“Saya pernah terkena di RNR di Tasik Raban, Perak, kawasan Lenggong. Siap makan dan solat lagi. Tup-tup muntah bila dapat tahu yang RNR itu sebenarnya sudah lama tutup. Dah naik lalang pokok dah tempat itu,” demikian perkongsian individu yang menggunakan nama samaran, Seterus Menerus.

Menurutnya, kejadian itu berlaku sekitar tahun 2013 ketika dia dan tiga lagi rakannya dalam perjalanan ke rumah sahabat mereka di Kuala Kangsar.

MASA itu dalam tahun 2013, kalau tak silap. Kami dalam perjalanan nak pergi ke rumah kawan, ada kenduri. Jadi kami berempat melalui Jalan Lenggong itu. Rumah kawan terletak di Kuala Kangsar. Jalan nak pergi ke rumah kawan kami ini boleh tahan juga seramnya.

Dalam perjalanan, kami berempat terasa lapar sangat-sangat. Jadi kami mengambil keputusan untuk berhenti sebentar di RNR Tasik Raban. Masa itu, keadaan RNR meriah. Majoriti orang semua dok pakat pakai pakaian putih. Tak terfikir yang bukan-bukan pula pada masa itu sebab kami berempat.

Masa itu jam di tangan menunjukkan jam 8.20 malam. Kami keluar dari kereta dan pergi solat dulu. Selesai solat, kami pun pergilah makan. Suasana pada malam itu memang sejuk. Pengunjung memang ramai dan pemandangan pun cantik. Maklumlah atas bukit, bawa tasik.

Selesai makan, kami pun kekenyangan dan kami menyambung kembali perjalanan ke rumah kawan kami yang sudah tidak beberapa jauh dari RNR itu. Lebih kurang baki dalam tujuh kilometer lagi.

Apabila sampai di destinasi, kawan pun tanya kenapa lewat sampai. Saya pun jawablah,

“Bawak kereta slow-slow. Takut terlanggar babi. Hihihi!”

Kami pun gelak bersama-sama.

“Dah makan ke belum? Kalau belum, jom masuk makan dulu,” pelawanya.

“Kami dah makan tadi di RNR Tasik Raban”, jawab salah seorang rakan saya.

Kata-katanya membuatkan kawan saya itu tadi terkejut beruk.

“Weh! Biar betul?” soalnya.

“Yela, kami lapar, itu yang singgah.” jawab rakan itu tadi.

“Weh! Korang tau tak yang RNR itu dah berzaman tutup. Mana ada kedai buka di atas tu,” tegasnya.

“Weh! Jangan main-main!” saya dah mula risau.

“Betul lah! Buat apa aku nak tipu!” tegasnya.

Selepas itu, kami semua muntah-muntah tak ingat. Baunya jangan ditanya. Bau macam bangkai. Bila disuluh muntah-muntah itu, mak aih! Macam ulat-ulat bergerak sana sini. Ya Allah, malam itu semua tak dapat nak tidur dan malam itu juga terus tidur di rumah kawan itu sebab tak boleh nak gerak malam itu juga.

Keesokan harinya, bila kami lalu semula di depan jalan masuk ke RNR Tasik Raban, Ya Allah, memang sungguh RNR itu sudah ditutup. Dah berhutan. Tetapi apa yang kami pelik ialah, jalan nak masuk ke RNR itu dah ditutup dengan bongkah batu besar. Macam mana kereta kami boleh masuk?? Tak masuk akal sungguh.

FOTO RNR TASIK RABAN SEBELUM DITUTUP
kredit: lenggong2lipis.blogspot.com

Semenjak dari peristiwa yang menyeramkan itu, kami lebih berhati-hati. Terpulanglah sama ada korang nak percaya atau tidak.

