Menarik Cara Ustaz Ebit Lew Buat Untuk ‘Gembirakan Hati’ Isteri Tersayang..

Nak gembirakan hati seorang isteri sebenarnya tidaklah sesusah mana. Cukup hanya menjaga mereka dengan baik dan berikan kasih sayang tulus ikhlas dari seorang insan yang bergelar suami.

Ringankan beban mereka, tak dapat banyak, sedikit sudah memadai bagi seorang isteri untuk tersenyum bahagia. Inilah pesanan Ustaz Ebit Lew buat semua suami.

*******

Sebak lak..

Dah lewat malam tadi jumpa seorang wanita dekat tol dengan 3 orang anak.. Dia salah jalan. Macam mana nak pusing semula. Tanyanya, dekat mana nak beli topup dan jauh tak stesen minyak. Minyak dah sikit. Akak ada waze. Takde lak..

Meh saya tunjukkan..saya bawa ke depan tu sikit. Akak ikut belakang kereta saya. Sampai dekat stesen minyak dia macam lambat nak keluarkan duit dari beg. Sambil cakap aduh camne yer..kecian sangat tengok wajahnya penat,letih,lesu..begitulah ramai wanita diluar sana..

Saya kata takper kak..saya dah bayar. Akak isi penuh jer.. ish.. takperlah.. ish takper kak. Saya dah niat dah..

Dia tiba-tiba menangis. Sedihlah ustaz.. saya memang ada masalah takde duit nak isi minyak. Allah takdirkan segalanya kerana Allah sayang kakak..

Saya beri duit raya untuk anak-anaknya. Saya selalu berdoa Allah temukan saya dengan orang yang diuji waktu malam begini. Tak dapat bantu banyak. Dapat bantu sikit dah rasa seronok. Sebab dulu saya selalu rasa begitu..sekarang pun ada juga rasa begitu..

Teringat bidadari di rumah begitulah kadang seorang diri sana sini urus anak dan keluarga. Ramai wanita begitu diluar sana. Mana nak jaga anak. Nak isi minyak. Nak tengok jalan. Anak kecil menangis. Duit takde. Barang tertinggal.. kuatnya seorang wanita.. kadang-kadang terpaksa kuat demi anak-anak dan keluarga tercinta. Semuanya kerana Allah..

Sampai dekat rumah dah lewat juga. Rindu bidadari saya.. Sebelum tidur saya tengok sampah jika ada belum buang. Tolong basuh pinggan jika masih belum basuh. Kecian bidadari saya penat jer. Lepas tu keluar sekejap isi minyak penuh dan pamkan tayar kereta. Kadang-kadang basuhkan kereta sekali…selit duit sikit dekat dompet isteri..sambil doa ya Allah jagakan bidadariku dan anak-anakku..

Esok bila saya pergi kerja. Dapat mesej dari biadadari saya.

“Terima kaseh abang. Ya Allah kenapa susah-susah. I love u abang.. I love u too sayang bidadariku..”

Ternampak-nampak senyuman bidadari saya. Itulah kebahagiaan hidup saya. Semuanya anugerah Allah.. Kalau kita tak dapat tolong semua orang. Jangan lupa berusaha ringankan tugas isteri kita. Mereka teman kita di dunia dan akhirat sampai syurga.

Sedih bila dapat mesej ada orang belasah isteri dan zalimi isteri..ya Allah mudahkanlah dan bahagiakanlah bidadariku dan setiap wanita di luar sana. Ampuni dosa kami lelaki dan jadikanlah kami ketua keluarga yang baik- ebitlew

Baca Juga : ‘Orang Tanya Saya Kenapa Wanita Ini Stress’, Ini Jawapan Ustaz Ebit Lew Yang Buat Ramai Lelaki Tergamam.

Suka tengok para isteri gembira dapat duit untuk hari tua tabungan kwsp. Saya doakan Allah mudahkan semuanya. Bahagianya wanita dalam hidup kita. Allah sayang kita…

Cuma sedih dan cuma mampu berdoa kasihan pada wanita yang diuji dan ada yang dianiaya oleh suaminya. Ratus mesej setiap hari. Tak dapat nak balas..Ramadhan ini lagilah. Ini bulan rahmat berkat. Tapi bertambah tekanan dan penatnya seorang isteri..

Baru ini saya ceramah pada sekumpulan wanita yang mengalami tekanan dan stress dan sehingga sampai tahap kemurungan. Ramai yang menangis bila saya kata Allah sayang. Saya minta mereka ramai-ramai ulang sebut “Allah sayang saya. Allah sayang saya. Mereka semua menangis sambil ucap perkataan itu. Mereka menangis makin kuat.

Orang tanya saya kenapa wanita ini stress. Jawapannya, mereka juga manusia. Cuba kenang sekejap. Undang-undang dibuat supaya semua waktu kerja ada waktu. Siapa majikan tak ikut diambil tindakan. Mesti ada waktu rehat. Untuk bibik pun kerajaan dah buat jadual mereka mesti ada rehat. Buruh di kilang dan ladang juga ada waktu. Seorang isteri ada jadual rehat tak? Hampir semua tiada rehat. Ya Allah. 24jam sehari. Tidur mereka tidak pernah sempurna. Makan mereka tak sempurna. Terutama ibu-ibu muda yang anak-anak masih kecil. Mereka turut mencari rezeki buat keluarga.

Mereka tiada sesiapa lagi dalam hidup melainkan suami. Jika berjaya rumahtangga orang kata untung awak dapat suami baik. Jika gagal ibuayah marah anak perempuan sendiri tak pandai jaga suami.

