DRAMA REALITI DI SEKOLAH

Selama 4 hari follow rayqal, mengajar dan memantau cara membeli, mengajar menunggu mamy/abah ambil, mengajar naik turun van, inilah realiti yang terjadi di depan mata

(1). Cikgu mengarahkan supaya ibubapa beredar dari tapak perhimpunan untuk meneruskan kelancaran aktiviti. Tindakan sesetengah ibu bapa mengabaikan arahan itu malah berwefie dan memaksa anak-anak pose..

Hakikat : ibubapa sendiri mengajar anak degil dan mengingkari arahan..jadi anda mengharapkan cikgu untuk didik anak anda tidak degil dan mengikut arahan??

(2). Waktu anak rehat, ibubapa mengambil tempat duduk murid lain untuk temankan anaknya sahaja makan..maka murid tersebut terpinga-pinga sambil memegang pinggan dan air sambil mata meliar mencari tempat duduk..kawan terlanggar habis mee dan air tumpah..bayangkan itu yang terjadi pada anak kita sendiri..

Hakikat : ibubapa sendiri mengajar anak menjadi seorang yang mementingkan diri dan mengambil hak orang lain

(3). Cikgu mengarahkan supaya ibubapa beredar di hadapan kelas untuk memulakan sesi pembelajaran tapi arahan diingkari malah keluarkan smartphone sambil snap gambar

Hakikat : ibubapa mengajar anak untuk tidak yakin dan tidak mempercayai seseorang yang menjalankan amanah..mengajar anak tidak menghormati hak orang lain

(4). Sambil beratur membeli buku dan bayar yuran, seorang bapa sambil memimpin anak berusia 4-5 tahun memotong barisan..”cikgu, berapa lama nak beratur nie, saya kejap lagi nak masuk kerja..”maka si anak kecil petah berkata-kata..”papa kata cuti hari nie nak bawak adik pergi tengok cerita jumanji”..dan si kecil itu dijerkah bapanya di khalayak ramai

Hakikat : ibubapa sendiri mengajar anak bercakap bohong, menipu, tidak sabar dan menjatuhkan maruah orang di hadapan orang adalah tidak salah

(5). Ibubapa beratur bersesak-sesak dengan murid lain membeli makanan untuk anaknya seorang dengan tujuan mengajar cara membeli di kantin..maka drama berlangsung lebih kurang 5-7 minit disitu..murid-murid lain dibelakang masih ramai lagi..apabila masing-masing dapat makanan, baru menyuapkan makanan sesuap dua, loceng berbunyi tanda waktu rehat berakhir..maka si polos, bangun sambil menoleh makanan yang tak sempat dihabiskan dan berlalu mencuci tangan

Hakikat : ibubapa mengajar anaknya cara mementingkan diri sendiri, mengambil hak orang lain dan tiada rasa belas pada orang lain..apa salahnya buat role play jual beli di rumah??

(6). Parking kenderaan dan van sekolah dipenuhi oleh kereta-kereta ibubapa yang mahu mengambil anaknya..dikejauhan terlihat murid yang masih belum biasa menangis keseorangan mencari van yang terselindung disebalik kenderaan ibubapa lain

Hakikat : ibubapa mengajar anaknya mementingkan diri, tidak peduli orang lain dan mengambil hak orang lain itu tidak menjadi satu kesalahan

Begitulah drama realiti serba sedikit yang terjadi di hadapan mata..

Sedih memang cukup sedih melihat betapa masyarakat sekarang semakin tenat adab, akhlak dan tingkah laku..

Lagi sedih, bila memikirkan sikap generasi akan datang 10-20 tahun lagi bagaimana hasil corakannya..

Sedarlah wahai ibubapa, dikala kita galak menyalahkan guru-guru atas tingkah laku anak kita yang tidak seperti diharapkan, sebenarnya anak itu sendiri belajar dari ibubapanya..

Dikala kita galak memarahi guru-guru yang menghukum anak-anak kita atas kesalahannya, sebenarnya kita sendiri mencorakkan corakan hitam pada sisi hidup anak kita sendiri..

