Yusuf Azmi nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau yang nama mula melonjak naik sejak beliau di PPIM dengan gaya berani beliau membela rakyat daripada ditindas terutama daripada ceti haram / ahlong.

Yusuf Azmi adalah salah seorang penyokong yang menolak menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang berlangsung semalam.

Beliau juga telah lama menyeru orang ramai untuk menolak ICERD sejak ia mula diperkatakan oleh salah seorang Menteri dalam Malaysia.

Sebelum Yusuf Azmi bergerak ke perhimpunan Tolak Icerd, beliau termasuk Abang Ali dan beberapa rakan beliau memberi sepatah dua kata. Yang paling penting adalah perhimpunan ini untuk penyatuan ummah dan untuk Islam dan tiada kena mengena dengan politik.

Matlamat Yusuf Azmi bukan lah mahu bangkitkan kemarahan orang melayu sebaliknya mengharapkan penyatuan orang melayu,umat islam seterusnya rakyat malaysia daripada berlaku perpecahan dalam kalangan rakyat.

Berikut adalah ucapan dan penegasan Yusuf Azmi ketika menghadiri Perhimpunan Tolak ICERD yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam. Antaranya :

1. Jangan Jjolok sarang “tebuan”

2. Rakyat malaysia jangan bulat-bulat merima penyebaran berita palsu dan fitnah tanpa siasat terlebih dahulu kesahihan berita tersebut.

3. Tunjukkan pada dunia yang umat Islam khusunya di malaysia boleh bersatu padu walaupun berbeza pahaman politik, berbeza NGO, berbeza pemikiran.

4. Buang budaya “takpelah” fikir tentang masa depan anak-anak generasi akan datang.

5. Anak muda perlu ubah mindset, pilih pemimpin yang bercakap benar

6. Bina politik yang membangunkan rakyat, yang membangunkan ekonomi rakyat bukan cerita kelemahan rakyat.

7. Buang ideologi naikkan diri sendiri dengan jatuhkan orang lain

8. Jadi pemimpin bukan sekadar pegang microphone sahaja tetapi selami denyut setiap nadi rakyat marhaen yang susah, yang dalam kelaparan.

9. Setiap orang melakukan khilaf. Apa yang baik kita sokong, apa yang tak baik kita beri kritikan membina.

10. Perbanyakkan infaq untuk bantu sesama islam.

Berikut adalah ucapan penuh Yusuf Azmi ketika menghadiri Perhimpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang tamat pada pukul 6.00 petang semalam.

“Walaupun kita berlainan politik tetapi kita boleh bersatu jika untuk agama Islam” – Yusuf Azmi

Artikel Di Sediakan Oleh Adam Hawa via FB Yusuf Azmi

Artikel Berkaitan : Ini Rupanya Yang Kita Dapat Daripada Himpunan Tolak ICERD Semalam.

KESIMPULAN HIMPUNAN ICERD

Tatkala orang ramai sibuk dengan jumlah kehadiran, dan nak banding antara himpunan hari ni dengan himpunan sebelum ni siapa lebih ramai, meh kita perhatikan point di bawah :

JUMLAH KEHADIRAN

Tak kira la yang kata 80k, atau 100k, atau 200-300k, apa yang saya nampak, matlamat himpunan ni berjaya, iaitu menunjukkan ketumbukan umat Islam yang ramai, sedia turun untuk bersatu dalam isu yang melibatkan Islam.

Ini satu kejayaan. Dalam keadaan kerajaan dah tarik balik ratifikasi ICERD, jumlah kehadiran boleh capai 100k (saya ambil angka laporan media perdana). Boleh bayangkan kalau kerajaan ketegaq nak ratifikasi jugak?

Jadi selepas ni, jika ada pihak yang nak menangguk di air keruh, cuba nak usik perkara yang dah jadi persetujuan sekian lama, yang selama ni tak ada masalah, maka kena tenung gambar himpunan ni lama-lama.

Juga puak liberal yang ingin perjuangkan hak yang mengarut, kehidupan songsang, tiada had moral, boleh juga sama-sama tenung gambar himpunan hari ni.

Bayangkan sahaja jika jumlah yang datang ni, digandakan jumlahnya, kemudian mereka diusik dengan isu yang menikam agama mereka, apa yang akan berlaku?

Bayangkanlah sendiri.

