Tidak dinafikan, proses membesarkan dan mendidik anak bukanlah sebuah perkara yang mudah untuk dilakukan. Setiap anak memiliki sifat mereka tersendiri yang perlu difahami oleh kedua ibu bapa agar tidak terlepas pandang dengan kebutuhan mereka.

Membesarkan dan mendidik anak lelaki dan perempuan mempunyai cara dan cabaran berbeza yang perlu dilakukan oleh ibu bapa.

Walaubagaimanapun, anak merupakan amanah dari Allah SWT yang perlu dijaga dan didik sebaiknya oleh ibu bapa agar menjadi insan yang berguna.

Selain dari ilmu yang dipelajari di sekolah, anak-anak juga perlu dididik dengan ilmu pengetahuan yang lain seperti adab, etika dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan anak mereka terdedah dengan pengetahuan am yang pastinya boleh dipelajari dari rumah.

Entri kali ini akan berkongsi penulisan daripada Akhi Fairuz yang berkongsi pengalamannya berhadapan dengan seorang ibu yang terkejut apabila mendapati anaknya telah diliw4t.

Anak 4 Tahun Mengadu Anak pengasuh Masukkan Bibird.

Puan : Assalamualaikum Tuan..
Maaf menggangu.. Tuan, saya berada dalam situasi sukar, anak kecil saya usia 4 tahun mengadu anak pengasuh masukkan bibird dalam lubang …

Dia kata abang long cucuk.. dar4h

Apa perlu saya buat Tuan

Adakah perlu terus report polis atau check dulu dengan doktor ye Tuan

Saya ada baby 6 bulan perempuan di tempat pengasuh yang sama

.
Tuan : Waalaikumusalam. Innalillah
.

Budak Kecil Tidak Akan Menipu

Puan : Baik Tuan.. Insha Allah esok saya report polis dan terus ke hospital

Ada kemungkinan ke Tuan untuk anak saya mengada-ngadakan cerita

Anak Pengasuh yang saya syak meliw4t anak saya beru berumur 13 tahun.

.
Tuan : Budak kecil macam tu tak akan menipu
.

Puan : Baik Tuan.. selama ni saya sangat menjaga aurat anak-anak lelaki dan perempuan. Memantau mereka dari segi pergaulan. Sebab takut benda-benda macam gini jadi. Sedihnya saya Tuan

.
Tuan : Kadang-kadang bukan salah Puan. Salah Pengasuh dan Ibunya
.

Anak Pengasuh Mengaku Bersalah

Tuan : Salam Puan. Ada update terkini tak?
.

Puan : Anaknya mengaku perbuatannya Tuan.. Ibunya mohon untuk tidak report polis

.
Tuan : Puan kena report. Saya syak ada lagi yang jadi mangsa. Biar Polis yang buat kerja

Menitik air mata saya baca mesej Puan ni.

Mana-mana mak ayah yang ada anak kecil pasti rasa tersentak jika kejadian macam ni berlaku pada anaknya. Kita dah jaga dia elok-elok, didik baik-baik, tapi ada orang lain yang rosakkan!

Sebab tu kalau ada ibubapa yang mengadu pada saya pasal ni, yang pertama saya akan minta mereka percaya dahulu apa yang anaknya sampaikan.

Anak-anak sebesar ini takkan sekali-kali menipu bila private partnya (bibir, d4da, punggung, kemaluan) disentuh, dirab4, apatah lagi dimasukkan z4kar.

Please, please, please, buat report polis segera. Kemudian, polis akan guide untuk dapatkan laporan kesihatan di hospital. Doktor perlu periksa kesan tusuk4n atau koyak4n, samada kesan baru atau dah lama (berkali-kali berlaku).

Tolong, tolong, tolong, ajar anak-anak apa itu sentuhan selamat dan tidak selamat. Anak-anak kena tahu bertindak kalau rasa tak selesa seseorang individu menyentuh tubuh badannya.

Ingat 3 step ini, ajarkan pada anak,

  1.  JERIT kuat-kuat
  2. LARI
  3.  MENGADU

Bila nak ajar?

Seawal yang boleh. Bila anak dah faham arahan kita, terus sahaja ulang-ulang perkara ni. Lama-lama dia akan faham. Mulakan dahulu dengan memberi nama yang sebenar kepada kemaluan yang lelaki dan perempuan.

Jika dah usaha untuk mencegah, tetapi perkara tak diingini tetap juga berlaku, jangan pernah undur untuk membela nasib anak. Jangan fikirkan sangat pasal pemangsa (apatah lagi si pelaku ahli keluarga sendiri). Anak-anak ini akan nampak kita berbuat sesuatu untuk haknya!

Share post ini. Tag pasangan anda. Biar ramai ibubapa yang alert!

Jangan lupa ikuti channel telegram saya t.me/NotaAkhiFairuz

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah

————————————

👉 Guide untuk memilih pengasuh untuk anak-anak : http://bit.ly/2rQI4we
👉 Ajar anak nama sebenar bagi kemaluannya : http://bit.ly/2Q3aGM8
👉 Talk Now! Protect Always : http://bit.ly/2QTzko0
👉 Ibubapa berjimak depan anak, mereka tiru : https://bit.ly/2twCeBm
👉 Apa yang perlu dilakukan oleh ibubapa bila anak dicabul pedophile : https://bit.ly/2tI0sYr
👉 Bagaimana seorang ayah boleh berikan cinta kepada anak perempuannya? http://bit.ly/2It4SIg


Tambahan : 

Setelah berusaha semampu mungkin, luar dari pandangan mata kita,kita tak mampu buat apa apa lagi kerana jauh dari kita.

Maka ibu dan ayah barangkali boleh amalkan doa ini untuk anak dari hadis Nabi صلى الله عليه وسلم ketika baginda mendoakan keselamatan buat kedua cucundanya yg mulia, saydina hasan dan saydina hussain رضي الله عنهما:-

أُعِيذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لامَّةٍ

Aku mohon berlindung untukmu(si anak) kepada Allah, dari segala syaitan,binatang yang berbisa dan pandangan yang jahat.

Boleh baca ketika hantar nak hantar anak pi tempat mengasuh. Kalau anak lelaki baca (u’izuka) kalau perempuan (u’izuki) kalau dua orang baca seperti di atas.. Wallahu A’lam

Sumber : Akhi Fairuz Al-Jengkawi via Hadi Johari

Kredit : Siakap Keli