Orang Yang Bahagia Tak Akan ‘Tayang’ Semua Benda Di Media Sosial, Kenapa? Mungkin Ini Sebabnya

Kehidupan hari ini dah makin pelik dan luar biasa berbanding dulu. Kalau orang dulu-dulu, walau tak tayang apa yang dimiliki, hidup tetap kekal bahagia dengan pasangan. Habis kenapa orang sekarang suka berkongsi segala-galanya di media sosial?

Apa yang lagi parah, bukan hanya tempat yang dia pergi, hadiah mahal dan makanan sedap-sedap, malah ‘hal dalam kain’ berkait rumah tangga juga turut dikongsi! Agaknya apa tujuannya? Hanya anda yang tahu.

Tapi jika ada yang melakukannya kerana mahu orang lain tahu anda pasangan bahagia ternyata itu satu kesilapan. Sebab pasangan bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial. Ini kerana pada mereka…

1. Cukuplah Hanya Pasangan Yang Rasa

Waktu sedang enak nak menjamu selera, anda pula sibuk nak ambil gambar. Akhirnya pasangan terpaksa menunggu dan kadang berlakon hanya semata untuk dirakam dan ditayang pada orang lain di media sosial.

Betul ke ini cara terbaik untuk anda dan pasangan nikmati rasa bahagia? Tepuk dada tanya selera.

Jika ada pun foto yang diambil untuk tatapan peribadi bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik  gambar waktu sebegini ini sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan

https://i.pinimg.com/originals/00/f2/5c/00f25cb07150cd3cdc867c076d707309.jpg

2. Perasaan Bahagia Itu Bersifat Peribadi

Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak berminat untuk menunjuk atau membuktikan mereka bahagia pada orang lain.

Pada mereka perasaan bahagia itu bersifat peribadi. Jadi tak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.

3. Risau Takut Masuk Kategori RIAK/UJUB

Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya sendiri.

Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?

4.  Tak Nak Bahayakan Kehidupan Keluarga

Bawa anak ke sini, check in. Suami tak ada rumah pun, beritahu umum. Tahu tak cara ini boleh mudahkan dan dekatkan diri anda dengan kes jenayah? Cuba renungkan dan berfikir dulu sebelum buat.

5. Tak Perlu Bangga Dengan Kebahagiaan Yang Dimiliki

Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini.

Tak guna membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka.

https://3.bp.blogspot.com/-GdOelSfBqp4/WQ8Io4AkFDI/AAAAAAAAByQ/VL_SoBFLHCoR2iryrWwbN9Te6X5RDzs2gCLcB/s1600/happiness-11.jpg

6. Bahagia Itu Untuk Dirasa Bukan Dipamer

Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan, mereka mahu menikmatinya bukan diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie untuk dimuat naik di media sosial.

Apa pendapat anda? Setuju tak bahawa kebahagiaan itu bukan untuk dipamer atau anda punya sudut pandang berbeza dalam hal ini.

Sumber : nasihatustaz.blogspot

 

Inilah Perbuatan ‘Ujub’ Yang Sentiasa Kita Buat Tanpa Kita Sedari.

Manusia kadang-kadang terlepas pandang perkara penting ini, ataupun memang sudah tahu, tetapi sengaja hendak menunjuk-nunjuk. Apa perkara itu? Ujub!

Ramai yang berlumba-lumba hendak memberitahu apa kelebihan diri pada umum, tanpa mengetahui bahawa ianya adalah salah satu perkara yang ALLAH S.W.T larang dan ianya adalah berdosa!

Sebenarnya ada yang sudah mengetahui bahawa ujub itu berdosa, tetapi masih juga menunjuk-nunjuk kerana rasa diri lebih baik dari orang lain.

Mengapa begitu?

Tidak percaya akan azab ALLAH S.W.T?

Lagi-lagi sekarang zaman serba serbi canggih, ada aplikasi Facebook. Setiap hari update status tentang kelebihan diri, berbangga-bangga diri sehingga mendatangkan perasaan menyampah orang sekeliling.

Perasaan ujub ni kadang-kadang orang buat tanpa sengaja, fikir ianya perkara biasa saja tetapi rupanya berdosa! Hati-hati apabila update sesuatu di laman sosial ya!

Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya.

Antara Uujub Yang Orang Tak Sedar Selalu Buat Ialah :

 

Puji Anak Berlebihan

Boleh dikatakan setiap hati update pasal anak, anak cantik la, anak bijak la dekat facebook, instagram, sampaikan orang naik menyampah. Sepatutnya anda peka dengan rakan-rakan anda yang mungkin belum berpeluang merasa ada anak, pasti mereka rasa sedih.

 

Check-In Hospital Mahal

Snap gambar dalam hospital, suruh ralan-rakan doakan anak supaya cepat sembuh. Tetapi caption hastag nama hospital-hospital terkenal, hospital yang mahal-mahal. Sebenarnya dalam hati nak bagitahu yang dia mampu pergi hospital mahal. Bukan nak suruh doakan anak tu sangat.

 

Bersyukur Tak Habis-Habis

Tak habis-habis update pasal duit yang banyak. Bersyukur katanya. Selang seminit update ‘Alahmdulillah. Alhamdulillah duit masuk lagi, syukur alhamdulillah’ sebenarnya bersyukur itu perbuatan yang baik, tetapi salah caranya. Jika betul hendak besyukur, solat dan buat sujud syukur. Bukan duk heboh dekat laman sosial.

Tunjuk Kereta Mahal

Tangkap gambar dalam kereta, nampak stereng sekali. Captionnya ‘teruk jam jalan hari ni’. Sebenarnya nak bagitau yang dia tengah bawa kereta mahal, orang yang ada kereta lebih mahal dari dia pun tak riak!

 

Shopping

Suka shopping lepastu ambil gambar dan update dekat laman sosial, caption pulak ‘ letih shopping hari ini, sikit-sikit je keluar duit hari ni’ tapi dalam gambar bukan main banyak barang yang dibeli. Nak berlagak pun tak payah nak menunjuk sangat kan?

 

Serba Baru

Dekat nak raya ni nanti ada la yang update pasal sofa baru, langsir baru, baju baru. Sila kaga perasaan orang yang tak mampu, dah beli barang baru tu senyap saja, jangan nak heboh. Bukan semua orang nak tahu pun, menyampah ada la.

 

Muka Lawa

Suka ambil gambar sendiri dan upload dekat Facebook, caption ‘ tak lawa macam makwe awak-awak semua’ tetapi sebenarnya nak orang komen pujian. Nanti kalau orang komen cakap memang tak lawa pun, marah pulak. Pelik kan!

Kesimpulannya, jangan bersikap riak. Allah S.W.T melarang sesiapa yang bersifat riak. Jika selalu amalkan sikap riak ini, orang benci, dosa pun dapat. Jangan hidup hanya mengharapkan pujian semata-mata. Sebaiknya amalkan sikap rendah diri, itu lebih baik.

Foto : deaday-vespaburuk / Sumber : kataustaz.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *