Gunakan 3 Bahan Ini Untuk Hilangkan Sakit Kepala & Migrain Tanpa Ubat

0
2317

“Aduh, berdenyut-denyut rasa kepala ni. Nak buat kerja pun tak dapat fokus, dah lah nak siapkan cepat ni. Malasnya nak keluar cari Panadol. Ada tak petua atau cara hilangkan sakit kepala tanpa ubat atau Panadol ya?”

Migrain adalah salah satu sebab sakit kepala. Berbeza dengan sakit kepala, migrain biasanya lebih berat dan ia menyerang secara berulang di tempat tertentu.

Memang rasa susah nak buat apa-apa bila diserang migrain mahupun sakit kepala. Salah satu penyelesaian termudah adalah dengan mengambil ubat tahan sakit. Namun, tak semestinya ia berkesan bagi setiap orang. Ada juga yang tak selesa mengambil ubat oleh sebab sedang mengandung dan sebagainya.

Maka, kami ingin kongsikan sebuah petua yang cukup mudah daripada Puan Hanisah Noordin. Mari ikuti perkongsian beliau selanjutnya.

PETUA HILANGKAN SAKIT KEPALA & MIGRAIN TANPA PANADOL

Assalamualaikum. Saya ingin kongsikan salah satu petua yang biasa kami suami isteri gunakan sebagai ‘ubat’ sakit kepala. Buat pengetahuan semua, suami saya memang kerap diserang migrain. Kadang-kadang sampai ambil Panadol pun tak ‘jalan’.

Tapi, sejak menggunakan 3 bahan ini, suami dah lama tak ambil ubat untuk melegakan sakit kepala. Dengan izin Allah, ia memang berkesan. Sekarang, di rumah kami sekarang tak ada lagi stok Panadol atau ubat hospital.

Bahan-bahan

  • Air suam
  • Cuka epal organik
  • Madu asli

Cara-cara

  1. Campurkan 1 sudu besar cuka epal dan 1 sudu besar madu asli ke dalam air suam. Pastikan sudu plastik ya supaya zat madu tak hilang. (Sudu besi tak sesuai untuk madu.)
  2. Baca selawat 3 kali dan terus minum. Seeloknya bilas mulut dengan air masak untuk mengelakkan daripada gigi reput sebab kuantiti asid dalam cuka epal ni agak tinggi. Boleh hilangkan rasa masamnya sekali. Kalau malas nak bilas mulut, boleh minum dengan straw.
  3. Lepas minum terus tidur. Insha Allah lepas bangun tidur nanti, rasa sakit kepala terus hilang.

Perhatian..

Minum sebelum makan. Jgn minum selepas mkn. Utk kanak2 kurangkan sedikit. Ibu2 mengandung pun boleh minum. Tapi kurangkan sedikit cuka epal dan madu.

Selamat mencuba.

Sumber/Foto : Hanisah Noordin

ILMU ORANG TUA – PENAWAR PENYAKIT MIGRAINE.

Tuhan saja tahu berapa deritanya bila penyakit ini datang, Tahukah kita semua penyakit ini banyak berlaku pada orang wanita dan kebanyakannya berlaku akibat genatik ataupun keturunan.

Magain berpunca akibat dimana salur pembuluh darah di otak kita mengecilkan dan dengan secara tiba-tiba ia membesar pula.

Bila sahaja berlaku pekara begini pada saluran darah di otak kita, ia akan menyebabkan tekanan darah menjadi berkurangan di bahagian yang bermasalah itu, oleh disebabkan pekara ini berlakulah menyebabkan kita menjadi magraine.

Ilmu orang tua-tua dahulu untuk merawat penyakit ini mereka akan mencari:

  1. Kelapa hijau yang muda
  2. Sebiji limau nipis


Lalu kelapa itu di tebuk di bahagian atas dan di ambil setengah biji limau nipis dan di perah airnya ke dalam kelapa tadi, serta membaca doa :

1. Bismillah empat sebanyak tujuh kali

http://3.bp.blogspot.com/_UJyt4PUcrCU/SZfSnIrtoBI/AAAAAAAAAL8/CtlzJMG15xY/s1600/Doa%2BNabi%2BKhidir.jpg

Maksudnya :

Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, melainkan Allah.
Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang menolak kejahatan melainkan Allah.
Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, setiap kenikmatan adalah daripada Allah.
Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah.

Nota Tambahan :

(‘Doa Bismillah 4’ di atas adalah berasal daripada ‘Isim’ Nabi Khidir AS dan Nabi Ilyas AS)

Doa ini juga terdapat dalam “Ihya` ‘Ulumiddin” jilid 1 halaman 374 yang dicatat oleh Hujjatul Islam al-Ghazali dengan sedikit lafaz beza.

2. Membaca Surah Al- Waqiah

ayat ke sembilan belas sebanyak tiga kali lalu ditiupkan kedalam kelapa muda itu dan di biarkan selama lima minit barulah diminum.

Lakukan dua kali seminggu In Sha Allah kita akan merasa penyembuhannya secara perlahan-lahan.

Sumber/Foto : Md Rosdi Hasan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here