7 Perkara Yang Perlu Suami Isteri Elakkan, InsyaAllah Rumah Tangga Bahagia.

Rumahtangga adalah tempat untuk dua manusia yang saling menyayangi membina keluarga dan jati diri untuk menjadi individu yang lebih baik dari sebelumnya. Ia bukan tempat bagi melepaskan segala amarah, caci maki yang terpendam dalam diri.

Keharmonian rumahtangga itu dapat dirasai jika pasangan saling bantu-membantu melaksanakan tugas mahupun tanggungjawab secara bersama. Bagi mengekalkan lagi keharmonian ini, ada perkara yang perlu dielakkan. Antaranya seperti berikut;

#1 – Tidak Mengaibkan Pasangan

Aib adalah perkara yang memalukan. Siapapun pasti tidak mahu jika aib dirinya dibuka pada umum bukan? Begitu juga dalam hubungan rumahtangga. Sekalipun kita tahu aib/kekurangan/kelemahan pasangan, usahlah ceritakan hal tersebut kepada orang lain.

Biarlah hanya kalian berdua yang tahu mengenai hal tersebut. Ingatlah, jika kita menyimpan aib seseorang di dunia, Allah SWT akan menyembunyikan aib kita di akhirat kelak.

“Dan, barangsiapa yang menutupi (aib) seorang Muslim sewaktu di dunia, maka Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat.” (Hadis Riwayat Imam Tirmizi)

#2 – Tidak Merendah-Rendahkan Pasangan

Tidak memperlekehkan atau merendah-rendahkan pasangan sama ada di khayalak umum atau ketika kalian berdua. Tidak dinafikan, kini ramai dalam kalangan wanita lebih berjawatan berbanding lelaki.

Sekalipun begitu keadaannya, beringatlah bahawa suami adalah ketua keluarga bukan majikan yang perlu direndah-rendahkan martabatnya.

#3 – Tidak Melupakan Tanggungjawab

Tahukah kita, salah satu faktor keruntuhan rumahtangga adalah apabila pasangan sama ada pihak suami atau isteri itu lupa dengan tanggungjawab masing-masing.

Kadang, ada yang tahu tetapi, buat-buat lupa dan melepaskan tanggungjawab tersebut kepada pasangan untuk menguruskannya sendirian. Usahlah begitu. Bukankah perkahwinan itu adalah untuk saling melengkapi.

#4 – Tidak Berlakon Dan Menipu Pasangan

Kadang, ada orang berasakan tindakan dirinya yang berlakon dengan berpura-pura baik di hadapan pasangan demi memuaskan hati pasangan itu adalah perkara yang baik. Tetapi, hakikatnya ia akan memakan dirinya sendiri. Seburuk manapun suatu perkara itu, cubalah untuk berkata dengan jujur.

Kepercayaan terhadap pasangan juga boleh memudar jika sikap ini terus digunapakai dalam perhubungan. Ingatlah, sekali kita berkhianat dengan pasangan, ia akan meninggalkan kesan dalam hatinya.

#5 – Tidak Mengancam Atau Mengugut

Elakkan untuk cuba menakutkan pasangan dengan cara ugutan atau ancaman. Sebagai contoh, “Kalau awak masih bersikap begini, saya akan keluar dari rumah ini.”

Pasangan juga adalah manusia yang tidak lari dari sebarang kesilapan. Dibimbangi, setiap kata-kata yang keluar dari mulut kita itu mengandungi ayat yang boleh menyebabkan perceraian secara tidak langsung.

Ancaman atau ugutan juga menyebabkan pasangan berasa ketakutan dan kasih sayang yang ikhlas di hati sebelum ini juga boleh bertukar menjadi keterpaksaan.

#6 – Tidak Mengkritik Pasangan

Sebelum melihat kekurangan pasangan dan mengkritik segala perilakunya, cuba semak dan perhatikan diri kita terlebih dahulu. Adakah kita benar-benar sempurna dan tiada cacat celanya? Hargailah pasangan bukan mengkritik.

