Kunci Rezeki & Nasihat Berharga Ustaz Ebit Lew Kepada ‘Suami’ Yang Hadapi Kesempitan Rezeki

0
2002

Semalam pusing-pusing bazar Ramadhan niat dakwah dan rindu kampung. Lalu pasar malam ramai orang. Tengah berjalan. Ternampak seorang abang bersama isteri dan 3 orang anaknya. Dia sedang marah-marah isterinya. Menjerit perkataan kesat dan maki hamun isteri. Anak-anak semuanya di marah..depan ramai orang..sedih saya…

Saya cuma doa ya Allah hari pertama Ramadhan ini berilah hidayah pada abang ini untuk berubah. Dia baik tapi dia jahil. Beri dia sifat lemah lembut..tak sanggup tengok orang maki hamun dan malukan isteri dan anak-anak depan ramai orang macam tu..

Malam tadi sebaik sampai masjid. Masa nak turun kereta. Ada seorang abang ini sapa saya.

Ustaz ebit lew ke?

Kenal saya tak. Takkan tak kenal dah. Ko balik barapa hari. Sapa lak yer..puas pikir..rasa macam tak sebaya…dia lebih tua dari saya.. dalam hati saya kata. Terima kaseh ya Allah kabulkan doa saya. Benarlah doa kita makbul bulan Ramadhan ini..

Ustaz pernah ceramah tempat saya di Kuala Lumpur. Saya balik sekejap jer katanya..

Boleh saya nak tanya apa doa supaya rezeki mencurah-curah. Sebenarnya hidup saya sempit banyak hutang. Tak pernah cukup.. kerja sendiri. Berniaga sikit-sikit… muka dia berubah. Dah lama buntu. Tak pernah cerita dengan sesiapa..

Saya tanya dia..ada mak ayah lagi tak?

Dah takde ustaz…

Selalu tak doakan mereka. Ziarah kubur mereka. Sedekah amalan buat mereka..

Kunci Datangnya Rezeki

Abang ada berapa orang anak. Ada 3 ustaz. Sayangi isteri. Masuk rumah beri salam. Peluk keluarga. Itulah kuncinya. Doa isteri dan anak-anak abang penting. Allah yang bagi rezeki. Dia punya semuanya…

Dia terus kata. Tuler ustaz. Saya baran pada isteri dan anak-anak. Penyakit tu tak boleh buang lagi.

Betul abang. Penyakit kita tetapi kenapa nak sakitkan isteri dan anak-anak..Itulah sebab utamanya abang. Walau isteri dan anak kita tak balas panas baran kita. Mereka sabar. Tapi Allah maha melihat. Dia bagi rezeki pun sentiasa sayang kita. Allah bagi amanah isteri anak anak. Supaya kita jaga mereka. Jangan sakiti mereka. Jangan jadikan mereka orang dizalimi. Doa mereka makbul. Doa ahli keluarga kita. Mungkin dia tak bantu berniaga. Tak bagi duit pada kita. Tak bagi idea. Tetapi doa mereka ajaib. Doa isteri dan anak-anak kita..

Maksud Apa Itu Keluarga?

Ramai orang baik, rajin, tapi selalu sakitkan isteri dan anak-anak. Hari-hari kata anak bodoh, tak guna, degil…makhirnya semua doa itu kembali pada diri kita sendiri. Keluarga maksudnya bahagia, tempat perlindungan, cinta, hormat, tanggungjawab, jujur….jika rumahtangga jadi tempat marah, maki hamun, menyakiti…apa lagi yang tinggal..

Belajarlah sayangi mereka. Abang tunggulah. Tengoklah bagaimana rezeki abang lepas ni. Janji Allah rezeki dalam silaturrahim, solat, dan rajin berusaha…- ebit lew

Amalkan Suap Anak Dan Isteri Makan, InshaAllah Murah Rezeki

Semasa saya ditaman petang tadi, telah datang seorang lelaki. Kami pun berbual. tengah-tengah kami berbual, lelaki ni telah meluahkan perasaan. Katanya dia ada masalah. Lelaki ini menceritakan tentang kehidupannya dengan keluarga, kehidupan yang beliau hadapi sangat sempit dan tidak tenteram. Kata beliau, dia dan isteri sering bertengkar sahaja.

“Saya dah usaha macam-macam dah bang, macam-macam cara dah saya buat, Tak tahu nak buat macam mana dah” kata lelaki itu

“Masa awak makan dengan isteri, awak ada suapkan makanan kat dalam mulut isteri awk tak?” saya tanya.

“Tak pernah bang, kalau saya buat, nanti saya dikatakan buang tebiat pulak” jawabnya.

“Awak pernah tak suapkan makanan dalam mulut anak-anak awak tak?” Tanya saya lagi.

“Pun tak pernah, kenapa awak tanya macam tu?” Jawap lelaki itu lagi

” Kalau awak nak tahu, Mak ayah kita dulu tak kaya pun, tapi kehidupan dirorang penuh dengan kasih dan sayang, rezeki mereka pun cukup je. Kehidupan mereka tenang dan berkat. Tahu tak sebab apa? Sebab Allah janji kalau kita menghargai keluarga, rezeki bertambah.”

“Perasan tak sekarang?

Dah banyak orang kita tak makan sekali dengan keluarga. Kalau ada pun, time makan tu masing2 leka main henset atau pun sibuk melayan tv. Allahu…”

“Awak percayalah la apa yang saya nak cakapkan ni, bila isteri makan dari tangan suami, dia akan rasa bahagia. Lagi-lagi kalau suami dia buat kerana cinta, kerana Allah, biar pun beberapa suap je, nikmatnya tak terkata. Kena pula isteri buat-buat tergigit jari sikit. Hehe!”

“Awak pun tahu kan? makan satu bekas yang sama itu sunnah. Kalau awak nak tahu, saya dan keluarga makan satu dulang bila dirumah, kami 3 beranak. Kadang2-kadang tu anak dan saya berebut nak suap mak dia.”

Mulai hari ni, Cuba abang amalakan apa yang saya sampaikan ni. Percayalah la bang, Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Abang kasihilah isteri dan anak-anak, nanti lihatlah bagaimana rezeki akan datang mencurah-curah”.

Selepas beberapa bulan kami terserempak dia pasaraya. Beliau meluru kepada saya.

“Terima kasih atas nasihat yang awak bagi dulu, saya buat apa yang awak cakap masa kat hospital dulu. sekarang saya nampak hasilnya, keluarga kami bahagia sangat-sangat. Bila saya suap isteri saya dan isteri saya suapkan saya, kami terasa sangat nikmat. inilah antara nikmat dunia yang kami rasa.

Ya Allah, berilah kami terus dapat menikmatinya dan bersama dalam syurga.”

Mulai hari ni, Cuba korang amal kan apa yang saya sampaikn ni. Percayalah lah, Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Korang Kasihilah isteri dan anak-anak, nanti lihatlah bagaimana rezeki akan datang mencurah-curah”.

Sumber/Foto : Facebook Ustaz Ebit Lew

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here