Perasan Tak, Kenapa Ada Orang Yang Kerap Kena Gigit Nyamuk Berbanding Orang Lain? Ini Penjelasannya

0
8865

Pernah tak anda rasa macam selalu kena target dengan nyamuk? Habis berbintat satu badan .Sedangkan orang lain boleh relax dan tak perasan pun ada nyamuk.

Haa nyamuk ni bukan main pilih saja ya. Kajian telah membuktikan bahawa nyamuk memang ada kecenderungan yang tertentu dalam memilih mangsanya.

Menurut laporan dari WebMD, seorang profesor emeritus dari Universiti Florida, Jerry Butler telah menyatakan bahawa “1 daripada 10 orang adalah mereka yang menarik perhatian nyamuk”.

Dan untuk pengetahuan anda, nyamuk menghisap darah bukanlah sebagai makanan. Malahan, hanya nyamuk betina sahaja yang akan menggigit manusia kerana mereka memerlukan sumber protein dari darah manusia untuk membenihkan telur serta menghasilkan lebih banyak anak.

85% kemungkinan kita akan digigit oleh nyamuk adalah disebabkan oleh faktor genetik.

Adakah anda ada ciri-ciri ‘istimewa’ yang nyamuk mahukan? Bawah ini ada senarai perkara yang boleh buat anda jadi ‘magnet nyamuk’:

1. Darah Jenis O


Satu kajian telah mendapati bahawa mereka yang berdarah jenis O adalah 83% lebih cenderung untuk digigit nyamuk. Manakala mereka yang berdarah jenis A mempunyai kecenderungan yang paling rendah, dan bagi yang berdarah jenis B pula mereka berada dalam kategori pertengahan. Boleh jadi cenderung untuk digigit dan mungkin juga kurang.

Selain itu, 85% orang yang menghasilkan rembesan yang boleh menunjukkan jenis darah mereka juga biasanya akan menjadi mangsa gigitan nyamuk, tanpa mengira jenis darah.

2. Saiz Badan Yang Besar

Nyamuk juga lebih sukakan mereka yang dewasa berbanding kanak-kanak kerana mereka ini lebih kerap menghembus nafas dan mengeluarkan karbon dioksida. Berbanding wanita, lelaki juga lebih cenderung untuk digigit nyamuk, sama seperti mereka yang obesiti atau lebih berat badan disebabkan saiz badan serta suhu badan.

3. Wanita Mengandung

Merujuk kepada satu kajian yang telah dijalankan di Afrika, wanita mengandung adalah dua kali ganda lebih berisiko untuk menjadi mangsa nyamuk berbanding wanita yang tidak mengandung. Ini kerana wanita hamil lebih banyak menghasilkan CO2. Bukan itu sahaja, kajian pada tahun 2002 juga menunjukkan bahawa wanita yang mengandung pada hujung trimester akan melepaskan 21% lebih CO2 berbanding wanita biasa, yang mana menjadikan mereka lebih terdedah untuk menjadi target kepada nyamuk.

4. Melakukan Aktiviti Fizikal

Nyamuk tertarik kepada asid laktid iaitu bahan yang dihasilkan oleh tubuh badan selepas anda berpeluh. Oleh itu, anda akan lebih terdedah untuk digigit nyamuk sekiranya anda baru sahaja selesai berlari ataupun workout di gim.

Selain itu, anda juga akan mengalami peningkatan suhu badan disebabkan oleh kadar metabolik yang meningkat selepas bersukan atau melakukan aktiviti lasak. Secara tidak langsung, ianya akan menjadikan nyamuk lebih tertarik kepada anda.

5. Memakai Baju Berwarna Merah Atau Warna Gelap

Selain dari bau, nyamuk juga mencari mangsa berdasarkan penglihatan mereka. Warna merah akan menjadikan anda sebagai mangsa utama, sama seperti warna-warna gelap seperti hitam dan biru.

Dr. Jonathan Day, entomologis dan pakar nyamuk dari Universiti Florida menjelaskan, “nyamuk mengalami masalah untuk terbang dalam keadaan yang berangin walaupun sedikit, jadi mereka akan terbang dalam ketinggian yang rendah. Dengan itu, mereka mengesan mangsa dengan membuat perbandingan warna pakaian. Warna gelap akan kelihatan menyerlah, manakala warna cerah seakan-akan senada.”

