Aku Bagitau Mak, Bakal Isteri Aku Tak Pandai Masak. Tapi Jawapan Mak Aku Buat Aku Tersentap..

0
3548

Mak, calon isteri saya tak pandai masak.”

Di Subuh yang dingin, aku dapati ibu ku sedang sibuk memasak di dapur.

“Mak masak apa tu? Boleh saya tolong?”

“Ni mak masak ikan bawal goreng dengan sambal tomato kesukaan ayah kamu..”, sahutnya.

“Alhamdulillah..mesti best. Ermm.. mak, mak tahu tak.. calon isteri saya rasanya macam..macam..emm..
tak pandai masak lah mak..”

“Dah tu apa masalahnya?” Sahut ibu.

“Takde apa-apa lah mak.. saje je cerita, biar mak tak kecewa nanti, hehehe”.

“Ape kamu pikir memasak, mencuci, menyapu, mengurus rumah dan lain lain tu adalah kewajipan wanita?”

Aku menatap ibu dengan penuh rasa tak paham.. blur. Lalu dia melanjutkan, “Ketahuilah nak, itu semua adalah kewajipan lelaki. Kewajipan kamu nanti kalau sudah beristeri.” katanya sambil menarik hidungku.

“Tapi mak, bukankah mak yang setiap hari melakukannya?”. Aku masih tak paham.

“Kewajipan isteri adalah taat dan mencari redho suami.” kata Ibu.

“Kerana ayah kamu mungkin tidak boleh mengurus rumah, maka mak lah yang tolong menguruskan semuanya. Tapi BUKAN atas nama kewajipan, tetapi sebagai wujud CINTA dan juga wujud isteri yang mencari REDHO suaminya”

“Saya makin pening lah mak.”.

“Baiklah, wahai putera mak sayang. Ini ilmu untuk kamu yang mahu berkahwin.”

Ibu berpaling menatap mataku.

“Pada pendapat kamu, apakah pengertian nafkah? Bukankah itu kewajipan lelaki untuk menafkahi isteri? Baik itu pakaian, makanan, dan tempat tinggal?”, tanya Ibu.

“Ye lah mak..tentu sekali..”

“Pakaian yang bersih adalah nafkah. Sehinggakan mencuci adalah kewajipan suami. Makanan adalah nafkah. Maka jika masih berupa beras, itu masih setengah nafkah, kerana belum boleh dimakan. Sehinggakan memasak adalah kewajipan suami. Lalu menyediakan rumah tempat tinggal yang adalah kewajiban suami. Sehingga kebersihan rumah adalah kewajipan suami.”

Mataku terbeliak mendengar huraian bondaku yang cantik, cerdas dan kebanggaanku ini.

“Waaaaah.. sampai macam tu sekali ye, mak..? Lalu jika itu semua kewajipan suami.., kenapa mak melakukan semua tu tanpa menuntut ayah sekalipun?”

“Kerana mak juga seorang isteri yang mencari redho dari suaminya. Mak juga mencari pahala agar selamat di akhirat sana. Kerana mak mencintai ayahmu, mana mungkin mak tergamak menyuruh ayahmu melakukan semuanya. Jika ayahmu orang yang berada, mungkin pembantu rumah atau orang gaji boleh menjadi penyelesaiannya. Tapi jika belum ada, ini adalah ladang pahala untuk mak.”

Aku hanya diam terpesona.

“Pernah kamu dengar kisah Fatimah yang meminta pembantu kepada ayahandanya, Rasulullah, kerana tangannya lebam menumbuk tepung? Tapi Rasulullah tidak memberinya. Atau pernah tak kamu dengar kisah di mana Umar bin Khatab dileteri isterinya? Umar diam saja kerana dia tahu betul bahawa wanita kecintaannya itu sudah melakukan tugas macam-macam yang sebenarnya itu bukanlah tugas si isteri.”

“Ye mak..”

Aku mulai faham.

“Jadi, lelaki selama ini salah sangka ya mak.. sepatutnya setiap lelaki berterimakasih pada isterinya. Lebih sayang dan lebih menghormati penat jerih isteri.”

Ibuku tersenyum.

“Eh, satu soalan lagi mak, kenapa mak masih tetap mahu melakukan semuanya padahal itu bukan kewajipan mak?”

“Menikah bukan hanya soal menuntut hak kita, nak. Isteri menuntut suami, atau sebaliknya. Tapi banyak lagi hal lain. Menurunkan ego. Menjaga keharmonian. Mesti sama sama mengalah, kerja sama, kasih sayang, cinta dan persahabatan. Pernikahan itu perlumbaan untuk berusaha melakukan yang terbaik satu sama lain. Yang wanita sebaik mungkin membantu suaminya. Yang lelaki sebaik mungkin membantu isterinya. Itu lah impiannya rumah tangga sampai ke Syurga”

“MasyaAllah….erkk, ni kalau calon isteri saya tahu hal ni, mesti dia jadi malas nak buat kerja apa pun.., macamana tu, mak?”

