Sama seperti Eropah, jika seseorang telah melakukan penghinaan akan mendapat hukuman setimpal juga. Ini adalah keputusan yang menarik tentang menghina Nabi junjungan yang sering berlaku di negara-negara Eropah.

Menghina Nabi Muhammad Sallallaahu aih Alaihi Wa Sallam sekarang dihukum di Eropah. Sekiranya ada yang mengatakan sesuatu yang buruk tentang Rasulullah, dia akan dipenjarakan !!

Yayasan Integriti untuk Hak Asasi Manusia (The Integrity Foundation for Humanitarian and Human Rights) telah menyampaikan sokongannya ke atas keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah yang menetapkan bahawa menghina Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak termasuk ke dalam kebebasan berbicara. Seperti yang disebut oleh sebuah media pada Isnin 5 November 2018.

” Yayasan Integriti untuk Hak Asasi Manusia (The Integrity Foundation for Humanitarian and Human Rights) telah menyampaikan sokongannya di atas keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah yang menetapkan bahawa menghina Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak termasuk ke dalam kebebasan berbicara.”

The Integrity Foundation, seperti dikeluarkan the Islamic Information, Middle East Monitor, mengatakan dalam sebuah deklarasi bahawa ” keputusan Mahkamah Eropah mengukuhkan kebebasan dan hak-hak keyakinan beragama, salah satu tiang kebebasan dalam masyarakat demokratik yang ditetapkan oleh undang-undang”.

Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah menetapkan bahawa menghina Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak termasuk dalam kebebasan bersuara.

Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah menyokong keputusan Mahkamah Austria untuk menghukum wanita Austria yang menghina Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam. Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah berkata keputusan itu tidak bertentangan dengan Bab X Piagam Eropah mengenai Hak Asasi Manusia.

Yayasan Integriti menjelaskan, keputusan Mahkamah Eropa datang dalam konteks menggalakkan perlindungan dan penghormatan terhadap perasaan beragama Islam dan berfungsi terutama untuk mempromosikan keamanan masyarakat.

The Integrity Foundation memberitahu, Mahkamah Eropah ” telah membersihkan perbezaan antara hak atas kebebasan berbicara dan apa yang dianggap sebagai pelanggaran hak ini dan penyalahgunaan perasaan keagamaan individu dan masyarakat”.

Terdahulu seorang wanita Austria dihukum kerana telah menghina Nabi Muhammad. Pengadilan Eropah telah memutuskan bahwa dia dianggap telah melampaui batas dalam haknya atas kebebasan berbicara.

Wanita itu, yang mengadakan seminar pada tahun 2009 untuk Freedom Party, sebuah partai ekstrem kanan Austria. Di sana dia membuat pernyataan yang mencemarkan nama baik, iaitu berkaitan dengan perkawinan Nabi Muhammad dengan Aisyah, yang biasanya sering disalah ertikan sebagai perkawinan dengan anak di bawah umur.

Pada tahun 2011 pengadilan di Wina menghukumnya kerana dianggap telah melecehkan doktrin agama dan mendendanya sebanyak 480 Euro ( sekirar RM 1800) ditambah dengan biaya-biaya tertentu. Keputusan itu juga bertahan setelah melangkaui dua kali perbicaraan dalam pengadilan domestik.

ES menyatakan bahawa pernyataan itu tidak ditujukan untuk mencemarkan nama baik Nabi Muhammad dan masih dalam koridor hak atas kebebasan berbicara. Dia juga menambah, bahawa pernyataan itu dimaksudkan untuk memancing diskusi awam.

Tetapi ECHR mengatakan bahwa pernyataannya adalah “serangan kasar terhadap Nabi Islam” dan dapat mengundang prasangka buruk dan intoleransi beragama.

Pengadilan EHCR, yang berada di Strasbourg, Perancis, juga menambah bahawa pernyataan itu tidak dalam maksud untuk mempromosikan diskusi awam.

Saat ini difahamkan terdapat 600.000 penduduk Muslim di Austria , atau sekitar 6.8 % dari jumlah populasi. Populasi Muslim telah meningkat sebanyak 2.6% sejak 2001 ketika sebanyak 338.988 Muslim menetap di negara itu.