Sebelum kita meletakkan sesuatu kesalahan anak kita pada orang lain, refleks diri dulu..tanya pada diri sendiri sudah cukup sempurnakah didikan kita pada anak kita..

Guru yang sebenar-benar guru adalah ibubapanya sendiri dan guru disekolah bertanggungjawab menggilap lagi potensi anak yang kadangkala ibubapa terlepas pandang..

Ingat hakikat ini walau pahit untuk diterima
Ibubapa adalah cerminan anak-anak
Ibubapa lah sebenar-benar guru pada anaknya
Jadi bertanggungjawablah usah dilepaskan amanah itu di bahu orang lain.. Kelak disana terkaku kelu lidah untuk menjawap dihadapan pencipta..

#nukilanhatiibu

*gambar rayqal yang tak perasan mamy mengintip dia semalam

Sumber/Foto : Siti Saleha Jaffar

Artikel di atas adalah nukilan hati seorang ibu yang kesal dengan segelintir sikap ibu bapa.. Dan ia nya berulang kembali pada sesi persekolah tahun 2019.

Dipetik dari FB Cikgu Fadli, situasi sama yang berulang setiap kali musim persekolahan bermula.

Hari pertama persekolahan tahun ini, kejadian menyedihkan ini berlaku lagi. Tidak di sekolah aku, tapi bertaburan di sekolah seluruh Malaysia.

Ramai kawan-kawan Fb aku update status geram dan menyampah dengan golongan ibubapa yang duduk di kerusi kantin saat murid sekolah rehat.

Aku sendiri cukup marah dan pantang dengan geng yang suka mengambil hak murid di kantin untuk membelai anak kesayangan mereka sedangkan murid lain terpaksa makan tepi longkang.

Sampai bila mentaliti jamban macam ini kena teruskan?

Cikgu-cikgu dan ibubapa lain tolong la tegur jika ada ibubapa lain ambil hak murid untuk duduk di meja makan sewaktu rehat. Tolong la tegur. Tolong!

Kalau kerusi meja ada banyak kosong, silakan la duduk sebelah anak. Nak suap pun sila lah.

Tapi bila kerusi meja hanya cukup-cukup untuk murid, tolong jangan duduk nak belai anak kita sahaja. Cakna la sikit. Hati tu biar ada perasaan sikit kat murid lain yang tidak ditemani oleh ibubapa sewaktu hari pertama persekolahan.

Entah murid itu anak yatim. Entah ayahnya lumpuh di rumah sementara ibu perlu menjaga adik-adik yang lain. Entah ibu ayahnya bertarung nyawa di hospital.

Dan hak anak sebegini kau orang rampas? Hak anak ini nak duduk dan makan pun kau orang sanggup ambil demi nak belai anak sendiri?

Apa sudah jadi dengan hati dan perasaan kalian? Sudah matikah perasan itu?

Jangan pentingkan diri. Jangan!

Baguslah kalian hadir siap ambil cuti lagi hari ini semata-mata nak bagi sokongan pada anak. Sikap itu bagus sangat dah.

Maaf cakap, tapi sikap golongan yang suka ambil hak murid lain sebegini memang fikiran mereka tahap mentaliti jamban. Hati kalian memang tak ada perasaan!

Tolong berubah. Tiada siapa tahu nyawa kita ini bila akhirnya. Tiada siapa tahu sihat kita ini sampai bila.

Saat itu tiba, saat anak-anak kesayangan kita terpaksa hadir sendirian ke sekolah di hari pertama, nak tak kita lihat anak kita makan tepi longkang kerana ibubapa lain ambil hak anak kita untuk duduk di kerusi dan makan?

Jika nak begitu, silakan terus bersiap demikian.

Dan kepada ibubapa lain yang sangat prihatin dan ada kesedaran, tolonglah tegur geng mentaliti jamban ini.

Aku sungguh sedih melihat hal ini berlaku saban tahun. Sangat!

************

– Gambar hiasan ehsan Google sahaja –

#MFS

Sumber :  Mohd Fadli Salleh