Foto : Aida Syahafiza Azmi via OhBulan

Alhamdulillah, Netizen  Tidak Putus Doa, Memberi Kekuatan Dan Semangat

syurga tempatmu..sayang..walau bukan anak..tapi kesedihan tetap dirasai..bergembirala di taman syurga….. – Hazizah Ariffin

Allahu..memang sangat sedih dan tersentuh hati sis bila lihat pic baby adek nie.. kak ucapkan Takhziah buat baby adek..smoga adek dan kluarga tabah menghadapi dugaan dari ALLAH nie..Al-Fatihah..buat c baby nie..moga ia tenang d Alam sana..Inshaa ALLAH..Aamiin Allahumma Aamiin…😔😔😔 – Zamilah Mansur

Semoga si ibu tabah dan diberikan kekuatan…Alfatihah untuk anak syurga 😢 -Eyna Eriyna

Innalillahhiwainnailaihirojiun….semoga keluarga tabah hadapi dugaan ini….Al-Fatihah….. – Zaimiah Zaizai

Maaf saya tak sanggup baca..saya pun pernah kehilangan anak ke-3.. hidup tak sampai 24jam.. tak sempat saya dukung sewaktu dia masih bernafas..tak smpat menatap matanya.. tak sempat menyusuknnya..tak smpat saya mengusap dan memeluknya.. memang sedih berpantang seorang diri tanpa baby.. tapi saya tau dia sedang bergembira disana..tungyu mama dan abah kat syurga ye sayang..muhammad huzaer kakak dan abg juga merindui kamu..
Semoga puan ni tabah menghadapi ujian Allah..kehilangan yg pasti sentiasa dirindui… #kitasemuamilikAllah #innalillahhiwainnailaihirojiun – Wanz Atie

Faham sangat perasaan seorang ibu yang kehilangan anak..tambah-tambah lagi masih baby lagi…sebab saya pun dah penah mengalaminya..moga ibu ini tabah…😢😢 – Noor Azlina Hasan

Kami di Adam Hawa mengucapkan takziah kepada Puan Aida Syahafiza Azmi sekeluarga atas kehilangan  adik Haris Mirza bin Muhammad Suffian. Semoga Allah memberi kesabaran dan kekuatan. Kami yakin anak puan sedang menanti di pintu syurga. Amin Allahuma Amin.