Biar Betul? Bayar Parking Lagi Mahal Daripada Harga Tiket Skybridge.. Maknanya Murah La Kan.

0
2357

Bayar Parking Lagi Mahal Daripada Harga Tiket Skybridge

Sejak aku naik Skybridge KLCC hari Selasa lepas, ramai pulak pm tanya macam mana nak naik. Aku ingat aku sorang je baru tau. Rupanya ramai lagi tak tau. 😂

Kat Mana Nak Beli Tiket? 

Korang pergi entrance KLCC yang ada kereta F1 kat atas kepala tu. Lepas tu pergi ke kiri atau kanan dua-dua pun boleh. Ada excalator untuk turun ke Concourse Level. (Rujuk gambar terakhir)

Macam Mana Nak Beli Tiket?

Pertama sekali korang pergi tengok dulu kat skrin tv depan kaunter. Kat situ ada tulis pukul berapa SOLD OUT, pukul berapa AVAILABLE. Jangan jadi macam aku. Sampai KLCC pukul 2 petang. Tunggu member sangkut jam sampai 4.30 petang. Pergi kaunter tiket ingatkan boleh terus masuk. Sekali tiket takde. Paling awal dapat pukul 7.30 malam.

Lepas tu korang beratur lah kat kaunter & beli tiket. Kena tunjuk IC tau.

Berapa Harga Tiket?

Boleh rujuk gambar ke 9. Ada sekali jadual hari & masa operasi.

Korang kena berada kat tempat tu setengah jam awal. Aku haritu pukul 7 dah kena ada. Tapi sebab maghrib kan. Lepas solat baru aku pergi. Takde masalah pun sebenarnya. Asalkan tak terlepas waktu untuk masuk.

Masa nak masuk, dia cek tiket. Lepas tu dia akan cek barang-barang kau bawa, scan macam kat airport tu. Makan adalah dilarang apatah lagi merokok.

(Foto : Kena tunjuk MyKad baru dapat harga ni. Setakat bagi bau sambal belacan yang kau makan tengahari tadi belum cukup membuktikan kau ada MyKad.)

*****

Satu trip akan ambil masa dalam 30-45 minit. Lepas taklimat keselamatan, staff situ akan bawa korang naik ke tingkat 41 (Skybridge). Lift dia mak aiii laju. Dia dah sampai tingkat 41, lift apartment aku rasanya baru sampai tingkat 11 kot. 😅

( Foto : Skybridge di tingkat 41. Jangan kau pertikai kenapa phone aku warna pink…)

(Foto :  Antara pameran di Tingkat 86)

*****
Sampai kat skybridge tu, korang diberi masa 10-15 minit untuk bergambar dan berjalan-jalan atas jambatan setinggi 175m dari aras jalan dan sepanjang 58m tu.

( Foto :Itu lah 2 suspek yang kata sangkut jam kat Terowong SMART. Member rapat 8 tahun punya pasal, aku sanggup tunggu. 😒)

*****
Aku sarankan korang naik waktu siang. Sebab waktu malam cermin skybridge tu berkabus. So kabur sikit.

Lepas tu korang akan dibawa naik ke tingkat 83. Tukar lift untuk naik ke tingkat 86 pula. Sini paling best. Ada ruang pameran, lepastu boleh nampak menara lagi satu.

(Foto : Tingkat 86. Port baik untuk bergambar.)

*****
Ada teleskop ke apa skop entah, korang teropong ke bawah boleh nampak orang tengah jalan kaki. Kat sini korang diberi masa 15 minit untuk bergambar dan berkeliaran.

(Foto : Bini aku ni biar betik dok teropong anak bulan. Ini krismas lah bukan raya haji..)

*****
Last sekali, korang dibawa turun sampai lah ke kedai cenderamata. Harga tak terlalu mahal. Sesuai dengan barang yang dijual. Bini aku pun beli lah magnet KLCC nak lekat kat peti sejuk. RM8.

( Foto : Jadi lerr buat kenangan )

*****
Ingat tau! Plan tiket tu betul-betul. Disebabkan aku tak tengok skrin depan kaunter tu lah aku kena tunggu 2 jam setengah member aku sangkut jam + 3 jam tunggu giliran tiket. Tiket Skybridge RM28, tiket parking aku RM32. Nah!

(Foto : Permandangan dari tingkat 86. Rasa nak terjun. Menara ni rasa bergerak-gerak.)

(Foto : Simpan dalam phone masing-masing cepat.)

*****
Gambar terakhir tu korang wajib tengok. Risau tak lepas dengan ayahanda kawasan.

(Foto : Foto : Uchux raver dijangka tiba dari dalam lantai parkson. Nanti korang tolong cover belakang dia. Ada panau. Jupake uchux kata dia flolesh. Munafik 3.0 betul lah.)

Sumber : Akmal Rozman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here