Assalamualaikum

Rata-rata kat sini majoritinya beragama Islam yang membaca. Kat sini saya nak ceritakan bagaimana hidayah Allah tu datang tiba tiba dan hidayah tu telah mengubah suami saya daripada tak pernah solat dan mula solat 5 waktu.

Pertama kali, saya dulu pernah kawin dan gagal dalam perkahwinan. Saya tak pernah solat selama saya berkahwin begitu juga dengan suami saya. Last-last rumah tangga jahanam sampai saya dah bercerai barulah nak sedar.

Rupa-rupanya manusia ada time kite senang, bila kite susah. Allah banyak bantu saya. Masa saya susah, Allah bagi saya macam-macam petunjuk untuk saya maju ke depan, berduit. Padahal lepas saya cerai. Saya zero. Tak ada duit. Lepas saya dah berjaya. Memang saya meletakkan sayang kepada Allah itu yang teratas.

Tidak solat punca utama penceraian – Keratan Akhbar Sinar Harian Rabu 29 Ogos 2012

Perkahwinan kedua ini, saya diuji dengan suami yang tak pernah solat. Hari-hari dia kerja tapi solat dia kelaut. Dipendekkan cerite, kadang masa saya solat. Saya sengaja ajak dia jemaah. Tapi dia malu sebab tak pandai jadi imam. Katenya solat sendiri-sendiri boleh lah.

Untuk pengetahuan, suami saya bukan org yang berpendidikan tinggi. Tak ade UPSR. Tapi dia boleh berjaya. Kadang-kadang saya sengaja cakap dekat dia,

“Allah bagi awak macam-macam. Awak berduit. Tapi kenapa awak dengan Allah sombong sangat? Kenapa Awak tak nak tunduk kepada Allah. Dia diam.”

Sampai la 1 hari ni. Saya buka 1 video kat youtube. Saya taip perkataan ‘Neraka’. Keluar lah gambaran neraka macam mana. Menangis saya dan waktu tu saya tak boleh tidur. Rasa macam-macam dalam fikiran. Kalau nak rasa keinsafan boleh tengok kat youtube. Taip neraka.

Namun, video itu masih tak ade keinsafan dalam diri suami saya. Suami saya buat tak tahu je bila tengok saya semakin berubah jadi baik. Sampai la Allah tu gerakkan hati saya untuk bagi suami dengar ceramah Ustadz Zulkifli – DAHSYATNYA PADANG MAHSYAR Iman Hari Akhir

Mase tu saya buka ceramah ni dalam kereta. Lepas daripada dengar ceramah tu. Suami saya diam dan terus solat. Alhamdulillah. Sekarang tak tinggal dan kami sentiasa set alarm supaya tak lupa.

Siapa-siapa yang kurang ilmu agama boleh rujuk ustadz-ustazdz dalam youtube atau dengar ceramah di Masjid.

Alhamdulillah. Sama-sama kite berubah. Usia kite di dunia ni singkat untuk kite memikirkan masalah sedangkan Akhirat itu kekal selamanye.

Jangan lupa bace surah Al Mulk. Surah Al Mulk peguam bela kite nanti . Surah ni akan tolong kite daripad terima Azab seksaan Kubur nanti.

Semoga beramal soleh. Amin. Jangan lupa taw solat. Kite pinjam oksigen ini daripad Allah. Jadi jangan ye sombong degan Allah . Insyallah selamat dunia Akhirat

– Emilda

Sumber : IIUM Confessions via Mingguan Wanita

Doa Selepas Solat Fardhu Ringkas dan Mudah Dihafal

Wirid dan zikir selepas solat mempunyai nas. Dan ia hendaklah dibaca sebagaimana diambil daripada Nabi SAW, melalui hadis-hadis yang sahih.

Begitu juga dengan berdoa selepas solat sama ada secara umum atau khusus. Rasulullah SAW bersabda kepada Muaz:

يَا مُعَاذُ إِنِّي اُحِبُّكَ لا تَدَعْ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ، اَللَّهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya: “Hai Muaz, aku menyayangimu. Justeru jangan kamu tinggalkan untuk berdoa setiap kali selepas solat dengan membaca doa ini: Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingatimu, bersyukur kepadamu dan membaikkan dalam beribadat kepadamu.”

Riwayat Ahmad (no: 22119), Abu Daud (no: 1524), dan al-Nasaie dalam Sunan al-Kubra (no: 9937). Dinilai sahih oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya (no: 2020), dan Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya (no: 751)

Berikut dikongsikan bacaan doa selepas solat fardu beserta maksud untuk panduan dan rujukan semua. Doa adalah merupakan satu ibadat. Ianya merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T.

Terjemahan Bahasa Rumi:

Bismillah hir’rahma nirra’him.

Alhamdulillah hirob bil a’lamin.

Wassola tuwas sala mua’la saidina Muhammadinn asrofin mursalin, wa’ala alihi wasob bihi ajma’in.

Allahumma ahyiina bil iiman, wa’amit naa bil iiman, waad khilnal jannata ma al iiman.

Allahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa, warham humaa, kama rob baya naa sokhiroo.

Allahummaah timlana bi’khusnil khotimah, wala tahtam alaina bisuu i’ khotimah.

Robbana laa tuziq qulubana, baq daiz hadaitana, wahab lana min ladun kharohmah, in’naka antal wahab.

Robbana a’tina fid’dun yaa hasanah, wafil a’ khirotil hasanah, waqinaa azab’bannar.

Wasollallah huala saidina Muhammad, wa’ala a’lihi wasobihi was’salam.

Walham dulillah hirob’bil a’lamiin.

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Sumber : doaharian.mytoha.net