Mencukur Bulu Kem4luan adalah salah satu masalah yang sebenarnya sangat penting untuk diketahui Hukum dan tatacaranya, namun sangat disayangkan, banyak sekali kaum muslimin yang tidak mengetahuinya. Rata-rata mereka berasa malu dan segan untuk bertanya kepada pihak yang sepatutnya. Padahal masalah ini merupakan salah satu bab dalam sunnah Nabi shallallahu alaihi wasallam.Sebagaimana dimuat dalam hadits riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar radhiallahu’anhuma, Bahwasanya Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam bersabda:

مِنْ الْفِطْرَةِ : حَلْقُ الْعَانَةِ ، وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

“Dintara fitrah adalah mencukur bulu kem4luan, mencukur kuku dan memendekkan kumis.”

Dalam bukunya yang berjudul Syi’ru wa-ahkamuhu fi al-Fiqh al-Islami. Prof. Abdul Jawwad Khalaf mengatakan, bahwa Islam menganjurkan agar bulu-bulu tersebut dicukur secara rutin, Hal ini bukan tanpa alasan, karena ternyata ada banyak manfaat dari anjuran Nabi ini, yang paling utama adalah berhubungan dengan masalah kebersihan dan kesehatan.

Hukum Mencukur Bulu Kem4luan Menurut Islam

Berasaskan berbagai hadits yang menyatakan tentang sunnah mencukur bulu kem4luan, Para ulama telah bersepakat dengan hukum mencukur bulu kem4luan adalah sunnah atau dianjurkan. Namun mereka mempunyai khilaf pendapat, Apakah lebih disunnahkan dicabut atau dicukur?

Madzhab Hanafiyah mengatakan sunnahnya adalah dengan cara mencabut. Namun, madzhab Maliki sebaliknya, Sunnah bukan dengan cara mencabut, namun mencukurnya.

Madzhab Syafi’i mempunyai pandangan yang berbeza lagi, mereka membedakan antara muslimah yang masih bujang dan perempuan yang telah lanjut usia. Bagi mereka yang masih muda disunnahkan dengan cara mencabut bulu kem4luan, sedangkan yang sudah lanjut usia boleh dengan cara mencukurnya.

Madzhab Hambali atau Imam Ahmad berpendapat, Sunnahnya adalah dengan cara mencukur, dan pendapat yang terakhir ini disetujui oleh Lembaga Kajian Fatwa Arab Saudi. lembaga ini mengemukakan manfaat dari kesunnahan mencukur bulu sekitar alat vital ini adalah untuk menjaga kebersihan di sekitar area vital, Selain itu juga bisa membantu meningkatkan pembuluh darah saat berjima’ dan yang terpenting adalah menghindari penyakit akibat bakteri yang tumbuh dan berkembang di sekitar bulu-bulu kem4luan.

Kita boleh memilih salah satu dari pendapat yang telah disebutkan diatas, Disesuaikan saja, Karena kebiasaan setiap orang tentu berbeza, Ada yang mengatakan jika dicabut maka rasanya tentu menjadi sakit. Sebalikannya, Ada beberapa orang yang malah menganggap sebaliknya.

Bilakah Waktu Mencukur Bulu Kem4luan Yang Disunnahkan?

Mencukur bulu kem4luan hendaknya selalu dilakukan secara rutin oleh seorang muslim tidak lebih dari 40 hari. Hal ini sesuai dengan atsar yang diceritakan oleh sahabat Anas bin Malik,

وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمِ الْأَظْفَارِ وَنَتْفِ الْإِبِطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لَا نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً

“Kami diberi waktu dalam memendekkan kumis, mencukur kuku, mencabut bulu ketia dan mencukur bulu kem4luan agar tidak dibiarkan lebih dari empat puluh malam.”

Imam Syaukani dalam kitab Nailul Authar menjelaskan,

“Batas waktu maksimal adalah empat puluh hari sebagaimana yang telah ditentukan oleh Nabi sallallahu’alaihi wa sallam, maka tidak diperbolehkan bagi seorang muslim untuk tidak memotongnya melebihi empat puluh hari. Dan jika dalam rentang sebelum 40 hari, Anda berniat memotongnya maka hal ini diperbolehkan dan tidaklah menyalahi sunnah”

Bagaimana Tatacara Mencukur Bulu Kem4luan Menurut Islam?