Jika pasangan melakukan kesalahan, tegurlah dengan cara berhikmah, berikan kata-kata positif dan membina jati dirinya.

#7 – Tidak Mengungkit

Perkara begini biasanya boleh berlaku apabila kita berada dalam suasana yang tegang antara pasangan. Ini kerana masing-masing tidak mahu mengaku kalah dan ego dengan diri sendiri. Benang yang basah hendak juga ditegakkan.

Perbuatan mengungkit perkara terdahulu bukan hanya meredakan permasalahan, akan tetapi ia akan mengeruhkan lagi sesuatu hubungan itu. Bahkan, ia turut mencacatkan amalan kebaikan yang telah kita lakukan dahulu.

Daripada 7 perkara ini, cuba semak kembali adakah kita pernah melakukan hal tersebut? Jika ada, segeralah beristighfar. Sesungguhnya, dengan istighfar akan menghilangkan satu titik hitam di dalam hati.

Benar, dalam hidup berumahtangga ini tidak semuanya dilalui dalam kemanisan. Mungkin, hari ini kita berasa sayang yang bersangatan kepada pasangan dan pada hari lain, kita rasa benci yang meluap-luap kepadanya tanpa sebab yang munasabah. Itulah antara ujian dalam hidup berumahtangga dan berpasangan.

Insya-Allah, selagi kita menjadikan Islam sebagai panduan kehidupan, pasti Allah SWT akan memandu perjalanan rumahtangga yang dibina. Akhir kalam, lazimilah doa kesejahteraan buat ahli keluarga saban hari tanpa jemu agar dilindungi daripada perkara yang tidak diingini. Seterusnya, ia akan membawa gerbang perkahwinan dan rumahtangga anda ke syurga sana. Wallahua’lam.

“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara yang menyenangkan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang mahu bertakwa.”

(Surah Al-Furqan ayat74)

Sumber: Islamituindah via Pelikdunia.com

Baca Juga : Wahai Suami sesekali lakukan perkara ini. Nescaya isterimu akan rasa dialah ‘Wanita Yang Paling Bahagia’.

Terharu baca kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Liew ini. Betapa dia sangat memahami tugas seorang wanita,isteri dan juga ibu. Tak lupa juga terima kasih buat para suami di luar sana yang sangat-sangat membantu dalam menguruskan rumahtangga di tambah lagi dengan karenah anak-anak. Mari sama-sama ambil iktibar dari perkongsian Ustaz Ebit Liew ini.

Hari ini cuti, sibuk masak untuk bidadari dan anak-anak. Semua anak-anak bersorak sibuk tengok macam kapal terbang mendarat dalam rumah. Sebab jarang-jarang ayahnya masak.

Ya Allah. Maafkanlah diriku ini…

Kelakar campur sedih sayu sangat….. sebab terbayang bidadari saya hari-hari masak. Mak saya dulu pun begitu.begitulah kebanyakan wanita…anak-anak kata ayah nak ini..nak itu..nak ini..menjerit-jerit. Dia tak tahu ayah dia bukan pandai macam umi dia masak.

Isteri lak senyum-senyum tengok suami.. sibuk rakam suami dia masak. Ambil gambar..hehe…orang bercinta memang macam tu yer..duduk-duduk nak ambil gambar. Sayang, tunggulah di luar biar abang masak..nanti malu..tak jadi…Sayang rehat yer..tengok masa buka nanti..

Baru tahu sebab apa wanita suka upload makanan kat fb..yerlah sebab dia masak. Dia penat. Dia seronok. Tu jer…hee..

Cuba tengok isteri, sambil masak boleh layan suami..sambil masak boleh buat susu anak. Sambil masak boleh kemas rumah. Sambil onn mesin basuh. Kutip baju. Beribu kerja satu masa…

Saya masak macam mengaji. Solat. Betul-betul khusuk. Yerlah macam orang baru ambil lesen kereta. L…. dapur pun bersepah..dah siap baru kemas..

Lihat seorang isteri mereka berpuasa sama dengan kita suami. Mereka bekerja, sama dengan kita cari rezeki. Jika tak kerja di luar, kerja di rumah 24 jam tak habis-habis.