6. Beberapa Elemen Dalam Badan Yang Menjadikan Anda ‘Magnet Nyamuk’

Mereka yang menghasilkan lebihan asid di dalam badan (contohnya asid laktik, asid urik) dan/atau mempunyai konsentrasi steroid dan kolesterol yang tinggi pada permukaan kulit akan lebih menarik perhatian nyamuk. Namun ini bukanlah bermakna nyamuk hanya target mereka yang berkolesterol tinggi, tetapi mereka ini secara naturalnya memproses kolesterol dengan lebih cepat berbanding yang lain, menghasilkan bahan sampingan pada permukaan kulit.

Bagi mereka yang jarang digigit oleh nyamuk, satu kajian yang dijalankan oleh London School of Hygiene & Tropical Medicine menyatakan bahawa mereka ini mempunyai “bau yang berbeza bagi nyamuk” seolah-olah mereka menghasilkan ‘penghalau semulajadi’. Untunglah.

Jadi berdasarkan senarai di atas, adakah anda berada dalam kalangan ‘magnet nyamuk’ ini?

Sumber : Says via Mediamassa.press

Baca Juga : Empat Penyakit Yang Boleh Membunuh Akibat Daripada Suka Tidur Lewat

Diantara kebiasaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah, dia tidak suka tidur lewat. Jika tidak ada urusan penting baik tentang dakwah ataupun jihad maka ia menyegerakan tidur setelah sholat Isya ‘kemudian bangun di tengah malam atau sepertiga malam untuk shalat tahajjud atau qiyamullail.

Selain memudahkan tahajjud, terbukti kebiasaan tidak tidur lewat malam juga memiliki banyak manfaat perubatan yang baru diketahui di zaman modern ini. Sebaliknya, orang yang tidur lewat malam terancam bahaya kesihatan seperti berikut:

1. Sistem Imun Melemah (anti body melemah)

Tidur lewat malam terbukti mempengaruhi rosaknya sel-sel darah putih. Akibatnya kekebalan tubuh menjadi lemah dan mudah diserang pelbagai penyakit.

2. kencing manis atau diabetes

Tidur lewat malam juga merosak hormon di tubuh. Akibatnya tubuh tidak toleransi terhadap glukosa kerana jumlah insulin menurun. Orang yang tidur lewat malam menjadi lebih mudah mendapat penyakit Diabetes.

3. Sakit Kepala Hingga Kerosakan Otak

Tidur lewat malam membuat tubuh tidak sempat berehat dengan baik. Meskipun waktu tidurnya sama, katakanlah lima jam, orang yang tidur sebelum tengah malam dan bangun sepertiga malam terakhir akan merasakan keadaan tubuh fizikal yang lebih baik. Sebaliknya, tidur lewat malam membuatkan istirehat tidak efektif. Ketika bangun kepala terasa berat, itulah tanda gegar otak kecil sedang menyerang. Jika dibiasakan, terus menerus dalam waktu berpanjangan, kerosakan otak boleh mengancam.

4. Kanser Hati

Diantara penyakit berbahaya akibat tidur lewat malam adalah kanser hati. Melalui penelitian para doktor di National Taiwan Hospital menemukan bahawa tidur lewat malam dan bangun terlalu siang merupakan penyebab utama kerosakan hati.

Subhanallah… demikianlah hikmah perubatan dari salah satu kebiasaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Aisyah radhiyallahu ‘anha menjelaskan kebiasaan beliau ini:

مَا نَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ الْعِشَاءِ وَلَا سَهِرَ بَعْدَهَا

Rasulullah shallaallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah tidur sebelum waktu isya’ dan tidak pernah begadang setelahnya. (HR. Ahmad; shahih)

Ibnu Qayyim Al Jauziyah menjelaskan dalam Zadul Ma’ad: “Termasuk kebiasaan beliau adalah tidur di awal malam dan bangun di bahagian akhirnya. Terkadang ia begadang di awal malam untuk mengurusi berbagai kepentingan orang-orang miskin. ”

Semoga kita dimudahkan untuk meneladani beliau, dan mendapatkan banyak manfaat dan hikmah berkat meneladani beliau. [Ibnu K / bersamadakwah]

Sumber : Ultranews.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here