Calon SPM Ini Mohon Ke Tandas Dan Pengawas Peperiksaan SPM Mengiringinya, Selepas Keluar Tandas, Calon Ini Minta Sesuatu Yang Buat Beliau Rasa Sayu

0
4741

Minggu ini bermulalah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan hari ini sudah masuk ke hari yang ketiga. Kisah ini yang dikongsikan oleh sebuah laman sosial Penang Kini. Mungkin melalui seorang guru.

Kejadian yang baru berlaku selepas 20 minit peperiksaan bermula pagi ini. Semoga kita dapat pengajaran dari kisah ini. Hari ketiga mengawas SPM 2017, Paper sejarah kertas 2. Masa: 10.00 pg hingga 12.30 tghari.

SEORANG CALON MINTA KE TANDAS.

Setelah 20 minit masa berlalu, seorang calon lelaki bersongkok, air muka bersih tiba-tiba mengangkat tangan meminta kebenaran ke tandas.

Calon SPM Ini mohon ke tandas dan Pengawas Peperiksaan SPM Mengiringinya, Selepas Keluar Tandas, Calon Ini Minta Sesuatu Yang Buat Beliau rasa sayu

Saya benarkan sambil mengiringi beliau. Sebelum itu dah perasan yang beliau macam tak keruan. Kedengaran bunyi air daripada dalam tandas. Calon tadi keluar dan saya lihat wajah dan tangannya basah sambil tangannya memegang stokin serta kasutnya.

MINTA IZIN UNTUK SOLAT.

“Izinkan saya solat sekejap ye cikgu, saya blank…” ujarnya meminta kebenaran.

Calon SPM Ini mohon ke tandas dan Pengawas Peperiksaan SPM Mengiringinya, Selepas Keluar Tandas, Calon Ini Minta Sesuatu Yang Buat Beliau rasa sayu

Belum pun sempat saya berkata apa-apa seraya tergamam, calon itu sudah pun mengangkat takbiratulihram. Terkedu saya sambil memerhatikan beliau solat. Solat tanpa sejadah tetapi sujud dengan dahi menyentuh lantai simen yang amat naif itu. Allahu Akbar. Tiba sujud di rakaat terakhir, agak lama beliau sebegitu.

MENANGIS SELEPAS SOLAT.

Selepas memberi salam, beliau mula menangis tersedu-sedu seraya berkata :

“Cikgu… Saya blank… Tiba-tiba saya rasa otak saya kosong. Trial haritu saya dapat sejarah A+”.

Calon SPM Ini mohon ke tandas dan Pengawas Peperiksaan SPM Mengiringinya, Selepas Keluar Tandas, Calon Ini Minta Sesuatu Yang Buat Beliau rasa sayu

Tetiba rasa keibuan saya hadir dan tanpa sedar turut sama-sama menangis sambil saya menggosok belakangnya dan memintanya beristighfar serta membaca Al Fatihah.

“In shaa Allah, Allah bantu awak. Buat yg terbaik ye” ujar saya.

Dia angguk dan bangun menuju ke dewan semula. Allahuakbar. Semoga Allah permudahkan urusanmu duhai anak muda. Perjalanan mu masih jauh. Semoga terus istiqamah mengharapkan Allah sebagai penolong dikala kebuntuan. Pengajaran yang saya dapat daripada beliau…

ALLAH jua lah sebaik-baik penolong. Kita terlalu kerdil, maka bersujudlah dan mintalah pada Allah. Terima kasih kerana pengalaman yg cukup bermakna ini duhai anak muda.

Admin share kerana saya rasa tak ramai anak muda skrg seperti beliau…

Sumber : Penang Kini via sinarhariani

 

Ibu bapa sila amalkan 7 doa terbaik ini untuk anak-anak berjaya dunia akhirat

Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah. Anak yang baik dan mendengar kata-kata ibu bapanya. Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka.

Bagi yang beragama Islam, mereka sentiasa mengamalkan doa-doa mujarab yang boleh dibaca untuk membentuk anak-anak yang baik dari segi kebijaksaan dan juga sikap menghormati orang tua. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa akan berasa risau dengan persekitaran anak-anak yang boleh memudaratkan masa depannya.

Tetapi, sejauh mana kita boleh mematau anak-anak? Hanya kepercayaan dan doa sahaja yang boleh menjadi pendinding kepada anak-anak supaya terhindar daripada gejala soasial. Jom kita amalkan doa di bawah ini.

1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil

Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah As-Syura ayat 19

Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.

Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.

2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.

Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5,

Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.

3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal

Amalkan ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud

Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud

4. Doa supaya anak rajin kerjakan solat

Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.

Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.

5. Doa anak taat perintah Allah

Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;

Surah Al-Baqarah ayat 128.

Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.

6. Doa agar anak dengar kata

Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.
Atau Al-Hasyar ayat 22-24

7. Doa memohon rahmat dan keberkatan

Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.

Surah Al-Imran ayat 8-9

akhir kata

Ibu bapa yang terbaik akan sentiasa mendoakan anaknya menjadi yang terbaik. Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan didikan agama yang sempurna diberikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.

Biarlah kita mendidiknya dari kecil lagi. Supaya kelak, dia membesar nanti dengan didikan agama. Semoga doa yang terbaik untuk anak-anak ini dapat dijadikan panduan untuk semua.

Sumber : heykau.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here