Beginilah Perasaan Si Ibu Apabila Anaknya Kurang Dalam Akademik

Tuhan uji anak ini kategori sederhana. Kelas pun second last.

Usaha ibuayah hantar tusyen sama dengan kakak. Semua sama. Takda beza. Cuma yang beza adalah penerimaan ibu dan dia.

4 tahun baru ibu redha rezeki abang bukan dalam akedemik. Setiap kali tengok result buat ibu macam mata pontianak harum sundal malam.

Tengah tahun hari tu, masa jumpa tengok report card. Hati kau sebagai ibu berkecai. Memang result itu setiap kali dapat selepas exam. Menangis jumpa cikgu dekat setengah jam.

“camne saya nak buat anak saya ni cikgu”

Aku yang paling lama jumpa cikgu, sebab takde ibubapa pun selepas aku. Ibubapa juga double standart kan anak-anak… Mugkin diorang dah redho. Baik tak payah gi, result sama!

Aku tak bole! Anak aku. Takkan aku nak biarkan ank aku macam tu.

“Saya sehabis dah buat yg terbaik Apa yang kakak dia dapat, dia dapat. “apa saya nak buat lagi cikgu”

“cikgu, boleh ke saya bawa dia keluar kat tahfiz, sekurangnya dia dapat 1 tahun ni dari dia tak dapat ape-ape.

Bermula situ, cari sekolah yang terbaik. Tanya kawan, tanya akak.

Last akak cakap, ko cari assofa.
Start buat research sikit dan terus call assofa. Bulan 9 ada interview. Isi borang online dan send.

Setiap hari berdoa ” kau bagilah laluan anak aku sekolah tahfiz terbaik. Tak pernah lekang setiap kali berdoa.

Tapi alhamdulillah. Laluan dia sangat mudah. Sesi intervw pun diterima. Ada juga murid yang tak diterima. Tapi dah tertulis rezeki dia diterima di assofa.

Tapi Akhirnya Tumpah Juga Air Mata Seorang Ibu

Hari ini… Dada ibu sebak, sesak, ibu dah tahan dari tadi. Tapi hari ni ibu tumpah juga. Tumpah juga airmata ibu.

Sepanjang perjalanan balik dari seremban ke kajang, airmata tak henti nak mengalir. Ibu pun sama, ayah pun sama. Sama-sama naik tocang.
Nasib tudung ibu membantu lap airmata dan hingus yang tumpah. Bukan nak pomote, tapi meterial tudung ni penyelamat sebagai tisu. Tisu takde….

Allah bagi ujian anak ibu tak cerdik, tapi ibu bangga abang boleh berdikari umur 12 tahun. Tak semua anak nak. Tak semua ibu tabah.

Allah… Doakan anak ini terus istiqamah menjaga agama mu.

Jadikan dia anak yang soleh yang boleh membawa ayah dan ibu ke syurga.
Jadikan dia anak yang membantu seluruh keluargaku ke syurga.

4 Tahun Saya Cari Jalan Untuk Anak Saya

Saya tulis kisah saya ni cuma nak share 4 tahun saya cari jalan untuk anak saya.

Saya tak sangka ramai juga parent seangkatan dengan saya.

Selalu hujung tahun, kita lihat parent share yang semua A dalam subject. So saya ambil pendekatan lawan arus sikit, anak saya yang kurang dalam akademik. Saya bangga dengan dia. Sebab tak semua org boleh buat macam dia.

Tapi dalam masa yang sama, saya nmpk kekuatan dia dalam bidang hafazan dan kemahiran.

Ada yang komen, pusat tahfiz tidak sepatutnya dilonggokkan pelajar yang lemah disitu. Supaya nampak gah untuk golongan pandai.

Jika anda tidak pernah dapat ujian seperti anak saya, memang anda akan bercakap begitu!

Tapi dia bagi ujian pada saya supaya ada jalan keluar untuk anak-anak yang begini. Kita nak biarkan ank kita selamanya macam tu ke?

Rupanya ya allah ramainya parent seperti saya.

Ramai juga yang pm, semua cakap ada masalah macam anak saya…

Semasa saya menulis tu, memag saya tulis dari hati saya, macam mana saya struggle cari jalan keluar untuk anak saya. Yang saya nampak jalan dia hanya di tahfiz. Cuma saya berdoa dia permudahkan jalan tahfiz terbaik.