“Wanita beragama yang baik tentu tahu bahawa dia mesti mencari keredhoan suaminya. Sehingga tidak mungkin akan sanggup seperti tu. Manakala lelaki beragama yang baik pula tentu juga tahu bahawa isterinya telah banyak membantu. Sehingga tidak ada cara lain selain lebih mencintainya.”

Jodoh kita adalah Hadiah dari ALLAH.

Huh, terbaekk lah mak aku. Untung ayah aku.

 

Sumber : Asrien Nur

 

Benarkah Tugas Kerja Rumah Seperti Memasak, Mengemas Dan Lain-Lain Ditanggung Oleh Suami Bukan Isteri?

Akhir-akhir ini sering kedengaran sebahagian ustaz-ustaz popular yang mengatakan bahawa isteri tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab di rumah melainkan bersolek dan mengandungkan anak, tugas kerja rumah ditanggung oleh suami dan bukan isteri, alasannya tiada dalil yang menyatakan bahawa isteri bertanggungjawab untuk membuat kerja-kerja rumah.

http://lh4.ggpht.com/_MGsM4k7cdkU/S8VHG6Kz3PI/AAAAAAAAJPk/iXiaE9IBP6Y/s800/kkerjarumah.JPG

Tiada dalil (Nas) Tidak Bermakna Perkara Itu Boleh Di Tolak

Tiadanya dalil (nas) secara spesifik atas sesuatu perkara tidak bermakna sesuatu perkara itu boleh ditolak, kerana para ulama’ juga menggunakan dalil akal, uruf, selain daripada nas al-Qur’an dan al-Sunnah.

 

Tidak Munasabah, Bertentangan Dengan Common Sense

Tidaklah munasabah, bertentangan dengan common sense, isteri duduk diam tanpa apa-apa kerja di rumah sedang suami bertungkus lumus mencari nafkah di luar dan bila balik pula suami juga perlu menyiapkan makanan, menyuci pakaian, jika tidak mampu maka suami perlu menyediakan khadam bagi isterinya.

Pandangan ini adalah pandangan yang ekstrim, melampau, kerana terlalu literal dan tidak menggunakan akal fikiran dalam memahami ajaran Islam. Uruf juga menuntut agar isteri melakukan kerja-kerja rumah sebagai usaha meringankan beban suami di luar, jika isteri tidak melaksanakan tanggungjawabnya maka ia akan menggundang kemarahan suami, dan mentaati suami adalah suatu kewajipan dalam Islam.

Sememangnya Rasulullah saw membasuh pakaiannya sendiri, menguli roti yang dimakannya, tetapi itu adalah untuk meringankan beban isterinya, dan kemuliaan peribadinya yang tidak suka menyusahkan orang lain. Ia tidak sama sekali bermakna isteri tidak memiliki apa-apa tugas di rumah.

 

Ambil Kisah Siti Fatimah Puteri Nabi SAW

Mengapa tidak diambil kisah Siti Fatimah puteri Rasulullah yang mengadu sakit-sakit badan kerana banyak kerja rumah yang dilakukannya seraya meminta kepada Rasulullah agar diberikan seorang khadam, namun jawapan Rasulullah malah menyuruh Fatimah ra agar bersabar dan membanyakkan berzikir agar semua kepenatan itu diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.

 

Keharmonian Institusi Keluarga Bergantung Kepada Keadilan

Sememangnya pandangan bahawa isteri tidak bertanggungjawab terhadap kerja-kerja di rumah akan diminati oleh ramai orang, khususnya apabila terdapat sebahagian kaum wanita yang diperhambakan di rumah oleh sebahagian suami, namun kedua-dua pandangan sama ada yang memperhambakan mahupun yang mentuankan isteri adalah pandangan yang ekstrim, kerana kedua-duanya akan menyebabkan ketidakharmonian dan keruntuhan institusi keluarga. Keharmonian institusi keluarga bergantung kepada keadilan, di mana setiap individu mengetahui dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan baik. Perlu adanya kesalingan, jika suami bekerja di luar maka isteri bekerja di rumah, jika dua-dua di luar maka perlu ada mekanisme agar kerja di rumah diringankan.

Islam adalah agama yang adil, ia tidak mendiskriminasikan dan menzalimi mana-mana pihak, tetapi meletakkan setiap orang di tempatnya masing-masing demi kebaikan bersama.

– Dr. Khalif Muammar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here