Kalau ada keluarga,adik beradik,sahabat handai kita sakit , dan doktor pun sudah meminta bawa balik ke rumah kerana tidak mampu berbuat apa2, jangan putus asa lagi. Baca dulu doa Nabi ni dengan niat Allahlah penyembuh segala penyakit, insyaAllah akan disembuhkan. Jika diizinkan oleh Allah.

Bacalah doa-doa ini semasa menghadapi sakit fizikal, mental dan iman, moga ia juga berkesan untuk ketenangan mental dan iman kita. Doanya yang sudah di BOLD dan selebihnya yakinilah kuasa Allah yang mengawal seluruh alam dan makhluk, Maha Penyembuh.

Sebenarnya banyak lagi ayat Al-Quran dan doa dari hadis yang boleh dibaca, namuan untuk tidak membebankan pemikiran pembaca, cukuplah kita memilih beberapa terlebih dahulu.

Bacalah doa-doa ini semasa menghadapi sakit fizikal, mental dan iman. 

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً ) رواه مسلم(

Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca ” Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya“( Riwayat Muslim)

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة } . رواه البخاري(

Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibubapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat” ( Riwayat Al-Bukhari)

أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ } . صحيح سنن ” ابن ماجه)

Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi ” Ya”. Jibrail membalas ” Bacalah “Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan

Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna merah di bawah:
أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ } . رواه مسلم(
Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : ” Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : ” Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari
(Riwayat Muslim)

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض } . صحيح ” سنن الترمذي “(
Ertinya : Nabi telah berkata ” Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : ” Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu“. Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)

Sumber: zaharuddin / kakiviral

Minyak Bawang Putih – Lada Hitam Sebagai Ikhtiar ‘Buang’ Gangguan Angin Dalam Badan.

Dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin ketika membantu pesakitnya yang banyak angin akibat gangguan.

Cara Buat Minyak Bawang Putih-Lada Hitam

“Sejak akhir-akhir ini banyak pesakit datang mengalami masalah angin dalam badan (banyak angin dalam badan).

“Jika badan banyak angin disebabkan gangguan makhluk halus boleh cuba cara di bawah.”

“Cara ini cumalah ikhtiar saja. Semua atas izin Allah. Buat dengan yakin, ikhlas dan sabar. Insya-Allah pasti dipermudahkan Allah.”

Buat Cara Macam Ini :

Ambil salah satu minyak masak sama ada minyak kelapa atau minyak gamat. Letakkan dalam piring kecil.
2. Kemudian letakkan sedikit lada hitam ke dalam piring.

3. Selepas letak lada hitam letakkan bawang putih sedikit ke dalam minyak.

4. Selesai letak semua itu lalu baca :

Al fatihah – 3 x
Al ikhlas – 3 x
Bismillah 5 – 3 x
Selawat – 3 x

5. Selesai baca sapukan di perut anda.

Ini Yang Akan Berlaku, Jika Ada Gangguan

Jika ada gangguan dan banyak angin dalam badan, anda akan sendawa keluarkan angin. Sekiranya bayi anda kerap kembung perut buat seperti di atas sapukan pada perut baby dan tapak kaki baby.

InshaaAllah izin Allah perut baby anak kecil anda tidak akan kembung lagi.

“Cara ini hanya sebagai iktiar sahaja, kesembuhan semua atas izin Allah.”

27 Tanda Gangguan Makhluk Halus, Saka, Santau Dan Sihir

Tanda-tanda tersebut adalah:

  • Kerap sakit belakang, bahu tengkuk urat belikat kerap sakit
  • Kerap sesak nafas sakit dada ulu hati
  • kerap rasa resah gelisah berdebar-debar tanpa sebab terutama waktu asar ke atas
  • Kerap sakit kepala, makan ubat tetap sakit
  • Kerap kembung perut sedawa angin
  • Kerap rasa berdenyut-denyut, di bawah ari-ari, (wanita)
  • Kitaran haid tak normal
  • Lambat mendapat zuriat
  • Menjadi rimas lemas cepat nak marah bila berdepan suami@isteri
  • Kerap bergaduh besar walaupun perkara-perkara kecil
  • Ketika marah kerap meminta cerai
  • Tidak suka tidur bersama
  • Nafsu tiada terhadap suami@Isteri
  • Tercium bau badan busuk hahyir, nafas berbau pada tubuh suami@isteri
  • Suka bersendiri di dalam bilik
  • Tidak suka tempat-tempat yang bising
  • Sukar tidur malam
  • Kerap mimpi baby, menyusu dan bermain baby
  • Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa
  • Kerap mimpi pasangan kita curang
  • Perasaan curiga cemburu buta yang kuat
  • Kerap bermimpi tempat kotor busuk
  • Kerap terbau kemenyan, colok setanggi
  • Bila berjauhan dengan pasangan perasan rindu sayang amat-amat menebal
  • Kerap teringat merindui seseorang yang tidak dikenali dan di kenali
  • Menjadi resah gelisah terdengar azan dan ayat suci Al Quran
  • Kerap bermimpi bersetubuh dengan orang lain

Di atas adalah serba sedikit Bagi orang yang terkena gangguan makhluk halus. Sekiranya anda banyak tanda di atas dapatkanlah rawatan Islam berhampiran dengan anda, jangan sampai terlambat ya.

Sumber/Foto : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin via Mingguan Wanita