So kepada ibubapa macam anak saya, anda sendiri akan rasa ketenangan bila anak di tahfiz, cuma kita parent suport yang selagi boleh, dari kewangan , tenaga, masa…

1/1/2018
Tahfiz Rendah Assofa Seremban.
Ibu dan ayah.
Zulkipli dan ainizan

Sumber /Foto : Ainizan Abdul Talip via MingguanWanita

Baca Juga : ”Macam Tu Je Keputusannya, Kata Anak Pensyarah?”, Puas Disindir Dan Diperli.. Akhirnya Ini Yang Terjadi.

Kecemerlangan akademik sering menjadi kayu ukur kepada pencapaian seseorang. Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran selalunya akan dipinggirkan kerana dikatakan tidak pandai atau mempunyai masa depan yang baik. Tambahan pula jika lahir dari latar belakang keluarga yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.

Pemikiran sebegini seharusnya diubah kerana setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Ada anak yang pandai belajar tapi tidak tahu melakukan perkara lain. Ada yang lemah dalam akademik, tapi dia cemerlang dalam kokurikulum.

Seperti coretan ibu ini, Puan Ezatul Marini berkenaan anak lelakinya yang sejak kecil tidak mempunyai pencapaian akademik yang baik. Puas disindir dan diperli dek kerana ayat keramat ‘kepandaian harus diwarisi’ memberi satu tamparan hebat kepada mereka. Tapi siapa sangka anak yang dulunya tidak cemerlang akademik, kini dia paling membanggakan mak ayah.

”Ishhh, takkan macam itu je keputusannya? Kata anak pensyarah, anak cikgu.”

“Hai takkan mak ajar English, ayah ajar Matematik, anak tak boleh score dua subjek ni?”

Biasa. Dah terlampau selalu dan biasa kami dihenyak dengan terjahan sebegitu. Bukan sekali dua juga kami disindir perli dek kerana tidak direzekikan anak yang cemerlang akademik.

Syamil, sebaik pandai bertutur sudah saya sediakan dengan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Tidak lupa juga asas ilmu agama yang dipertanggungjawabkan kepada kami untuk diajarkan kepada anak-anak.

Namun, segalanya seolah tidak menurut perancangan asal kami. Syamil tidak berkembang menjadi anak yang bijak, pencapaian akademiknya hanya sederhana. Beliau selalu diletakkan di kelas kedua hujung kalaupun tidak di kelas paling belakang.

Saya tidak dapat membayangkan apa perasaan abahnya bila terpaksa menelan perasaan terkilan kala menerima keputusan UPSR yang diumumkan. Biarpun tidak berkata apa-apa, dari riak wajahnya saya pasti sang abah menyimpan rasa kecewa namun berjaya disorokkan dengan terus-terusan memberi semangat dan dorongan kepada si anak.

Berbeza sekali dengan saya yang menangis hiba hingga tidak mampu memandang wajah anak dek rasa sedih dan terkilan. Bertubi-tubi saya mengasak anak yang tentu sekali juga sedang sedih dengan pertanyaan dan kecaman yang bila difikirkan semula tidak sepatutnya saya hamburkan sama sekali kepadanya.

“Rupanya untuk reda itu tidak mudah sama sekali. Meminta orang untuk reda dan sabar itu sangat mudah tetapi bila ia terjadi kepada diri sendiri…nyata sebaliknya” seorang rakan baik memujuk saya yang akhirnya sudah mula mampu menerima tamparan pertama cabaran “kepandaian itu bukan boleh diwariskan”.

Melepasi pendidikan menengah rendah, Syamil masih menunjukkan prestasi yang sederhana. Namun, anak ini ada kelebihan dalam bidang sukan, kepimpinan dan beliau menyerlah dalam aktiviti kokurikulum hingga mampu mewakili sekolah dan daerah.

Anak ini juga punya daya tarikan paling istimewa…beliau tertib dan beradab. Kejamnya saya sebagai ibu, saya masih belum mampu mengiktiraf kebolehannya yang bukan berasaskan pencapaian akademik. Jarang saya menunjukkan sokongan pada sebarang pencapaian bukan akademiknya.