Hendaknya dimulai dari bulu bagian kanan yang paling atas kemudian menyamping ke kiri, namun jika kesulitan boleh dari mana saja tergantung situasinya. Hal yang terpenting sebelum mencukur bulu kem4luan adalah berdoa dulu agar tidak diintip oleh Jin.

Sebenarnya Tidak ada doa khusus yang dianjurkan ketika akan mencukur bulu kem4luan, jika tidak berdoa pun tidak mengapa. Hanya saja waktu seseorang membuka aurat itu bisa jadi diintip oleh jin, maka disunnahkan untuk membaca basmalah atau doa masuk kamar mandi, seperti yang diriwayatkan dalam hadits riwayat Ali bin Abi Thalib ra, Bahwa Nabi SAW bersabda:

“Penutup antara pandangan jin dan aurat bani adam adalah ketika mereka masuk kamar mandi, mengucapkan bismillah.” (HR. Tirmidzi )

Demikianlah Hukum dan Tatacara Mencukur Bulu Kem4luan Menurut Islam, Semoga bermanfaat.

Sumber : webilmuislam

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE- 270 : HUKUM TIDAK MENCUKUR BULU-BULU BADAN DALAM TEMPOH MASA YANG LAMA

Soalan:

Assalamualaikum tuan, adakah boleh untuk seseorang itu menyimpan bulu kem4luan atau bulu ketiaknya dalam tempoh masa yang panjang ?

Jawapan:

Wa’alaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Berkenaan dengan isu mencukur bulu-bulu yang terdapat pada anggota badan manusia, para ulama mengkategorikan hukumnya kepada tiga bahagian seperti berikut:

Pertama: Bulu-Bulu Yang Terdapat Perintah Untuk Mencukurnya.

Di dalam nas -nas syarak, terdapat beberapa perintah yang mengarahkan supaya dicukur beberapa jenis bulu yang terdapat pada anggota tubuh manusia. Ini sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W:

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ ـ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ ـ الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

Maksudnya: Fitrah itu ada lima – atau lima perkara yang menjadi fitrah – adalah berkhatan, memotong bulu kem4luan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan memotong misai.

Riwayat Al-Bukhari (5889)

Para ulama apabila mengulas kalimah Istihdad daripada hadis di atas mengatakan, maksudnya adalah: Mencukur bulu kem4luan. Kata Imam al-Nawawi Rahimahullah: Istihdad adalah mencukur bulu kem4luan, iaitu bulu-bulu yang berada di sekitarnya. Lihat Tahrir Alfazh al-Tanbih, Al-Nawawi (Hlm. 253).

Imam al-Nafrawi dari kalangan fuqaha bermazhab Maliki menyatakan bahawa bulu-bulu yang berada di sekitar dubur juga turut dikira sebagai bulu kem4luan. Rujuk Al-Fawakih Al-Dawani, Al-Nafrawi (2/306).

Berdasarkan hadis di atas, terdapat tiga bulu yang disebutkan untuk dipotong iaitu bulu kem4luan, bulu ketiak, dan juga misai. Maka kita diperintahkan untuk memotong, mencukur, atau mencabutnya.

Kedua: Bulu Bulu Yang Terdapat Larangan Mencukurnya

Terdapat bulu-bulu yang dilarang oleh syarak untuk mencukurnya. Di antaranya adalah memotong atau mencukur janggut bagi orang lelaki. Larangan ini dapat kita lihat berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah Ibn Umar R.anhuma bahawa Nabi S.A.W bersabda:

‏ أَحْفُوا الشَّوَارِبَ وَأَعْفُوا اللِّحَى

Maksudnya: Cukurlah misai-misai, dan biarkanlah jangut-janggut.

Riwayat Muslim (259)

Juga berdasarkan sebuah riwayat yang turut diriwayatkan daripada Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ، وَفِّرُوا اللِّحَى، وَأَحْفُوا الشَّوَارِبَ

Maksudnya: Berbezalah kalian dengan orang musyrikin, kekalkan janggut dan potonglah misai.