Sementara sebahagian besar Muslim Austria berasal dari Turki, krisis migrasi yang berlaku secara besar-besaran pada tahun 2015 membuatkan sentimen anti-Islam di Austria meningkat. Sebastian Kurz, Kanselir Austria yang terpilih pada tahun 2017, yang berasal dari golongan ekstrem kanan, berjanji akan melakukan tindakan keras terhadap apa yang disebutnya “Islam politik” dan imigrasi ilegal.

Kurz, pemimpin OVP (Partai Rakyat Austria), membentuk pemerintahan koalisi pada bulan Desember dengan Freedom Party yang anti-Islam, yang juga berkempen untuk memperketatkan kebanjiran imigrasi ke dalam negara.

Awal tahun ini pemerintah Austria telah menutup tujuh masjid, yang mana enam di antaranya diduga memiliki hubungan dengan ekstrimis, dan mengusir hingga 60 Imam yang dilaporkan dibiayai oleh Turki.

Sumber : lsdkrh.blogspot.com via peribadirasulullah

Artikel Berkaitan : Dulu Lantang FITNAH Nabi SAW, Sanggup Buat Filem!! Selepas Setahun Apa Jadi Kepada Beliau Buat Ramai TERKEJUT

ISLAM adalah fitrah untuk semua manusia tanpa mengira status, latar belakang dan kaum. Ia merupakan suatu ajaran yang disediakan oleh Allah SWT untuk segenap lapisan manusia.

Ia bagi mencapai tujuan hidup di dunia ini iaitu mengenal dan mengabdikan diri kepada-Nya, sekali gus menuju ke alam yang kekal buat selama-lamanya di syurga kelak.

Sebab itu, apabila ajaran Islam dinafikan, malah hingga sampai tahap dihina maka golongan yang berbuat demikian sebenarnya sedang menolak fitrah diri mereka sendiri. Ternyata golongan yang tidak faham dan dikategorikan pula sebagai anti Islam belum dikurniakan hidayah daripada Allah SWT menyebabkan mereka bertindak demikian.

Namun, apabila ajaran Islam itu dikaji dan difahami oleh golongan tersebut yang mana lama-kelamaan akan timbul rasa kefahaman serta kesedaran tentang kebenarannya. Itu adalah senario yang banyak berlaku pada hari ini termasuklah ke atas pembikin filem dari Belanda, Arnoud Van Doorn yang pernah mencetuskan kontroversi beberapa tahun lalu.

Van Doorn pernah membakar api kemarahan umat Islam di seluruh dunia apabila beliau yang sebelum itu amat anti Islam menerbitkan sebuah filem berjudul Fitna pada 2012.

Filem yang menghina Nabi Muhammad SAW itu dikecam oleh umat Islam biarpun sebelum itu beliau telah melancarkan propaganda anti-Islam sejak bertahun-tahun lamanya. Namun, Van Doorn, yang merupakan bekas anggota Parti Bebas pimpinan Geert Wilders di Belanda, memeluk Islam setahun selepas itu selepas mengkaji tentang ajaran Islam.

Malah, tidak lama selepas memeluk Islam beliau telah mengerjakan ibadah haji dan menyatakan rasa kekesalan akan sikap, persepsi dan perkara yang dilakukannya itu.

“Saya amat berharap agar tangisan penyesalan saya ini akan dapat membasuh dosa-dosa saya terhadap Islam selama ini. Saya berasa amat malu ketika menziarahi makam Rasulullah.

“Saya malu dengan tindakan saya menerbitkan filem Fitna. Saya berharap semoga Allah menerima taubat saya di atas perbuatan saya ini,’’ katanya dengan nada penuh keinsafan.

Menurut Van Doorn, terlalu banyak cerita negatif mengenai Islam dan beliau merasakan perlu menyiasatnya sendiri bagi mengetahui tentang kebenaran perkara itu. Beliau telah mengumumkan tentang pengislamannya melalui laman Twitternya biarpun pada mulanya ramai tidak percaya dan menganggapnya suatu gurauan.