Antara Komen Netizen

saya pun pernah kena kat parit buntar tengok kereta berderet dalam 2jam..sekali patah blik cari kedai tu tak jumpa siap call kawan tanye kedai yang kami nampak tu terpinga-pinga dia – Netizen

Pernah singgah situ gak sekali…nmpk cam ad org..time tu lak dh kul 6 lebih…pi-pi…sunyi gile…tandas pun pintu cam nak cabut…ada surau…nampk ada seliper..nak pi…jadi tak berani lak…terus ajak ayah balik.. – netizen

Sumber : The Reporter

Baca Juga : Ustaz pesan, “Kalau nampak ‘makhluk’ jangan pandai-pandai baca ayat Kursi”

Bukan tak boleh baca ayat Kursi langsung, baca artikel sampai habis untuk lebih jelas ya

Membaca ayat Kursi mempunyai banyak kelebihan, termasuklah menjauhkan seseorang daripada terkena gangguan syaitan dan jin.

Sering kita dengar seseorang itu akan membaca ayat Kursi apabila ternampak atau diganggu oleh makhluk halus.

Namun, lain pula ceritanya dengan ‘teori’ dan pendapat yang dikongsi seorang pengamal perubatan Islam, Muhamad Firdaus Tokimin, 32.

Sebuah video yang dimuat naik oleh pengasas Pusat Rawatan Islam Nur Rahman itu tular di Facebook sejak ia dimuat naik pada Jumaat lalu.

Setakat ini, video tersebut sudah ditonton lebih 636,000 kali dan mendapat 11,467 perkongsian di Facebook.

Muhamad Firdaus yang mempunyai pengalaman selama tujuh tahun dalam bidang rawatan Islam menasihatkan orang ramai supaya tidak membaca sebarang ayat, khususnya ayat Kursi jika mereka hanya ternampak makhluk itu kerana dikhuatiri gangguan yang lebih buruk akan berlaku, seterusnya memudaratkan diri.

Paparan skrin perkongsian yang dimuat naik oleh Muhamad Firdaus di Facebook pada Jumaat lalu.

“Kalau benda itu (makhluk halus) hantaran orang (sihir) bermakna dia ada tugasan.

“Kita baca ayat Kursi sebab kita takut, kalau dia panas, dia akan tuju (mendekati) kita… kita akan jatuh sakit.

“Kan dah banyak kali berlaku dalam masyarakat kita, balik rumah je, dia jatuh sakit,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Sebaiknya bapa kepada dua cahaya mata itu menyarankan mereka yang berdepan dengan gangguan ketika memandu misalnya, supaya meneruskan perjalanan ke kawasan selamat dan berhenti menunaikan solat sebelum membaca ayat Kursi.

Tambah Muhamad Firdaus, dalam situasi tersebut, ayat Kursi tidak dibaca ketika makhluk itu dilihat berada di tepi jalan, namun sekiranya pemandu atau penumpangnya diserang, barulah ayat tersebut boleh dibaca untuk melindungi diri.

“Jangan pandai-pandai (baca) sebab ia akan menyebabkan makhluk itu panas, dia ibarat diganggu dan akan menyerang balik.

“Kalau dia tu jin sihir yang dihantar untuk menyerang orang lain, kebetulan anda lalu, kalau dia bawa santau, anda yang terkena santau.

Lebuh raya bertentangan R&R Genting Sempah didakwa ‘keras’. – Foto Facebook Hisyam Al Qadiry Dppsp

Menurut Muhamad Firdaus, video penstriman langsung berkenaan dimuat naik bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk memahami kaedah mengawal keadaan apabila berdepan situasi seperti itu.

Ketika video tersebut dirakamkan, Muhamad Firdaus berhenti sebentar di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah semasa dalam perjalanan untuk ke majlis pertunangan adiknya di Maran, Pahang.

Katanya, dia dan beberapa rakannya berpengalaman melihat penampakan jin yang menyerupai pontianak di lebuh raya bertentangan dengan R&R tersebut pada hujung tahun lalu.

“Jin tu tak kacau kami pun, kami ternampak ‘dia’ di situ ketika singgah makan pada pukul 2 pagi.

“Mungkin secara kebetulan masa penampakan tu keluar, dilihat oleh kami.

“Ada kiraan tempoh tertentu yang manusia boleh nampak makhluk halus ni,” dakwanya.

Sumber : mstar