Riwayat Al-Bukhari (5892)

Kata Imam Ibn Hajar Al-Asqalani Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini: Perintah Nabi berkaitan janggut bererti, kekalkanlah ia iaitu biarkanlah ia dalam keadaan yang banyak. Rujuk Syarah Sahih Al-Bukhari, Ibn Hajar (10/350).

Perintah Nabi S.A.W untuk membiarkan janggut bererti juga dalam masa yang sama baginda melarang dari perbuatan mencukur janggut. Ini berdasarkan sebuah kaedah fekah yang disebutkan oleh Imam Al-Haramain Abdul Malik Al-Juwaini Rahimahullah: ‘’Perintah untuk melakukan sesuatu adalah larangan kepada perbuatan yang menyelisihinya. Manakala larangan melakukan sesuatu adalah perintah kepada meninggalkannya’’.

Selain itu, antara bulu-bulu yang dilarang mencukurnya juga adalah bulu kening. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Rasulullah S.A.W bahawa baginda bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: Allah S.W.T melaknat para pembuat tatu dan mereka yang meminta untuk dibuatkan tatu untuknya, para wanita yang mencukur bulu kening serta wanita yang meminta untuk dibuang bulu keningnya, dan orang yang menjarangkan gigi-gigi mereka yang mengubah ciptaan Allah.

Riwayat Muslim (2125)

Kata Imam Al-Nawawi apabila mensyarahkan hadis ini: النامصة adalah wanita yang membuang bulu-bulu daripada mukanya. Manakala المتنمصة adalah wanita yang meminta untuk bulu-bulu tersebut dibuang. Perbuatan ini adalah haram melainkan apabila seorang perempuan itu tumbuh janggut atau misai, maka tidak haram untuk membuangnya.

Imam Ibn Hajar mengulas isu perempuan memotong janggut dan misainya ini dengan katanya: Ia terikat dengan keizinan dari suami dan pengetahuan suaminya. Rujuk Fath Al-Bari, Ibn Hajar (10/390).

Imam al-Nawawi berkata lagi: Mazhab kami adalah apa yang telah kami sebutkan berkenaan keharusan membuang janggut, misai, serta العَنْفَقَةُ (‘anfaqah) iaitu bulu-bulu kecil yang tumbuh di antara bahagian bawah bibir hingga dagu (bagi kaum perempuan). Sesungguhnya larangan di dalam hadis adalah kepada bulu kening dan bulu-bulu yang berada di bahagian muka. Rujuk Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (14/285).

Imam Ibn Hajar al-Asqalani apabila mensyarahkan hadis ini menyebutkan: Al-Nammash adalah membuang bulu muka dengan menggunakan alat pencukur. Dikatakan perbuatan tersebut adalah khusus kepada bulu kening dengan tujuan untuk meninggikan keduanya atau untuk menyamaratakan di antara keduanya.

Ibn Hajar turut menukilkan kata-kata Imam Abu Daud di dalam Al-Sunan dengan katanya: النامصة adalah perempuan yang mengurangkan (menipiskan) bulu keningnya. Beliau juga turut menukilkan kata-kata Imam Al-Thabari yang berikut: Tidak boleh bagi seorang perempuan itu untuk mengubah sedikitpun dari asal penciptaan asal dirinya yang telah Allah ciptakan dengan menambah atau mengurangkan bertujuan untuk mendapatkan kecantikan. Tidak boleh dia lakukan untuk suaminya dan tidak juga kepada selainnya, seperti sesiapa yang kedua keningnya bersambung lalu dia membuang bulu yang berada di antara keduanya. Rujuk Fath Al-Bari, Ibn Hajar Al-Asqalani (10/390).