KEWAJARAN PERHIMPUNAN DIADAKAN

Masih ada lagi yang bangkitkan mende ni. Bagi saya wajar, sebab isu umat Islam di negara kita ni bukan ICERD sahaja. Tapi melambak lagi yang dah berlaku dan akan berlaku.

Jadi, perhimpunan ni nak bagi amaran awal kepada kerajaan supaya jaga kepentingan umat Islam di negara kita dengan baik. Menang PRU bukan bermakna semua tindakan kamu disenangi rakyat terutama umat Islam.

Jika kerajaan jadi lemah dan apologetik dalam isu umat Islam, umat Islam Malaysia akan pastikan kerajaan yang ada jadi kerajaan sepenggal sahaja dalam sejarah dunia.

HIMPUNAN RASIS DAN EKSTREM?

Ini yang puak penyokong PH yang amalkan demokrasi jenis ‘hat aku boleh hat hang tak boleh’ dok canangkan sebelum perhimpunan berlaku, sedangkan mereka sendiri adalah kaki demo semasa jadi pembangkang dulu.

Akhirnya semua ni terbukti tak betul. Tak ada ucapan maki Cina dan India kedengaran, tak ada mana-mana Cina atau India kena tikam, tak ada polis kene rodok, tak ada kereta kena bakar.

Siap solat sama-sama tengah jalan, azan semasa masuk waktu, dan kutip sampah selepas tamat himpunan.

Rilex sudah. Himpunan yang berjaya ni memberikan kredit juga kepada kerajaan. Yang hangpa loqlaq awat?

HIMPUNAN BELA UMNO YANG KORUP?

Dah tu BERSIH yang korang anjurkan bela Ambiga yang liberal, yang sokong orang murtad?

UMNO dan skandalnya, biaq pi mahkamah putuskan. Himpunan ni matlamat jelas, tak ada mana-mana ucapan minta peserta himpunan pertahankan Najib atau UMNO.

Adakah kalau mat rempit join himpunan tadi, maka himpunan tadi dikira sokong mat rempit? Kemon, jadi bijak skit boleh?

TAHNIAH KERAJAAN

Satu yang boleh kita puji dan salute kerajaan adalah apabila dengan terbuka benarkan himpunan berlangsung, polis bantu pastikan himpunan berjalan aman. Siap PM ucap selamat berhimpun lagi.

Saya tak suka persoalkan niat, mende yang baik jelas depan mata, saya akan puji tak kira siapa yang buat.

So, cara kerajaan tangani keinginan rakyat berhimpun hari ini mesti dipuji. Hat ni mereka benar-benar kotakan apa yang mereka pernah laungkan dulu, kecuali segelintir menteri yang masih dok pertikai demo hari ni walaupun dulu die sendiri kaki demo.

KESIMPULAN AKHIR

Tahniah penganjur, peserta himpunan, pasukan keselamatan dan kerajaan atas kejayaan himpunan hari ni. Kita berjaya tunjukkan pada dunia, himpunan mempertahankan Islam dan hak bumiputera hari ni adalah himpunan yang sangat matang, berfokus dan jauh dari keganasan.

Semua pihak jalankan tanggungjawab dengan sangat baik. Boleh dikatakan perhimpunan jalanan hari ini adalah yang terbaik dalam sejarah Malaysia pernah diadakan.

Jadi, sekarang kita kembali kepada kerja masing-masing. Buat kerajaan, jadilah kerajaan yang cakna isu umat Islam dan bumiputera. Jangan mudah tunduk kepada desakan yang menongkah arus perpaduan yang telah kita bina.

Buat pembangkang, teruskan berfungsi sebagai check and balance kepada kerajaan. Tindakan kerajaan batalkan ratifikasi ICERD sedikit sebanyak adalah hasil peranan yang dimainkan pembangkang.

Buat NGO Islam dan Bumiputera, teruskan mendidik rakyat dalam memahami isu yang melanda Islam dan bumiputera, seterusnya menjadi mata dan telinga mendengar keluhan rakyat untuk disampaikan kepada kerajaan.

Buat rakyat, peliharalah keamanan yang telah lama kita kecapi. Mempertahankan hak kita, jangan sampai kita memukul rata semua selain kita sebagai ancaman kepada agama dan bangsa kita.

Di Malaysia, semua rakyat adalah saudara dan rakan kita. Saling hormat menghormati akan menjadikan kita semakin rapat antara satu sama lain.

Tahniah Malaysia.

Sumber : Facebook Mohd Azrul Azuan