Dari awal pagi sahur. Terjaga-jaga. Kemas sahur. Lepas tu kemas meja makan. Kemas rumah. Basuh pinggan. Siapkan suami dan anak-anak. Uruskan anak-anak ke sekolah dan hantar ke taska. Dengan pelbagai kerenah anak dan suami.

Balik kerja segera cepat-cepat balik rumah. Sampai rumah. Rumah bersepah. Siapkan berbuka puasa untuk suami dan anak-anak. Rumah kembali bersepah. Kemas rumah lagi. Duit gaji baru dapat belikan barang-barang dapur sementara tunggu duit suami. Mandikan dan bantu anak-anak buat kerja sekolah.

Bila suami balik, kadang-kadang anak seorang lepas berak. Seorang bergaduh dari tadi. Tinggi suara. Kerja meleraikan anak menjerit bergaduh menangis. Terus cakap dengan suami dengan muka masam kerana anak-anak. Banyak nak cerita, kerana ini teman hidup dan mati. Tersilap mula ayat atau nada. Tak sempat cantik-cantik. Tak pasal-pasal suami terasa dan marah juga kerana penat. Suami terus naik tidur atau tengok tv atau keluar rumah. Yang baik rajin solat tarawih di masjid. Isteri ada yang tak sempat lagi solat isya dan tarawih.

Isteri rasa sedih dan bersalah. Menangis dan menangis. Kadang-kadang tengok gambar kenangan dengan suami. Buka ceramah agama atau kata-kata motivasi untuk pulihkan semangat. Terus bersemangat dan berdoa. Meneruskan urusan rumahtangga kerana Allah dan suami. Terus berlari siap-siap nak layan suami. Tiba-tiba anak-anak menangis, tak mahu tidur. Seorang lagi masa nak tidur nak makan dan berak lagi. Anak kecil asyik menangis. Masa nak mandi pun takde. Anak menjerit ketuk pintu. Masa bila nak makan. Masa bila nak tidur. Masa bila nak mandi. Suami pun sangat penat di tempat kerja harapkan dapat bermanja dan bergurau dengan isteri. Kadang-kadang tidur dengan marah..

Isteri sepanjang malam rasa bersalah…itulah seorang isteri dalam merajuk dan sedih tidak dapat rehat dan terus menerus uruskan rumahtangga sehingga habis usia. Puluhan tahun. Andai umur seabad. Seabad mengabdikan hidup untuk keluarga. Tapi mereka ikhlas kerana Allah. Itulah ibu kita dan ibu anak-anak kita..

“Khadijah ra tidak pernah mengeluh sepanjang hidup beliau. Itulah wanita yang sentiasa manis mukanya walau segalanya telah dikorbankan demi agama..”saya selalu minta isteri saya berdoa agar bertemu dengan wanita ini dalam syurga nanti..

Sebab tu kita lihat ayah-ayah kita semuanya selalu cool jer..tak kisah mak membebel . Sebab mereka tahu susah isterinya..fahami isterinya..

Seorang lelaki yang ingin kebaikan, bahagia dan kejayaan dalam hidupnya berusahalah gembirakan 2 orang ini. Isteri dan ibumu. Lihatlah bagaimana Allah akan bahagia dan kebaikan dalam hidupmu.

Sayangilah isteri kita. Maafkanlah mereka. Bantulah mereka di dalam rumah. Bersama-sama buat kerja rumah. Bantulah sikit-sikit. Jika kita nampak orang angkat barang banyak sebagai manusia kita akan tolong. Kita tengok kerja orang berat kita malu rasa nak duduk.

Sekali sekala bawalah isteri bercuti dan rehatkanlah mereka. Beri cuti. Layan mereka seperti permaisuri sekali sekala. Mereka tiada gaji. Hanya kerana amanah mereka sebagai seorang isteri dan ibu. Jadilah pendengar setia dan penyayang.

Mereka bukan milik kita tetapi amanah Allah untuk kita pimpin masuk syurga..duduk rehat-rehat bersama baca Al-Quran, solat tahajud,doa, baca hadis Nabi saw. Mereka bukan tukang masak. Bukan bibik. Bukan cleaner. Bukan pekerja kita. Mereka hamba Allah dan Umat Nabi saw. Bertanggungjawab hidupkan Islam dan menuntut ilmu serta berkhidmat buat keluarga.

Itulah kehidupan rumahtangga saling memerlukan dan melengkapi. Kesucian hati seorang isteri dan ibu hanya menjadikan merekalah orang paling bahagia dunia dan akhirat. Ya Allah bahagiakanlah hati ibu dan isteri di luar sana. Ampunkan segala dosa mereka dan beri mereka syurga yang tinggi. Saya sayang ibu dan isteri saya kerana Allah

Harapan saya nak cadang supaya setiap rumahtangga suami isteri dihantar kursus kekeluargaan 3bulan sekali. Organisasi dan kerajaan sepatutnya hantar setiap staf bawa pasangan belajar ilmu rumahtangga. Suburkan cinta dan sayang dengan sunnah Nabi saw. Buat isteri yang mengadu ada masalah keluarga di pejabat agama. Terus hantar suaminya bawa belajar iman di masjid supaya lebih menghargai isteri dan belajar bimbing isteri dan agama. Sedih sebab bila ada masalah bertahun-tahun wanita itu derita sampai jadi murung. Jadi takut suami. Trauma. Sakit. Disiksa zahir batin. Bantulah ya Allah. Permudahkanlah dan berilah jalan keluar buat wanita-wanita ini.-

Benarlah mafhum sabdaan Nabi saw, orang yang paling baik ialah orang yang paling baik kepada isterinya. Nabi saw ialah orang yang paling baik terhadap isterinya- ebitlew

DapatkanBuku #isterikuBidadari Whatsapp 013-2984984

Sumber : Facebook Ustaz Ebit Lew

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *