‘Dik, Bayar Untuk Diorang Sekali’

0
4492

Pagi ini, saya pergi potong rambut. Tukang guntingnya berasal dari India dan berusia agak muda. Bayaran sebenar hanya RM12, tetapi hari ini saya bayar dia RM32 termasuk RM20 sebagai tip untuknya.

Dia agak terkejut, lalu saya memberitahunya, “this one you keep,” dan saya kata terima kasih kepadanya kerana mengunting rambut sebelum bergerak pulang ke rumah.

Semasa dia memotong rambut saya, tiba-tiba saya terfikir, berapalah sangat gaji dia dan berapa banyak duit yang dia hantar pulang ke kampungnya dengan kadar mata wang negara kita pada waktu ini? Dia ada isteri dan anak tak di negara sendiri? Dia dah bersarapan ke belum? Berapa nilai RM20 pada dia?

Baru tadi pula, saya makan tengah hari agak lewat di gerai kawasan Bukit Bintang ini. Saya ternampak dua anggota tentera dan dua anggota polis sedang makan bersama-sama dengan senjata di tangan.

Saya buka dompet dan tengok hanya ada RM20 sahaja. Saya beritahu pelayan yang saya nak pergi ke bank bersebelahan kedai sebentar untuk mengambil wang.

Balik dari bank, saya lihat mereka masih berada di situ.

“Dik, abang-abang polis dan tentera itu, mereka dah bayar ke belum?” soal saya pada pelayan gerai.

“Belum lagi bang,” balasnya

Lalu saya menyuruhnya kirakan sekali harga makanan saya dengan harga makanan mereka kerana saya mahu membayar untuk mereka. Lagipun, berapalah sangat harga makanan yang mereka makan. Total hanya RM30 untuk mereka berempat.

Setakat RM30 itu, cukup ke untuk kerja yang mereka lakukan yang melindungi nyawa orang lain dan bahayakan nyawa diri sendiri? Boleh ke duit itu membeli nyawa mereka kalau mereka mati? Jadi apa maksud RM20 atau RM30 itu untuk saya? Ia hanya satu nilai di atas sekeping kertas.

Sudah 31 tahun saya hidup dan katakan tiba-tiba kalau saya mati esok, kertas itu tidak akan bagi apa-apa manfaat pada saya. Saya mengaku saya tidaklah berduit sangat tetapi apa yang menghalang saya dari memberi? Apa yang membuatkan kita berfikir dengan hanya membuat duit, simpan dan kumpul bertan-tan duit dan selepas itu digunakan untuk diri sendiri akan membuatkan kita bahagia?

Duit itu boleh menjamin hidup kita kekal ke? Sudah tentu tidak! Kalau hari ini saya tidak menghabiskan RM50 ini untuk orang lain, saya mungkin tengah minum di pub dan enjoy. Mungkin pergi beli baju berjenama yang baru, makan malam di Tony Roma’s ke, minum di Starbucks ke, paling tidak pun isi minyak kereta sampai penuh.

Tetapi cuba fikirkan betul-betul, itu saja ke yang penting dalam hidup kita? Hidup ini hanya tentang diri kita sahaja ke? Bukan ke kita semua ini manusia dan hidup untuk matlamat yang sama? Jadi kenapa nak kedekut sangat?

Hari ini, RM50 yang saya keluarkan tidak membuatkan saya hilang senyuman, rasa lapar atau sedih. Saya juga tidak menyesal dan pastinya saya tidak akan jatuh miskin. Apa yang saya hilang, saya sentiasa boleh dapat semula.

Perkara ini membuatkan saya sedar tentang apa yang kita ada hanyalah satu nilai di atas kertas. Tetapi kalau kita letakkan nilai kertas ini pada diri kita sendiri, barulah hidup ini benar-benar berbaloi. Hidup ini bernilai, hanya kalau kita ada nilai.