Ketiga: Bulu Bulu Yang Didiamkan Oleh Syarak

Ini bermaksud, tidak ada nas dari syarak baik dari al-Quran ataupun Sunnah Nabi S.A.W yang mengarahkan bulu-bulu ini untuk dipotong atau melarang bulu-bulu ini dari disimpan. Maka ia kembali kepada hukum asalnya sesuatu iaitu keharusan. Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Salman Al-Farisi R.anh, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

الْحَلاَلُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ فِي كِتَابِهِ وَالْحَرَامُ مَا حَرَّمَ اللَّهُ فِي كِتَابِهِ وَمَا سَكَتَ عَنْهُ فَهُوَ مِمَّا عَفَا عَنْهُ

Maksudnya: Halal itu adalah apa-apa yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya, dan haram itu adalah apa-apa yang Allah haramkan di dalam kitab-Nya. Dan apa-apa yang Allah diamkan tentangnya (hukumnya) maka ia termasuk di antara perkara yang dimaafkan.

Riwayat Ibn Majah (3367)

Kata Al-Imam Al-Sindi apabila mensyarahkan hadis ini: Hadis ini bertepatan dengan sebuah hadis lain iaitu:

إِنَّ اللهَ أَمَرَكُمْ بِأَشْيَاء فَامْتَثِلُوهَا وَنَهَاكُمْ عَنْ أَشْيَاء فَاجْتَنِبُوهَا وَسَكَتَ لَكُمْ عَنْ أَشْيَاء رَحْمَةً مِنْهُ فَلَا تَسْأَلُوا عَنْهَا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kamu semua beberapa perkara maka lakukanlah ia, dan Dia melarang kamu semua beberapa perkara maka jauhilah ia. Dan Dia mendiamkan (tentang hukum) beberapa perkara disebabkan sifat rahmat dari-Nya maka janganlah kamu bertanyakan berkenaannya.

Secara keseluruhannya, hadis tersebut membawa kepada: Sesungguhnya asal (hukum) pada setiap perkara itu adalah halal. Rujuk Hasyiah al-Sindi ‘ala Sunan Ibn Majah (1/326).

Beberapa contoh bulu tersebut adalah seperti bulu dada, bulu betis, bulu paha, bulu hidung, bulu yang terdapat di lengan, serta selainnya yang tidak terdapat arahan untuk memotongnya serta tidak terdapat larangan untuk menyimpannya. Justeru, dalam hal ini seseorang itu boleh sahaja menyimpan bulu-bulu tersebut iaitu tidak memotongnya, dan dia boleh juga untuk memotongnya sekiranya dia mahu.

Menyimpan Bulu Badan Dalam Tempoh Yang Lama

Berkaitan dengan bulu-bulu badan yang terdapat perintah untuk mencukurnya, terdapat sebuah riwayat yang menyebutkan kepada tempoh masa untuk mencukur tersebut. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata:

وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمِ الأَظْفَارِ وَنَتْفِ الإِبْطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لاَ نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً ‏‏

Maksudnya: Ditetapkan waktu buat kami pada memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencabut bulu kem4luan, agar kami tidak membiarkannya lebih dari empat puluh malam.

Riwayat Muslim (258)

Hadis di atas merupakan petunjuk dalam menetapkan masa tertentu bagi menyimpan bulu-bulu badan yang dituntut untuk memotongnya, iaitu dengan tidak membiarkannya melebih empat puluh hari.

Imam Al-Nawawi dalam syarahan beliau ke atas hadis ini berkata: ‘’Adapun waktu mencukurnya (bulu kem4luan), maka pendapat yang terpilih ia ditentukan dengan adanya keperluan dan juga apabila ia menjadi panjang. Apabila ia panjang maka ia dicukur. Demikianlah juga pada mencukur misai, memotong kuku, dan juga mencabut bulu ketiak. Adapun hadis yang disebutkan di atas ini, maksudnya supaya ia tidak ditinggalkan terbiar (tidak dipotong) melebihi tempoh empat puluh hari. Bukanlah bermakna ia ditetapkan untuk dipotong setelah empat puluh hari’’. Rujuk Syarah Al-Nawawi ‘ala Muslim (3/491).

Kesimpulan

Sebagai penutup kami menyatakan bahawa hukum menyimpan bulu kem4luan dan bulu ketiak dalam tempoh masa yang begitu lama sehingga melebihi 40 hari adalah dimakruhkan. Ini kerana kita dituntut untuk menjaga kebersihan tubuh badan melalui perbuatan mencukur kedua-dua bulu tersebut.

Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.