Menjadi seorang jururawat bukanlah satu tugas yang mudah seperti yang dibayangkan oleh sebahagian netizen.Ditambah pula dengan bilangan pesakit yang semakin bertambah setiap hari tetapi dalam pada masa yang sama jumlah kakitangan jururawat di hospital sedikit yang tidak mampu menampung nisbah jumlah pesakit di hospital.Ini Menambahkan lagi cabaran kerja yang perlu digalas oleh seorang yang jururawat. Perkongsian ini dibuat oleh saudara Shahrieyl Yatim yang bekerja sebagai jururawat tentang apa yang berlaku secara REALITI dalam dunia jururawat.Semoga kita mengambil iktibar dari kisah ini.

Allahu..
Harini bekerja double shift lagi balik hantar patient semalam lebih kurang 12.30 malam pecut motor balik rumah sampai dalam pukul 1 pagi..penat punya pasal tertido hingga kan tak mandi..pagi tadi terbangun tengok2 luar tingkap suasana dah cerah tapi masih belum terlewat..siap2 macam lipas kudung terus pecut motor pergi kerja.Cabaran kat tempat kerja kena kerja 3 orang je dua2 bini orang dua2 perempuan dan seorang mengandung.

Sampai terus ambil report,tak sempat buat report terus pergi buat bed making,siap2 bed making..terus berlari buat kerja hakiki..etc buat bp,bagi susu,bagi ubat,sedut kahak..tapi bahagi2 la kerja 3 orang.Akibat tenaga kerja kurang dengan bilangan pesakit,sampai kan round pakar kami masih lagi dengan kerja hakiki.

Nak dijadikan cerita 1 patient balik dari buat CECT..dengan dijaga oleh 3 orang relative walaupun sudah ditegur dengan berhemah tetap berkeras xnak bg kerjasama yang mana hanya 1 relative sahaja dibenarkan menunggu.Apabila pesakit sampai di katil,remaja umur lingkungan 18 tahun.rakan sekerja yang mengandung menyapa nanti pergi mandi tahu,ni baju..tapi Disahut oleh relative yg menjaga..aik bukan kerja nurse ke mandikan pesakit semua ni.??

Dijawab balik oleh nurse berkenaan,pesakit yang sihat,boleh berjalan ke tandas kena buat sendiri dan sekiranya ada relative dia boleh temankan..
Sedang aku masih lagi melakukan pemberian susu kepada pesakit bed ridden,segera selesaikan kerja dan bergegas ke tempat kejadian,tanpa banyak soal aku off kan CBD dan ivd bagi memudahkan lagi pergerakan pesakit tersebut.

tapi tak berhenti di situ,relative terbabit masih lagi tidak berpuas hati dan masih menyindir.Korang ada baju lebih x? Baik bagi kitaorg pakai biar kitorang jadi staff tambahan..x abis disitu dia masih lagi menambah baik x payah jadi nurse kalau x buat kerja..aku menjawab,kan saya dah cakap tadi,yang menjaga seorang je kan? Kalau awak sampai 3 orang x boleh nak bawa dia ke tandas baik awak x payah jaga..saya cakap awak xnak dgr..x berpuas hati mereka dengan nada marah kata aku meninggikan suara..sampai membuat ugutan ,nak siku kepala katanya.

Iye..aku bukan penyabar dan aku membalas..kalau awak nak siku awak siku je la..dan tanpa membuang masa aku tegaskan balik supaya seorang sahaja yang tunggu..namun ketiga2 nya pergi meninggalkan pesakit terkontang kanting.Tanpa banyak bicara,aku suakan pesakit tersebut dengan whealchair dan terus ke tandas untuk mandikan pesakit..
Molek sampai ke tandas..dengan elok nya pesakit tersebut kencing berdiri dan mandi seperti biasa..nampak tak betapa hina dan hamba nya seorang jururawat di mata masyarakat..air mata bergenang,tanpa aku layan kan terus aku lap badan pesakit tersebut dan pakai kan baju laju aku menolak kerusi roda ke katil pesakit kerana masih banyak kerja yang perlu dilakukan dan aku kena kejar round doktor tapi pesakit aku incharge dah terlepas pn round nya..tak meninggalkan pesakit tu begitu saja aku tarik cardiac table dan suakan dia makanan untuk dia makan..lalu berlalu aku dari situ melakukan kerja2 lain..dengan hati yang terluka tetap memberikan senyuman untuk pesakit2 lain.

Sumber: Shahrieyl Yatim