3 Nafkah Suami Wajib Berikan Kepada Isteri. Nampak Biasa-Biasa Sahaja Tapi Jika Tidak Ditunaikan Besar Akibatnya.

0
11537

Nafkah untuk isteri?

Menurut Islam, seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada suami. Suami perlu menyediakan nafkah zahir dan batin secukupnya mengikut kemampuan suami.

Nafkah isteri merupakan wang yang khusus diberikan oleh suami kepada isterinya untuk digunakan bagi kepentingan peribadi isteri. Wang nafkah merupakan kewajiban suami untuk membahagiakan isteri.

Wang perbelanjaan rumah tangga merupakan kewajipan suami sebagai ketua rumah tangga bagi memenuhi keperluan isteri dan anak-anaknya agar kehidupan menjadi lebih sempurna.

Persoalan ini turut diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus bagi memberi kepastian berkenaan soal nafkah.

Soalan:

Jika suami sudah sediakan makan minum, tempat tinggal, pakaian dan segala keperluan rumah, adakah suami perlu memberi duit setiap bulan kepada isteri?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus:

Jika suami telah menyediakan tiga perkara iaitu makan minum, pakaian dan tempat tinggal, maka dia telah dikira menunaikan nafkah isteri.

Jika isteri duduk di rumah tak buat kerja apa-apa, tak masak, tak basuh baju, makan order dari restoran saja, baju hantar dobi, dia tak kemas rumah, dia tak melahirkan anak, tak jaga anak, tapi dia hanya main Facebook siang malam 24 jam, maka tak perlu lagi beri duit belanja setiap bulan.

Tapi jika isterinya membuat kerja-kerja di rumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya, maka suami kena lah beri duit untuk isteri setiap bulan. Tak perlu tunggu isteri minta baru nak beri, jadilah suami yang gentleman. Diakan isteri kita yang kita duduk tergila-gila sebelum akad nikah dulu. Jangan buat tak ingat pulak.

Jangan lupa, isteri juga yang mengandung sembilan bulan dan dia yang menggadai nyawa melahirkan anak kita dengan kesakitan yang amat sangat semasa nak keluar anak. Suami ada rasa sakit begitu? Tak ada. Yang adanya suami hanya duduk mundar-mandir saja di luar bilik bersalin, kadang-kadang siap mengorat nurse lagi.

Jadi, suami cuba fikirlah sama ada dengan memberi seribu ringgit sebulan untuk isteri itu cukup atau tidak berbanding dengan kesakitan dia melahirkan anak, kesusahan dia menjaga anak, beri susu anak, basuh berak anak, dan sebagainya.

Nafkah Isteri Dan Ibu Bapa, Mana Perlu Didahulukan?

Apa kaitannya layanan suami terhadap isteri dengan kemurahan rezeki?

Seorang suami yang bertanggunjawab akan memandang nafkah isteri adalah salah satu perkara yang perlu dititikberatkan selain daripada ibu bapa sendiri. Walaupun zaman moden ini menyaksikan isteri juga mempunyai pendapatan sendiri namun urusan nafkah masih tergalas dibahu suami.

Urusan perbelanjaan keluarga yang baik harus mendapat persetujuan pasangan suami isteri untuk samaa-sama keluar daripada masalah kesempitan hidup. Jika suami merasa terlalu terbeban, alangkah baiknya jika ia dapat berbincang dengan baik supaya ketidakpuasan hati dapat dielakkan. Ada kalanya urusan material bukanlah punca segalanya, tetapi ketegangan perasaan, kurang perhatian menjadi isu mengganggu emosi.

Jika berpendapatan sedikit, berikanlah sedikit. Jika banyak, berilah mengikut jumlah yang sebaiknya. Allah swt tidak pernah meminta suami memandang rendah isu nafkah ini sehingga berlaku zalim pada isteri dan anak-anak. Jangan juga mengabaikan tanggungjawab terhadap kedua ibu dan bapa. Redha mereka adalah sumber terbesar datangnya redha Allah swt. Pokoknya, berlaku adil kepada semua. Berat tanggungjawab suami ini, namun sebagai manusia beragama Islam, sentiasalah berpegangn pada Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan.

Perkongsian daripada lelaki ini melalui laman Kisah Rumah Tangga di Facebook menarik perhatian netizen yang rata-ratanya memberi pelbagai reaksi akan situasi yang dihadapi. Kesempitan wang yang dihadapi kerana mengabaikan nafkah isterinya wajar dijadikan rujukan para suami diluar sana. Tak salah berbakti pada orang tua, namun jika sudah berkahwin, tanggungjawab pada isteri juga jangan dilupakan. Mari baca luahan lelaki ini setelah mendapat nasihat daripada seorang pakar agama dalam menungkap permasalahannya.

https://kataustaz.com/wp-content/uploads/2018/03/nafkah.png

Saya seorang suami dan juga bapa kepada dua orang anak,bagaimana saya nak mohon maaf ye kepada isteri saya min,ceritanya begini saya bab nafkah akan utamakan dahulu kedua orang tua saya kerana bagi saya orang tua saya pembawa rezeki buat saya, isteri saya berkali-kali saya skip nafkah dia sebab nak beri kepada kedua orang tua saya.

Rezeki saya sangat teruk kebelakangan nie, semalam saya solat dekat masjid selesai solat saya luahkan dengan imam tu kebetulan kami sembang,saya tersentap bila imam tanya nafkah kepada isteri ada beri tak setiap terima gaji saya pun cerita lah saya beri kepada orang tua dahulu,imam tu senyum dan cakap dalam islam pun sudah jelas nafkah yang wajib kamu beri setelah diri kamu adalah isteri bukan kedua orang tua kamu,jangan merungut kalau rezeki kamu sangat sempit sekarang kerana siapa tahu isteri kamu tak redha, balik lah mohon maaf padanya dan perbetulkan lah kesalahan kamu insyaallah rezeki kamu akan melimpah ruah kerana isteri pembawa rezeki sebenar bukan kedua orang tua kamu.

Timbul rasa bersalah sangat kepada isteri min, sekarang baru saya faham kenapa solat doa dan utamakan kedua orang tua saya pun rezeki tetap teruk rupanya saya tak adil kepada isteri saya.

Isteri ku abang minta maaf.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here