Di akhir hayat, semua yang kita ada adalah semua yang kita pernah berikan. – Jagdish Singh | PIXELMEDIA

Kredit : The Reporter

 

Rahsia Latihan Komando Malaysia Didedahkan Kepada Umum

Rahsia latihan komando Malaysia didedahkan bukanlah cerita baru, namun yang di dedahkan hanyalah asas sahaja dan latihan sebenar sememangnya rahsia bagi menjaga rahsia ketenteraan Malaysia.

Kursus asas komando ada 4 cara asas untuk di anugerahkan beret hijau, 4 cara asas ini amat penting dalam latihan komando. Bukan senang untuk mendapatkan beret hijau.

1. Latihan Pemanas Badan
2. Ikhtiar Hidup
3. Laut
4. Ujian Akhir

 

1. Latihan Pemanas Badan

Ujian pemanas badan atau lebih dikenali sebagai peringkat kem berlangsung di Kem Sg Udang selama 5 minggu. Latihan di sini disebut pemanas badan untuk pelatih bersedia menghadapi latihan di peringkat seterusnya yang mungkin lebih mencabar. Pelatih akan diperkenalkan dengan kehidupan seorang komando dan dididik agar tidak kenal erti belas kasihan, terutamanya kepada musuh.

Beberapa kemahiran rahsia juga diajar di sini. Antara latihannya seperti abseiling dari menara dan helikopter, latihan menembak, perubatan medan, penggunaan pelbagai senjata, bahan letupan, semboyan dan sebagainya. Antara syarat‐syarat yang perlu dipatuhi sepanjang kursus selama 3 bulan ini, pelatih hanya boleh tidur selama lebih kurang 3 jam sahaja. Pelatih juga tidak dibenarkan mandi.

Makanan yang diberikan tidak sempurna, tetapi berkhasiat. Sementara latihan fizikal pula ialah:

  • Larian jarak jauh (76km) yang perlu dilengkapkan dalam 2 sesi iaitu siang dan malam, tidak melebihi 12jam . (Jumlah larian 152km)
  • Jalan lasak/laju 25km
  • Pandu arah pelbagai bentuk muka bumi(138km), juga dalam 2 sesi dan dalam masa yang ditetapkan.(Jumlah perjalanan 276km)

 

2. Ikhtiar Hidup

Latihan ikhtiar hidup dijalankan selama 3 minggu melibatkan kawasan hutan dan paya. Peringkat ini adalah yang paling sukar dalam kebanyakan kursus komando. Ia memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang amat tinggi. Tidak disediakan makanan. Pelatih diajar dan seterusnya berusaha untuk mencari makanan sendiri di kawasan sekeliling untuk terus hidup. Khemah juga tidak disertakan bersama.

Pelatih hanya tidur di kawasan‐kawasan selamat seperti di atas pokok. Latihan teknik ronda dalam kumpulan kecil dan segala ilmu peperangan hutan didedahkan. Aktiviti pandu arah dalam hutan sejauh 90km juga diwajibkan. Sebelum latihan di paya, sekali lagi pelatih akan mengharungi perjalanan pelbagai bentuk muka bumi sejauh 160km (tidak boleh lebih dari 3 hari) Antara syarat jalan jauh itu, pelatih tidak boleh berhenti berjalan kecuali buang air dan makan.

Di paya, pelatih harus menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, seluruh tubuh mesti disapu dengan lumpur bagi tujuan mengelak dari dihidu atau digigit oleh hidupan liar di paya. Teknik bekukan kedudukan,operasi dan asas pertempuran di kawasan paya diajarkan. Tidak ketinggalan, ikhtiar hidup.

Pelatih diberi beberapa batang mancis, parang dan seorang satu tempurung kelapa. Para pelatih juga perlun membuat tombak runcing sebagai alat tambahan untuk berburu.

3. Laut

Pelatih akan dibawa kembali ke Kem Sg Udang untuk memulakan peringkat laut selama 2 minggu. Kemahiran paling asas yang diajarkan di sini ialah berenang di dasar laut, drown proofing dan teknik menahan nafas. Lain‐lain seperti ikhtiar hidup laut, isyarat kod morse dan pertempuran di dasar dan permukaan.