Tapi bila sampai rumah kebanyakannya isteri jaga anak-anak. Kita sedap-sedap dapat solat isya dan Tarawih di masjid. Jumpa kawan-kawan di masjid. Isteri sibuk urus anak sepanjang malam. Buat yang anak-anak masih kecil.

Isteri sibuk uruskan anak-anak. Lepas tu mereka juga bangun sahur awal. Ada pula suami pesan isteri jangan lupa kejut sahur. Kalau tak kejut abang tak puasa. Jika tak bangun, marah isteri.

Kasihanilah ibu dan isteri kita. Sayangilah mereka. Mereka tolong kita cari duit tanpa harap balasan. Mereka jadi bibik 24 jam di rumah. Bibik pun ada gaji dan ada waktu bekerja.

Isteri jadi tukang masak yang pakar. Masakan mereka dengan doa dan bersih. Sentiasa cari menu baru dan fikir apa nak masak untuk suami.. laku rancangan masak. Selebriti masak. Sebab nak beri yang terbaik buat suami. 24 jam fikir nak masak apa. Ya Allah…

Lepas tu jadi cikgu anak-anak kita. Mereka cikgu math. Mereka ustazah fardhu ain. Mereka guru mengaji. Mereka guru kaunseling. Mereka guru displin. Mereka cikgu bahasa. Semua mereka kena ajar anak-anak. Mereka cikgu adab akhlak. Berapa elaun nak bayar untuk semua subjek. Tapi mereka buat semua tu kerana cinta.

Lepas tu mereka pelayan dan menjadi hiburan anak-anak. Anak menangis mereka tahu nak apa. Anak kecil belajar cakap. Isteri kita faham. Mereka tahu semua bahasa anak-anak.
Mereka tidurkan semua anak-anak. Lepas tu mereka pakai cantik-cantik layan suami lagi. Macam-macam jenis suami ada. Nak macam -macam layanan. Isteri dah penat sepanjang hari..
Mereka jadi jam loceng. Suami ada hp. Tapi harapkan jam isteri bunyi. Suami dan anak-anak bangun waktu berbeza-beza.

Buat saya dan semua suami.

Jom kita buat semuanya sama-sama dengan isteri kita. Cintai dan sayangi mereka. Hargai mereka.

Ucapkanlah cinta dan sayang pada mereka. Pegang tangan mereka ucapkanlah. “Sayang betapa bertuahnya abang dapat sayang. Terima kasih sudi jadi isteri abang. Abang benar-benar bersyukur dapat sayang. I love u sayang. Abang betul-betul cintakan dan sayang sayang..”sedap sayang masak. Pandainya sayang. Ya Allah hebatnya sayang buat semua kerja ni..

Bantulah mereka bersama-sama buat kerja rumah. Sekali sekala atau selalu selalulah kita siapkan buka puasa. Kita siapkan sahur. Kejut isteri dan anak sahur. Buat surprise buat isteri dengan kita kemaskan rumah. Mop lantai. Kemas mainan anak-anak. Basuh tandas. Isikan minyak kereta isteri. Siapkan baju isteri dan anak-anak. Kemaskan buku sekolah anak-anak. Basuh baju. Jemurkan semuanya. Angkat baju. Lipat baju. Kemaskan katil kita dan katil anak-anak. Layan anak-anak.

Kita tidurkan semua anak-anak. Sekali sekala beri isteri rehat awal. Kita urus anak-anak. Nikmat bila kita dapat lihat isteri kita berehat. Wajahnya masa tidur nikmat buat seorang suami. Gembira campur sebak tengok wanita ini tinggalkan semuanya untuk bersama kita..berilah juga duit belanja dan apa yang kita ingin untuk kita berilah juga kepada mereka.

Doakanlah isteri kita. Doakan orang yang kita sayangi. Tiada hadiah paling berharga atas semua itu melebihi mendoakan mereka – Ebit Lew

#www.transformjiwa.com
#jelajahsekolah2017

Sumber dari Facebook Ebit Lew via SinarFM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *