Tidak Perlu Bomoh-Bomoh!! Hanya Amalkan Doa Ini 19 Kali Untuk Melembutkan Hati Seseorang Dari Jarak Jauh.

0
11464

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Dalam mengharungi kehidupan sesama insan di dunia ini terutama sekali pasangan yang sudah berkahwin tidak dapat dinafikan berlaku konflik sehingga salah seorang membawa diri dan mendiamkan diri.

Adakalanya permasalahan ini berlanjutan sehingga bertahun dan ada pihak yang akan mula tawar hati dan sudah tidak mampu di pujuk lagi. Namun bagi mereka yang betul-betul ingin berusaha menjernihkan keadaan yang sedang keruh dan berniat untuk memperbetulkan keadaan tidak salah untuk mengamalkan doa ini.

Sahabat yang di rahmati Allah, Bacalah doa ini yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Umar Alkhattab untuk memeluk agama Islam. Baca sebanyak 19 kali dan sebut nama orang tersebut, Insha allah dengan izinnya.

Allahu lateefun biAAibadihiyarzuqu man yashao wahuwa alqawiyyu alAAazeez

Terjemahannya:

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Namanya zikir al lathiif:

Dibaca 19 kali dan niatkan agar Allah lembutkan hati mereka yang degil dalam menunaikan suruhan Allah, jadi hamba yang soleh dan berbaik-baik sesama muslim.

Cara kedua, bacakan zikir al lathiif 19 kali pada air dan beri minum pada anak agar lembut hati mendengar kata dan mudah/terang hati menunaikan ibadah.

Oleh kerana si polan dan sipolan itu jauh, cukup amalkan zikir dan doa tersebut sambil yakin berdoa agar Allah makbulkan doa kita itu. Diharap perkongsian tentang doa dan zikir melembutkan hati seseorang dari jauh di atas dapat memberikan kita kehidupan yang lebih tenang dan bahagia.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, dipersilakan share.

Doa ini turut dikongsikan oleh Dato Ustaz Kazim Elias: Tanya Ustaz Kazim Elias – Melembutkan Hati Seseorang

Sumber: akucerita

6 Perkara Buat Kita Rasa Dia Adalah Jodoh Yang Ditakdirkan.

Bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita?

Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan

1. Bersahaja

Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Jika dia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

3. Membawa untuk mengenali keluarganya dengan lebih rapat

Sekiranya anda dibawa berjumpa keluarganya, ini bermakna pasangan anda begitu serius dengan perhubungan yang dijalin. Ikatan bersama semestinya ingin diakhiri dengan ikatan pernikahan yang sah.

4. Berkongsi kisah suka dan duka bersama

Ikatan yang ikhlas dan serius akan bermula dengan adegan berkongsi cerita dan saling memahami. Apabila saat untuk si dia melamar semakin mendekat, sudah pasti dia mengingini anda mengenali sepenuh dirinya dan keluarganya. Tiada sedikit pun sejarah silam yang akan diselindung kerana perasaan cinta yang suci itu.

5. Menerima kelebihan dan keburukan dirimu

Si dia tidak akan mempertikaikan kelemahan diri anda. Setiap kelemahan pastinya akan ditegur dengan cara yang baik dan tidak menyinggung perasaan. Ini menampakkan kesediaannya untuk menjadikan anda permaisuri hati tidak lama lagi.

6. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Sumber : Pesona Pengantin via BaitulJannah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here