Aktiviti berkayak dengan kanu sejauh 20km dan pandu arah laut hanya 10km. Peringkat laut merupakan ujian paling ringan dalam kursus asas komando.

4. Ujian Akhir

Setelah kesemua peringkat diharungi, maka tamatlah sesi pembelajarannya. Tiba masanya untuk para pelatih menghadapi ‘ujian’ untuk dinilai apakah pelatih dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sebelumnya dengan sebaik mungkin.

Terlebih dahulu pelatih akan di beri taklimat secukupnya untuk persediaan ujian akhir ini. Ia akan lebih bersifat realistik. Ia di pecahkan kepada 3 peringkat utama:

Peringkat perjalanan/Air gelap

Maksud perjalanan di sini ialah perjalanan menuju ke kawasan operasi. Biasanya ia mengikut jalan sungai. Pelatih akan bertolak pada waktu malam dengan menggunakan kanu. Jarak perjalanan ini tidak tetap, mengikut berapa panjangnya anak sungai.

Peringkat Operasi

Tiba dikawasan operasi yang telah dikenal pasti, pelatih akan membuat satu serangan ke atas kubu musuh tersebut. Serangan itu sama seperti demonstrasi serangan pantai semasa hari penganugerahan beret. Cuma kali ini skalanya lebih besar dan kompleks.

Peringkat Pelarian

 

Setelah serangan berjaya dilaksanakan dan objektif tercapai, pelatih dipaksa sekeras‐kerasnya berundur dari kawasan itu tanpa meninggalkan sebarang kesan. Mereka perlu melarikan diri dan mengelak dari dikesan oleh jurulatih yang bertindak sebagai musuh (bersenjata).

Proses pembolosan ini dipanggil Escape & Evasion (E&E). Jarak pelarian biasanya mencecah 200km untuk pelatih sampai ke checkpoint yang ditetapkan. Sekiranya pelatih dapat dikesan dan tertangkap, jurulatih yang bertindak sebagai musuh tadi akan mendera dan menekan mental pelatih supaya membocorkan maklumat rakan‐rakan pelatih lain yang berjaya mengelakkan diri. Sekiranya pelatih memberitahu apa‐apa rahsia, maka beliau akan gagal keseluruhan kursus dan tidak layak memakai beret hijau. Ini disebabkan pelatih tersebut tidak tahan akan seksaan yang dikenakan.

Oleh itu, sekiranya seksaan dalam latihan pun tak boleh tahan bagaimana pula nak menghadapi seksaan oleh musuh sebenar yang jauh lebih perit, bahkan sampai meragut nyawa. Terdapat pelbagai bentuk penderaan/penyeksaan seperti dipukul, dipaksa memakan najis, digantung dengan keadaan kepala di bawah & lain‐lain.

Sebagai tambahan, terdapat syarat‐syarat yang perlu dipatuhi jurulatih dalam latihan penderaan ini. Antaranya ialah tidak boleh menyeksa rekrut sehingga menyebabkan kecederaan dalaman atau kematian.

 

Penganugerahan Beret Hijau

Pelatih yang berjaya dan di sahkan layak bergelar KOMANDO, mereka di beri kerehatan di sebuah kem tentera, iaitu di mana tempat berakhirnya proses E&E yang telah di terangkan sebelumnya. Juga memberi peluang kepada rekrut‐rekrut baru komando tadi berhubung dengan keluarga dan membuat persediaan semasa hari penganugerahan.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya anggota komandoa Angkatan Tentera Malaysia diiktiraf sebagai antara komando terbaik di dunia sehingga pernah di dokumentarikan oleh History Channel. Kalau latihan asas begini pun dah brutal, yang betul-betul tak tahulah macam mana kan?

 

Sumber : Oh Gebang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here