Van Doorn yang mengetahui mengenai Islam menerusi media Belanda dan ahli politik Barat semuanya dalam bentuk negatif selain berdasarkan persepsi yang sangat teruk.

Masyarakat Eropah juga katanya mengenali Islam memandang Islam sebagai sebuah agama yang suka memberi ancaman, menindas wanita dan melahirkan pengganas.

Ketakutan

Namun Van Doorn memilih Islam sebagai cara hidupnya setelah menerima layanan yang baik daripada para jemaah semasa mengunjungi sebuah masjid di The Hague, Belanda. Katanya, kedua ibu bapanya merupakan penganut Kristian yang sangat taat dan amat menghormati agama dan budaya masyarakat lain di negaranya.

Namun ibu bapanya masih gagal untuk membuat diriya menyangkal maklumat diperoleh daripada media berhubung keburukan mengenai Islam.

“Saya merasakan perlu melindungi masyarakat daripada ‘kejahatan’ dan ‘bahaya’ ini, maka saya bergabung dengan parti anti Islam di Belanda itu yang dipimpin oleh Geert Wilders.

“Pada masa itu, saya menganggap dia sebagai contoh model terbaik. Semua ini disebabkan dia begitu berani menentang Islam dan melindungi kebebasan kami,” katanya.

Apabila menyertai parti itu, Van Doorn bermula sebagai seorang sukarelawan dan beberapa tahun kemudian menjadi penasihat politik utama kepada Geert.

Malah beliau juga dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan filem Fitna dan mempromosikannya ke seluruh dunia bagi menyampaikan mesej anti Islam itu. Mengimbas bagaimana beliau boleh memeluk Islam, katanya, ketika masih aktif dalam parti itu, terdetik dalam minda bagaimana 1.2 bilion orang di dunia menjadi orang Islam?

Mereka dilihat begitu gembira. Bagaimana perkara seumpama ini boleh berlaku? Adakah mereka tersilap arah? Perkara tersebut membuatkannya benar-benar tidak faham.Beliau juga mula berasa ragu-ragu tentang apa yang telah dibacanya selama ini tentang Islam menerusi media-media Barat yang sekali gus mencetuskan sentimen Islamophobia.

“Pada ketika itu, pemikiran saya mula berubah. Sebenarnya, saya tidak pernah membenci Islam, tetapi saya adalah antara golongan yang mempunyai ketakutan terhadap Islam.

“Seorang kawan saya berkata, kamu salah, kamu harus mendapat lebih banyak maklumat tepat tentang Islam. Pergi ke masjid dan berbual dengan para jemaah,” ujarnya.

Semua tanggapan negatif terhadap Islam mula berubah apabila beliau dipelawa oleh seorang rakan untuk berkunjung ke Masjid As-Sunnah, masjid terbesar di The Hague. Biarpun menolak permintaan tersebut dengan memberi pelbagai alasan termasuk menyatakan kemungkinan dibunuh apabila beliau tiba di masjid tersebut.

Tetapi beliau akhirnya berkunjung juga ke masjid itu dan mendapati layanan terbaik daripada jemaah termasuk mendapat penerangan serta nasihat daripada imam di situ.

Sambutan dan penerimaan yang sungguh baik daripada jemaah masjid membuatkan Van Doorn berasa terkejut, sekali gus menafikan Islam itu teruk, jahat serta ganas sifatnya.

“Saya benar-benar terkejut kerana orang di masjid itu begitu ramah dengan saya. Imam datang dan berjabat tangan dengan saya sambil mengucapkan selamat datang.

“Saya melihat ke dalam matanya, saya melihat kejujuran dan keikhlasan dalam diri mereka. Sejujurnya, ia satu saat yang begitu emosional buat saya pada ketika itu,” jelasnya.

Kisah Van Doorn itu menunjukkan bagaimana Allah memberi izin menerima hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya walaupun mereka jahat, kafir mahupun terlampau banyak dosa. Selain itu ia memberi gambaran jelas semakin Islam itu ditentang maka semakin terserlah akan kebenarannya. – Utusan