Rasanya masih ramai yang tak tahu pasal tali pusat, sebenarnya elok simpan atau tanam terus ya. Sebab sebelum ini kita dimomokkan dengan cerita yang tak betul.

Haa… mujur Puan Halimatulssaadiah Wan Jusoh ada kongsikan di status Facebook miliknya baru-baru ini, selepas hampir 5 tahun dia tak simpan dengan betul tali pusat anaknya.

Cara Yang Betul Simpan Tali Pusat Anak

Ni throwback Jumaat minggu lepas. Kesedaran dah ada dari bulan 5 bila dengar ceramah UAI, tapi tunggu pindah rumah sendiri baru nak tanam.

Ni dah 4 bulan lebih berpindah baru teringat nak simpan betul-betul.

Apa ni?

Tali pusat anak-anak. Dari anak first lagi.

Anak 1st dah umur 4 tahun 11 bulan dah. Sikit lagi nak masuk 5 tahun.

Rupanya tali pusat anak-anak ni, kena simpan dengan betul. Dan simpan tu bukan simpan dalam uncang atau botol atau sampul duit raya, tapi perlu DITANAM.

Makruh menyimpan tali pusat anak tanpa ditanam. Sunat disegerakan tanam.

Tanam macam biasa je, macam tanam uri. Saa bungkus dalam tisu je lepas tu tanam kat laman rumah. Nasib baik ada tanah 2 3 kangkang.

Sebab tali pusat tu, bila dah terpisah dari badan, sudah dikira sebagai bangkai. Dan makhluk-makhluk halus suka bangkai. Jadi kalau kita simpan dalam uncang, jadi magnet kepada makhluk-makhluk halus la nampak gayanya. Meremang betul, tapi benar.

Saya pun baru dapat kesedaran. Ikut orang lama-lama semua suruh simpan elok-elok kan, katanya boleh buat ubat (rendam dalam air dan bagi minum anak-anak) atau pun kalau simpan sama-sama semua adik beradik dalam 1 bekas, diorang jarang bergaduh.

Rupanya itu semua KARUT.

Korang ingat lagi ke mana korang simpan tali pusat anak?

Jom lerr kita pakat tanam tali pusat anak masing-masing.


(1). Anak 1st, umur 4 tahun 11 bulan. Luruh hari ke 7
(2). Anak 2nd, umur 3 tahun 5 bulan. Luruh hari ke 5
(3). Anak 3rd, umur 1 tahun 4 bulan. Luruh hari ke 20. Paling lambat sampaikan nurse pun pelik.

Bungkus dalam tisu je tiga-tiga sekaligus.


Tanam kat laman rumah. Nasib baik ada tanah 2 3 kangkang ni.


Ni lah pemilik tali pusat tu.

Semoga hubungan ketiga-tiga mereka sentiasa rapat. Amiin

Jadi selepas ini, mak ayah pun kena tanam tali pusat anak-anak ya. Jangan terpengaruh sangat kepercayaan karut yang kononnya tali pusat ini boleh disimpan di rumah untuk rapatkan hubungan anak-anak.

Sumber/Foto : Halimatulssaadiah Wan Jusoh via Mingguan Wanita

Baca Juga : Doa Elak Anak-Anak Kuat Bergaduh & Lembutkan Hati, Amalkan Dan Yakin Dengan Izin Allah

Kanak-kanak suka bergaduh sesama mereka, tak kira sesama rakan sebaya atau adik beradiknya. Sebagai ibu bapa, ini sedikit sebanyak memberi tekanan. Ada ibu bapa yang sudah melakukan pelbagai cara, namun anak masih suka bergaduh dan tak makan nasihat.

Anak-anak saya juga bergaduh antara mereka, tapi bukanlah bergaduh yang bertumbuk tu, bergaduh sebab berebut macam-macam benda… mainan la, makanan la, tengok cerita la, berebut selimut la..boleh dikatakan semua benda la nak berebut..bila dah berebut tu, mula la si adik tu menjerit-jerit… hmmmm…stress jugak kadang-kadang dengan kerenah anak-anak ni.. Tapi tu la, anak kan amanah Allah untuk kita..jadi ibu bapa mesti banyak bersabar dan berusaha untuk mendidik anak-anak menjadi seorang hamba Allah yang terpuji.. salah satu nya jangan putus-putus berdoa kepada Allah s.w.t…

Doa itu senjata mukmin. Dalam mendidik anak, jangan kita abaikan ajaibnya kuasa doa. Hari ni saya nak share doa untuk menghalang anak kecil daripada bergaduh. Mesti amalkan dan yakin dengan kuasa Allah yang Maha Mendengar masalah hamba-hambanya… In Sha Allah semuanya dengan izin dariNya.

Tidak rugi untuk kita terus berdoa dan berharap kepada Yang Maha Pencipta… Di bawah ditunjukkan cara dan amalan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa semua…

Amalkan membaca surah Al-Fatihah dan selawat untuk menghalang anak-anak dari bergaduh. Ini diikuti dengan dengan bacaan surah al-Insyirah sebanyak tujuh kali kemudian bacakan ayat 200 dari surah Ali-Imran serta doa berikut :

“Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim ”

Selepas itu hembus kedalam air untuk di beri minum kepada anak. Boleh juga dibaca dan dihembus pada ubun-ubun anak setiap malam. Berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah kunci terbaik seorang hamba memohon hajat untuk diperkenankan..Semoga anak-anak kita semua lembut hati dan kurang untuk bergaduh antara mereka kelak..Share artikel ini untuk manfaat ibu bapa yang lain juga… 1 kebaikan yang kita lakukan pasti akan digandakan oleh Allah s.w.t mungkin murah rezeki kita, mungkin anak-anak kita anak yang soleh dan solehah, mungkin dipanjangkan usia kita, mungkin juga rumah tangga dan keluarga kita bahagia dan harmoni…semuanya dengan izin dari Allah s.w.t…

Sumber : Islam Itu Sempurnakanku