KUALA TERENGGANU: Beberapa kawasan pantai di negeri ini terkena tempias akibat ribut tropika Pabuk dengan deruan angin kuat hampir 50 kilometer sejam (km/j) direkodkan.

Penduduk juga mendakwa terdapat kerosakan kecil pada rumah kayu masing-masing.

Pengarah Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) Terengganu, Rosli Zakaria, berkata orang ramai sudah diingatkan supaya berjaga-jaga terhadap kemungkinan terdapat kerosakan pada bangunan dan kejadian pokok tumbang yang mungkin berlaku akibat angin kencang pada kelajuan 46km/j disebabkan ribut itu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kapten Muhammad Suffi Mohd Ramli, pula menasihatkan nelayan tempatan dan pemilik bot supaya tidak turun ke laut sehingga ribut berkenaan dijangka berakhir, Jumaat ini.

“Sekiranya perlu, Maritim Malaysia mempunyai aset meliputi 100 kekuatan dan 13 kapal yang mana lima daripadanya dalam keadaan bersedia untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Mana-mana kapal atau bot yang sudah berada di laut dan memerlukan bantuan kami boleh menghubungi ‘MERS 999’ atau memaklumkan pejabat Maritim Malaysia di Kuala Terengganu dan Kemaman atau pihak berkuasa lain,” katanya.

Setiausaha Persatuan Pengusaha Pelancongan dan Kebajikan Nelayan Kuala Merang, Mohd Khairul Azizie Mohamad, berkata nelayan di kawasannya maklum mengenai amaran dikeluarkan pihak berkuasa.

“Ini dapat mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini contohnya kehilangan nyawa atau kapal. Bagaimanapun, beberapa bahagian di kampung kami terjejas juga akibat ribut berkenaan,” kata Mohd Khairul mewakili 2,000 penduduk dari 20 perkampungan nelayan di kawasan berkenaan.

Sementara itu, nelayan, Ruslili Usof, 38, berkata ombak besar menghanyutkan 10 bubu miliknya yang dipasang di kawasan pantai.

“Saya kerugian kira-kira RM2,000. Saya amat bergantung kepada bubu berkenaan untuk merangkap ikan, lebih-lebih lagi ketika ini tidak dapat ke laut berikutan musim tengkujuh,” katanya.

Met Malaysia, dalam kenyataan media sebelum ini, memberi amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50km/j hingga 60km/j dan laut bergelora serta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Sabtu ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.

Sementara itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50km/j dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Johor Timur, Sarawak dan Sabah Barat sehingga tempoh sama.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sumber Artikel : BHARIAN ONLINE

Siklon dah sampai ke perairan Terengganu. Angin di tengah laut sekarang melebihi 60 km/j dan ombak setinggi 6 meter. Doakan semuanya selamat. Laporan dari pelantar minyak.

#prayforoffshore
#offshorelife

VIDEO 2

Sepat field in caution mode, as recorded @0700hrs this morning, wind speed 80-90 knots, swell 9 m height, current 5 knots…..2 liferafts dekat satelite platfofm dah jatuh laut….boat landing platform sepat-A dah x nampak…both EPOMS & PCSB ECC dah activate…doakan kami.

VIDEO 3 :

Ribut Paling Ganas, ‘Siklon Tropika’ Hentam Pelantar Minyak, Rakyat Diminta Buat Solat Hajat. Doakan kami semoga dipermudahkan urusan kami disini…

#prayforoffshore
#offshorelife

GAMBAR : PENAMPAKAN EKOR TUFAN SIKLON

Ihsan daripada team offshore… Penampakkan ekor tufan siklon… Semoga team offshore dan land dilindungi oleh allah s.w.t info sahid dri Ro radio opertor team offshore

*ECC Update 030530hrs*

1. Wind Speed & Swell (current):

  1. Puteri | 45-50 knts | 6.5-7.0 mtr
  2. Sepat | 85 knts | 9.0 mtr
  3. Angsi | 30-40 knts | 4.5-5.0 mtr
  4. Resak |30-35 knts | 2.5-3.0 mtr
  5. PM9 | 45-50 knts | 4.5-4.0 mtr
  6. Dulang | 37-45 knts | 3.5-4.0 mtr
  7. TBC | 35-40 knts | 5.0-5.5 mtr
  8. Resak | 30 knts | 2.8 mtr
  9. Dyb | 32-40 knts | 5.0-5.5 mtr
  10. BuK | 45-52 knts | 8.0-8.5 mtr

2. Peak weather (as of 030430 hrs);

  1. Penara – 022300 hrs / 34 knts
  2. Puteri – 030500 hrs / 32 knts
  3. BuK – 030300 hrs / 60 knts*
  4. Sepat – 030400 hrs / 90 knts*

3. Concerns:

  1. FSO BuK rolling angle decrese to *8 deg* with the slightly reduction of wind speed. Swell *maintain around 8.5m*. All personnel are awake and on high alert. Some of them having severe dizziness
  2. Sepat reach max wind speed @ *85 knts* and in *RED ZONE*. Swell *increase to 9.0m*. Rolling around 2 deg port, 2 deg stb. Sepat A stranded personnel are on *very high alert*. Current high swell *reach cellar deck which office cabin located*. POB Sepat A standby with life jacket!!
  3. Sepat standby boat SK Line 79 still nearby the area (2.5 nmile). *Setia Gagah has slightly back off 4.5 nmile (keep distance)* from Sepat area
  4. Other locations wind speed within *40-50 knots* with swell *4.0-5.0 meter*.
  5. Sepat and BuK are on *very high alert!!*

Let’s pray for our friends at Sepat & BuK!!

UPDATE TERKINI:

Alhamdulilah hrini ombak x kicah sagat…
Kredit team offshore….
#offshorelife

Sumber: Offshore Life via Kuala Lumpur Viral