Sesungguhnya mati itu pasti dan setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Namun, bagaimanakah kematian kita? Tiada siapa yang tahu. Semuanya bergantung kepada amalan kita di dunia ini sebagai hamba yang Maha Kuasa.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Amina Jasmine telah berkongsi sebuah kisah mengenai ibunya yang sarat dengan pengajaran untuk dijadikan pedoman hidup. Kisah mengenai jasad ibunya yang masih terpelihara dan tidak berbau walaupun sudah dikebumikan 12 tahun lalu. Jom kita ikuti perkongsiannya dibawah.

Alhamdulillah selesai pemindahan kubur mak.

12 tahun mak pergi mengadap Illahi. Jenazah mak elok, masih dlm keadaan kiam. Kain kafan mak tak koyak, bantal dan tali masih ada. Susuk badan mak jelas dipandangan mata kami yang menyaksikan tadi. Cukup sifat dan tak berbau. Allahuakhbar, Maha Suci Allah.

Dia wanita yang lembut. Tak suka mengata orang lain, tak suka mencerca orang lain. Mak sangat mudah mengalirkan air mata. Hatinya bak tisu mudah terkoyak. Setiap cerca orang mak balas dengan senyuman dan air mata. Dengan suami mak bersabar.

Dan siapa sangka dalam kepadatan Tanah Perkuburan Bukit Alip, mak dapat dikebumikan sebelah kubur arwah ayah. Maha Suci Allah.

Setelah 12 tahun mak pergi, Allah beri aku ‘sesuatu’, tentang hidup ni, hati ini dan keinsafan ini.

Cari redha Allah.

Siap untuk dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Bukit Alip.

Maha Suci Allah jodoh mak dan ayah, dapat mak dikebumikan di sebelah kubur ayah.

Anak-anak tak pernah jumpa tok mak nya. Sengaja saya bagi mereka tengok. Buat pertama dan terakhir tok mak mereka.

Sewaktu proses gali semula Tanah Kubur Kampung Pendas Laut.

Banyak kubur-kubur telah di gali. Masih dalam proses di Kampung Pendas Laut.

Jenazah mak.

Tali kain kafan mak setelah 12 tahun. Masih elok tak reput berada disisi mayat.

Sumber : Amina Jasmine via Siakapkeli

Doa Ringkas Untuk Emak Dan Ayah Kita Yang Sudah Meninggal Dunia.. Supaya Lapang Kubur Mereka

Pemberian yang paling berharga dan ditunggu-tunggu dari anak-anak oleh roh arwah ibu bapa yang telah pulang ke rahmatullah adalah doa yang berterusan daripada mereka. Oleh kerana itu, jangan sesekali meninggalkan doa dan sedekahkan kepada mereka berdua.

Doa seorang anak soleh kepada arwah bapanya adalah amalan yang dapat membantu dan boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh.

Berikut adalah doa untuk arwah bapa. Dibaca dan diamalkan selalu oleh mereka yang bapanya telah meninggal dunia sebagai amalan harian terutama pada setiap kali selepas solat 5 waktu :

Tidak akan terputus kebahagiaan dan rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa ikhlas terhadap kedua orang tuanya setiap hari. Lakukanlah segala yang terbaik untuk mereka yang telah menjaga, memelihara dan mendidik kita dengan penuh kasih sayang sejak dari kecil.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah ﷺ bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu daripadanya yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya.”

(Hadis riwayat Muslim 1631, Nasai 3651, dan yang lainnya.)

.

Al-Fatihah buat ibu/bapa yang telah meninggal dunia, semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin…..

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Sumber: shafiqolbu

video Ustaz Abdullah Khairi