Pengumuman keputusan peperiksaan PT3 seolah menjadi tamparan kedua kepada kami. Harapan saya untuk menghantar Syamil ke sekolah yang lebih berprestij nyata buntu. Apalah ikhtiar saya untuk memberikan sokongan dan dorongan pada anak ini.

“Syamil nak minta masuk Kolej Vokasional, Abah”.

Abahnya sedikit tidak membantah malah dengan senang hati mengaturkan temujanji untuk berbincang dengan kaunselor sekolah si anak. Kami maklum, Syamil sangat meminati bidang perikanan…dari kecil, apa sahaja yang ada kaitan dengan bidang itu amat disukainya. Saya hanya menurut apabila beliau nyatakan keinginan memohon bidang Akuakultur di KV biarpun kurang pasti apakah prospek dan potensi bidang tersebut.

“KV? Ada masa depan ke tu kalau masuk ke situ?”

Saya seolah hendak jeritkan pada mereka yang masih bertanya, sekiranya kami sebagai ibu bapa sedang mencuba sedaya upaya menyetujui dan menyokong, tidakkah mereka mampu untuk membantu kami dengan menunjukkan sokongan yang sama?

Hari ini, Syamil sudah di semester akhir Pengajian Diploma Akuakultur. Semasa cuti semester Disember 2017, beliau nyatakan hajat pada Abahnya.

“Abah boleh tak modalkan Syamil untuk beli tangki dan benih ikan keli? Syamil nak mula ternak ikan keli di rumah, besar nanti boleh jual”

Melihatkan semangatnya, kami bersetuju sumbangkan sedikit dana untuk beliau mulakan usaha kecilnya.

“Wah! Bagus Syamil, banyak ni ikannya. Kalau macam ni habis belajar nanti bolehlah mula ternak komersial” seronok benar dia bila atok memberi komen spontan semasa melawat kami pada penghujung Disember lalu.

Dan Alhamdulillah, pada petang 15 Ramadan lalu, dalam hujan lebat, abahnya dan saya bantu mengedarkan tempahan ikan keli siap siang dan cuci hasil ternakan kecil-kecilan anak kami kepada rakan-rakan yang telah membuat pesanan. Dengan ilmu dan kemahiran yang dikutipnya selama di kolej, dia mulakan usaha awal di rumah.

Sesungguhnya di penghujung petang separuh Ramadan itu, sambil menantikan waktu berbuka, saya termenung panjang mengenangkan selama 2 tahun pengajian sijil dan lebih setahun pengajian diplomanya, saat ini memberikan saya rasa yang amat berlainan.

Hari ini Allah berikan saya peluang mengutip pengajaran dari setiap satu bentuk ujian yang telah dikirimkan melalui pengalaman anak kami.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”

Pada suatu masa dahulu saya pernah merasa teramat kecewa kerana anak yang seorang ini nyata tidak mampu untuk memenuhi apa sahaja impian dan perancangan saya mengenai dirinya, dan akhirnya saya terpaksa menerima untuk menitipkan beliau di ladang ilmu dan kemahiran yang tidak pernah tersenarai dalam institusi pilihan.

Anak ini juga mengajarkan saya tentang hakikat anak yang baik bukan diukur hanya pada kecerdasan minda. Pelik kan? Sebagai seorang guru seharusnya saya maklum tentang perkara itu. Ya, saya amat maklum namun jauh di sudut hati pada suatu masa dahulu masih tersemat ilusi tidak realistik tentang hakikat itu.

Hari ini saya melihat betapa bangga seorang abah tatkala menghulurkan bungkusan ikan keli yang dipesan pembeli.

“Wahhh bagus Syamil, belum habis belajar tapi dah praktikkan apa yang dia belajar. Muda lagi dah ada minda usahawan”

Sesungguhnya dari senyum lebar sang abah, saya pasti beliau amat berbangga.

Terima kasih Allah, kurniakan kami pengajaran bermakna melalui anak ini
Terima kasih anak, memberi abah dan ummi pengalaman belajar banyak ilmu hidup yang tidak dituliskan dalam mana-mana buku. Alhamdulillah….

Sumber : Ezatul Marini via siakap keli

Kredit : Othman Talib